qisyazahra96's Reading List
55 stories
Until Our Paths Cross by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 10,577
  • WpVote
    Votes 1,980
  • WpPart
    Parts 15
[4th romance - stand alone] Hun Farrel | Enara Emeliya Also known as Mr. Fiance Enara Emeliya sentiasa percaya bahawa air mata bukan untuk lelaki yang memilih pergi. Prinsip itu dia pegang teguh hinggalah pada hari dia menerima kad jemputan perkahwinan daripada lelaki yang pernah dia cintai bersama wanita lain. Daripada mengalah, Enara memilih untuk hadir. Bukan sebagai bekas yang terluka, tetapi sebagai seseorang yang tidak akan pernah membiarkan dirinya kelihatan kalah. Namun, dia tidak akan datang sendirian. Hun Farrel, pewaris tunggal kepada Le Monarque dan musuh utama kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya, menjadi pilihan paling berisiko yang pernah Enara buat. Satu perjanjian dimeterai. Sebuah lakonan dimulakan. Apa yang bermula sebagai rancangan untuk meruntuhkan ego seseorang, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih sukar dikawal. Di sebalik sikap terbuka dan kata-kata manis, Hun Farrel menyimpan sisi yang tidak pernah Enara jangka dan tanpa sedar lelaki itu mula melangkah lebih dekat daripada sekadar peranan yang dipersetujui. Dan Enara? Dia mula tersesat dalam perasaan sendiri. Antara yang nyata dan yang sekadar lakonan, antara dendam dan sesuatu yang lebih lembut, lebih berbahaya. Kerana mungkin selama ini bukan sahaja Enara yang tidak memahami Hun tetapi juga hatinya sendiri.
Kisah Cin'Tea' Kita by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 5,647
  • WpVote
    Votes 707
  • WpPart
    Parts 23
"Kau jangan sampai aku buang kasut tumit kau ni!" - Izlan "Don't you dare!!! Dasar Mamat Kampung" - Kyra Kyra Sofea, gadis yang dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur tiba-tiba sahaja 'dihantar' ke Cameron Highland untuk menguruskan perniagaan ladang teh milik Papanya. Kyra bertemu dengan Izlan, pengurus ladang yang sangat dipercayai oleh Papanya. Kehidupan Kyra terpaksa diteruskan di ladang teh itu. Kyra perlu bekerjasama dengan Izlan untuk memahami setiap sudut berkenaan ladang teh itu. Sepanjang mereka bekerjasama, Izlan dan Kyra tidak pernah henti bergaduh. Ada sahaja 'perang mulut' diantara mereka memandangkan mereka memang beza dua 'dunia'. Kyra dan Izlan dikejutkan dengan suatu berita yang mengejutkan mereka sehingga mengubah kehidupan Kyra dan Izlan . Apakah berita itu sehingga mampu mengubah kehidupan mereka berdua. Adakah pergaduhan mereka mampu mengubah menjadi cinta? Atau mampukah Kyra dan Izlan berdamai demi berita itu? Akankah ladang teh itu akan menjadi saksi?
The Zarif Haikal Possession  by Fiezajungkookie
Fiezajungkookie
  • WpView
    Reads 6,264,364
  • WpVote
    Votes 222,968
  • WpPart
    Parts 91
Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam. Getaran pada badan Zara boleh dilihat dengan jelas. " Jangan harap kau boleh pergi dari aku Zara ". Ujar Zarif sinis. Zara tergamam. Apa yang dia boleh lakukan? Lelaki di hadapan dia ini punyai segalanya. Manakala dia tidak ada apa apa. | 2 July 2019 - 3 January 2021 | MATURE HOPE BIJAK FIKIR SENDIRI. ADE KATE2 CARUT, KATA KASAR DAN AYAT LEPAS. BUT TAK LEBIH. HOPE FAHAM2 SENDIRI. JGN KATE AKU TAK BAGI AMARAN *-* β€’~β€’ Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.
πŒπ‘π’ 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 π€π€π‘πˆπ’ Β© by roseeeorchid
roseeeorchid
  • WpView
    Reads 1,095,121
  • WpVote
    Votes 60,639
  • WpPart
    Parts 78
πŸπŸ“πŸπŸ“πŸπŸπŸπŸ/πŸπŸπŸŽπŸ“πŸπŸ πŒπ‘π’ | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 π€π€π‘πˆπ’ | π’π˜π€π‘πˆπ…π€π‡ π€πˆπ‘π„π„π. Satu kejadian yang membawa trauma dalam dirinya terjadi berturut-turut dalam hidup telah diselamatkan oleh seorang lelaki iaitu Zulqadree Aaris. Menyelamatkan gadis itu memberi kesan perasaan ingin melindungi dalam diri Zulqadree dan dia berhasrat ingin mengambil gadis itu jadikan isterinya, satu hari nanti. Tetapi takdir Allah SWT yang menentukan mereka semula melalui abang gadis itu sendiri iaitu kawan dan business partner kerjanya. Siapa sangka kan? Hanya disebabkan Mama Papa gadis itu ingin menunaikan Umrah di Mekah, maka mereka disatukan. ❛❛Ma.. ape semua ni? Kenapa kita ke masjid ni?❞ ❛❛Kamu akan berkahwin, sayang❞ Terkejut adalah perasaan yang hadir setelag mendengarkan perkataan itu. Kahwin. Bukan dia tidak mahu tetapi dia cuma takut apabila terjerat dalam perkhawinan boleh kuatkan lagi perasaan truama dalam dirinya. Trauma yang mengakibatkan dia takut dan lemah pada sifat kejam dan baran seorang lelaki. Sifatnya yang kurang seni bela diri dan lemah itu membuatkan truamanya tercipta. suami dayus... dia takut jika ini dia dapat jika berkahwin tapi apa yang dia bayangkan sebenarnya tidak berlaku apabila suaminya lain dari yang lain. Zulqadree... seorang suami yang suka mengambil hati apetah lagi terlatahnya yang menghiburkan dan soft spoken. Tidak seperti lelaki lain. ❛❛Kalau tak pandai masak takpe, boleh belajar sayang. Tahu tak belajar dengan siapa?❞ ❛❛Dengan chef lah❞ ❛❛Dengan abang, sayang❞ Siapa sangka suami yang dia anggap seorang yang lembut hati budi padanya juga punyai kisah silam yang sebenarnya diri lelaki itu seorang yang baran? "Saya rindu suami saya yang dulu... " "Dia dah takde. Suami kau yang dulu adalah aku"
Kayla by AmYaCetusanHati
AmYaCetusanHati
  • WpView
    Reads 909,231
  • WpVote
    Votes 7,137
  • WpPart
    Parts 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhatian ramai lelaki yang ingin mendapatkan perhatiannya dan ada yang mahukan kerana nafsu semata. Based on true story, not for children. Kalau anda mengharapkan cerita in penuh dengan aksi seks... Patut anda lupakan... Anggaplah cerita ini bagai sebuah diari luahan hati Kayla
[C] Pendamping Untuk Cik Aara by BiesChapter
BiesChapter
  • WpView
    Reads 760,050
  • WpVote
    Votes 17,700
  • WpPart
    Parts 102
KARL AIDYN ? Mafia yang di takuti semua pengikutnya , kekayaan dan ketampanannya menarik semua perempuan untuk mendekatinya walaupun mengetahui sikap KEJAM dan BUAS Karl.. Bagi Karl , semua wanita hanyalah mainannya , tiada yang layak untuk di cintai termasuk isterinya sendiri. AARAA ADRIANA ? kejelitaannya tak mampu menundukkan keegooan Karl , menikahi lelaki itu hanya kerana urusan perniagaan semata.. memberi CINTA kepada suami ? Tak terlintas di fikiran Aaraa.. mampukah seorang Aaraa menghadap sikap suami yang selalu mengutamakan perniagaan dan perempuan lain tanpa mempedulikan kehadiran Aaraa ? Akibat musuh yang ada , Karl melewati hari malang itu , dia jatuh ke jurang dan hilang berminggu minggu.. Aaraa buntu , bila suaminya di jumpai , dia seperti bukan Karl yang dulu... siapa dia ?
The Way I Loved You [Completed] 🌹 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 1,057,713
  • WpVote
    Votes 33,889
  • WpPart
    Parts 58
Hawa Humeera tidak menyangka hubungan di antara dirinya dan bekas tunangnya terputus di tengah jalan kerana satu kesalahan yang mungkin dirinya takkan maafkan. Berjumpa pula dengan Ayden Hadrik ketika proses healingnya sedikit sebanyak memujuk hatinya yang terluka. Bertemu kembali apabila mereka bertemu kembali sebagai pekerja dan majikan. "You Again?." - Hawa Humeera "Kuat jodoh kita rupanya" - Ayden Hadrik Hubungan antara pekerja dengan majikan berubah menjadi semakin rapat apabila anak lelaki Ayden, Haffy Hayyat mula berkenan dengan Hawa dan sering memanggilnya dengan panggilan "Mummy". "Haffy, that's not your Mummy." - Ayden "But, I want her to be my Mummy."- Haffy What's next?
I Wanna Be Yours Ramadhan ✨ by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 49,942
  • WpVote
    Votes 2,112
  • WpPart
    Parts 12
The Sequel of I Wanna Be Yoursβ™₯️ . Harash? Namia? Ramadhan? Yup! Rindu mereka? So.. jom kita tengok kisah mereka dalam menyambut bulan ramadan bersama keluarga mereka. Adakah akan kecoh seperti selalu? Cerita ini akan berselang dengan story The Way I Loved You. Satu chapter untuk dua hari okey. Enjoy reading β™₯️
WASIAT by hexapropymate
hexapropymate
  • WpView
    Reads 342,551
  • WpVote
    Votes 10,684
  • WpPart
    Parts 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?
DAYYAN'S LOVER [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 868,258
  • WpVote
    Votes 24,127
  • WpPart
    Parts 85
Dayyan Amsyar ❀️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya memberi nasihat untuk berubah. Tapi, hanya dibiarkan seperti angin lalu. Dia menjadi seperti itu hanya kerana perempuan yang dicintai mengkhianatinya. Dhia Marwa. Sama cantik seperti namanya. Seorang yang lemah lembut tapi, ada tegasnya. Seorang yang sopan tapi, ada garangnya. Menaruh perasaan pada kawan abangnya. Sampai lah satu hari, Dhia dengan berani meluahkan perasaannya pada Dayyan tetapi ditolak secara mentah. Tapi, disebabkan satu kejadian. Telah merubah hidup Dayyan dan Dhia. Dayyan tidak lagi menjadi dirinya yang dahulu. Dhia pula telah menghilangkan diri sampai membuatkan diri Dayyan tertanya-tanya. Bila semua kejadian 4 tahun lepas telah terbongkar. Dayyan cuba mencari keberadaan Dhia. Sehingga lah mereka bertemu kembali di majlis perkahwinan abang sulung Dhia. Adakah pertemuan kali ini akan menyatukan mereka? Adakah mereka akan menjalinkan kasih, cinta dan sayang? Adakah hubungan mereka akan sentiasa harmoni tanpa adanya gangguan dari orang ketiga? Start : 25/02/2023 End : 29/05/2023