Laafiledhiver 1
49 stories
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 642,525
  • WpVote
    Votes 31,811
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
[C] LECTURER ITU SUAMI AKU! by iamfathiah_
iamfathiah_
  • WpView
    Reads 447,019
  • WpVote
    Votes 12,230
  • WpPart
    Parts 75
β™‘BOOK2β™‘ Khalif Zafran & Dalisha Inara Pertemuan dua insan yang tak pernah dijangka berlaku antara Khalif dan Inara. Khalif, seorang pensyarah yang tegas dan sentiasa berpegang pada prinsipnya iaitu apa yang dimahukan, dia akan dapatkannya meskipun niat tidak menghalalkan cara. "Aku tahu apa yang aku buat ni salah tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk halalkan dia walaupun dengan cara yang haram." Inara, seorang gadis yang bermulut murai dan kaki menjawab memang nombor satu! Dia yang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selama hampir 10 tahun terpaksa berpisah hanya disebabkan kejadian satu malam yang tidak diingini berlaku menyebabkan angan-angan ingin naik ke jenjang pelamin bersama-sama punah! "Demi Allah, saya tak buat kerja terkutuk tu! Dalam hati saya hanya ada awak seorang aje..." "Tak payah nak guna nama Allah, Inara kalau semuanya dah terbukti depan mata saya!" Hatinya hancur apabila difitnah sebegitu. Lagi sakit tika dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak pernah dia kenali. Bercinta apatah lagi? . . "Saya dah habiskan enam ribu ringgit duit awak harini." "Okay." "Okay? Awak tak marah? Semua ni duit awak tau? Saya tak keluar sesen pun duit saya..." "Buat apa abang nak marah? Lagipun, untuk siapa lagi abang nak bazirkan duit-duit tu kalau bukan untuk isteri abang yang comel ni? Duit abangkan duit sayang jugak?" . . "Selama ni aku tak pernah halang kau keluar dengan kawan-kawan kau... Tapi, jangan gunakan kesempatan yang ada untuk pijak kepala aku!!" PRANGGGG!!! START: 4 JULAI 2023 END: 2023 16+⚠️ 🐾Plagiat? Haram! 🐾Inspirasi? Bagitahu dulu 🐾Jika ada mana-mana scene yang tersama dengan cerita anda, percayalah itu hanya satu KEBETULANπŸ’• 🐾No war✌️ 🐾Maaf jika cerita ini banyak kekurangan kerana saya hanyalah manusia biasa
SAKITI AKU! [ βœ… COMPLETED ] by ElleLays
ElleLays
  • WpView
    Reads 15,475
  • WpVote
    Votes 511
  • WpPart
    Parts 33
"Sampai bila nak jadi macam ni, Noa?" Tanya papa nya. Jejaka itu hanya berdiam diri, tidak mengendahkan nasihat dan teguran daripada papa nya. Lelaki berusia menarik bahu sasa anak nya daripada belakang dan memberi satu tumbukan padu di pipi Noa Zayne. "Papa!" Marah Noa. Lelaki tua itu tayang wajah garang membuatkan Noa tidak berani untuk meneruskan kata kata nya. "Mark my word. Berubah, atau kau hilang segala gala nya." Lelaki berusia itu terus meninggalkan anak lelaki nya yang menahan sakit dan perit akibat tumbukan sebentar tadi. Apa yang membuatkan lelaki berusia itu tidak berpuas hati dengan Noa, anak tunggal nya sendiri? Apa rahsia yang Noa Zayne sembunyikan? πŸ“πŸ“πŸ“ Ivy luna yang baru selesai menunaikan solat subuh mula menadah tangan. "Ya Allah Ya Tuhanku. K-kenapa Ya Allah? K-kenapa... Kenapa kk-au uji aku sampai macam ni sekali Ya Allah? Apa dosa aku? Apa salah aku? Jentik lah hati ku Ya Allah untuk bagi aku sedar supaya aku tidak tersasar ke arah jalan yang salah." Usai mengaminkan doa nya, Ivy Luna terbaring longlai di atas sejadah dan memejamkan mata. Nak tenangkan hati daripada segala kecelaruan yang berlaku. Semangat nya hilang, senyuman nya semakin pudar di bibir merah delima itu. "Sakitilah aku jikalau itu yang membuat diri mu terasa bahagia." - Ivy Luna -
TAKDIR TERINDAH by floweruvrnatione
floweruvrnatione
  • WpView
    Reads 14,811
  • WpVote
    Votes 244
  • WpPart
    Parts 49
Under Tengku Series 𝐈𝐈 SPIN-OFF DIA BIDADARIKU π“π„ππ†πŠπ” ππ€π˜π‘π€π„π‹ 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐍 - Hampir lima tahun menetap di Australia disebabkan pengajiannya di peringkat PhD, baru hari pertama menjejakkan kaki ke negara asalnya, dia sudah ditimpa kemalangan yang tanpa diminta terjadi. "Mata bukan main cantik, tapi sayang letak kat kepala lutut. Aku yang besar gedabak ni tak nampak?" Hambur lelaki itu kasar. ππ”π“π„π‘πˆ 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐀𝐍𝐍𝐀 - Seorang gadis berkacukan Itali itu sememangnya menjadi sasaran utama buat para lelaki yang menginginkan teman wanita kerana rupa parasnya. Lelaki umpama kacang ditangannya sehingga takdir mempertemukan dia dengan seorang jejaka bermata hazel yang sukar untuk didekati. "Heyy! Awak yang jalan tak tengok belakang depan! Lain kali kalau dah tahu diri tu mengalahkan gajah, tengoklah kanan kiri!" ππ”π“π„π‘πˆ 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐀𝐍𝐍𝐀. Pertemuan mereka singkat, tetapi memori itu yang berharga, apa yang berlaku harini takkan mungkin sama dengan hari esok. Dan disebabkan itu mereka berdua menikmati waktu yang ada untuk bergaduh dan mencipta memori indah. Untuk menghalalkan mudah, tetapi untuk mengecapi bahagia itu sukar tatkala si ibu tiri mula mengambil bahagian dalam kisah mereka. Bahagia yang dulunya mereka rasai perlahan - lahan ditarik sedikit demi sedikit tanpa sempat mereka mengucapkan selamat tinggal. "Kalau itu yang Dea nak abang tak kisah, tapi jangan datang semula pada abang." π“π„ππ†πŠπ” ππ€π˜π‘π€π„π‹ 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐍. Mampukah mereka mengenal erti bahagia itu sekali lagi? Atau bahagia yang mereka kecapi itu hanyalah sementara? "Bahagia bukan tentang bersama, tetapi tentang rasa. Kalau bersama tapi tak bahagia tiada guna juga." ππ”π“π„π‘πˆ 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐀𝐍𝐍𝐀.
Tanpa Cinta [COMPLETE] by coretanadhaa
coretanadhaa
  • WpView
    Reads 28,454
  • WpVote
    Votes 383
  • WpPart
    Parts 72
Sinopsis: Ar-rayyan Reinfansyah, seorang lelaki yang berjaya dalam kerjaya namun keras dalam pendirian, dipaksa berkahwin dengan seorang wanita pilihan keluarganya, Arabella Haura. Bagi Rayyan, perkahwinan ini adalah hukuman-dia telah lama mencintai seseorang yang lain, namun keluarganya menghalang hubungan itu. Haura pula seorang wanita lembut tetapi menyimpan luka dari masa lalunya. Pada awalnya, Rayyan melayan Haura dengan dingin dan tidak pernah memberikan hatinya. Dia menganggap perkahwinan ini satu beban. Namun, tanpa dia sedari, kehadiran Haura perlahan-lahan mengubah hidupnya. Haura tidak meminta cintanya, hanya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Kesabarannya menghadapi kebencian Rayyan membuatkan lelaki itu mula melihatnya dari sudut yang berbeza. Namun, di saat Rayyan mula menerima Haura, muncul semula cinta lamanya, Camella Dealova, yang kini kembali dengan niat untuk menagih janji mereka yang pernah tergantung. Camella merayu agar Rayyan meninggalkan Haura dan kembali padanya. Rayyan berada dalam dilema-antara mengejar cinta lama atau menerima cinta baru yang hadir tanpa diduga. Seiring waktu, Rayyan mula menyedari bahawa perasaan yang dia sangka kebencian terhadap Haura sebenarnya adalah ketakutan untuk menerima sesuatu yang tidak pernah dirancang. Tapi, adakah masih ada ruang untuknya menebus kesilapan, atau segalanya sudah terlambat? ---
UZAIR : KALI KEDUA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,475,339
  • WpVote
    Votes 48,453
  • WpPart
    Parts 82
FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selepas empat tahun,mencari semula dan bertemu semula bekas isterinya itu bila kebenaran mulai dibongkarkan satu persatu. -------------------------------------------- "Aku nak Isteri aku balik." - Ahmad Uzair "Lebih baik kita tak balik semula dan bawa jalan masing-masing." - Nurul Sofea MATURE CONTENT πŸ”ž Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start :25 SEPT 2024 End:3 DEC 2024 EDITED: SEP- NOV 2025
AriqRissa: His Little Cherry by itserynsss
itserynsss
  • WpView
    Reads 286,195
  • WpVote
    Votes 9,340
  • WpPart
    Parts 51
ARIQRISSA TENGKU ARIQ ~ ARISSA AMANDA The Tengku's First series~~ Pertemuan pertama antara Ariq dan Arissa tidaklah semanis mana. Namun siapa sangka? Rupa2 nya Family Ariq dan Family Arissa berkawan baik. Walau bagaimanapun Pertemuan yang tidak manis itulah mula berubah menjadi manis dan berwarna tatkala Arissa mula jatuh cinta pada Ariq. "Awak, kenapa awak makan bekas sudu saya? Kan kotor tu. Tak geli ke?" -ARISSA AMANDA "Nak geli buat apa? Lagipun aku makan dari bekas perempuan yang cantik macam kau. So aku tak nampak apa-apa masalah disitu." -TENGKU ARIQ DENNIZ Dengan kata-kata manis Ariq lah..Arissa mula jatuh hati pada Ariq makin mendalam dan membuatkan hati Arissa semakin meronta ingin memilik Ariq. "That means..i already kiss you but not directly." -TENGKU ARIQ DENNIZ Namun tatkala mereka masuk ke alam perkahwinan satu persatu rahsia terbongkar termasuk lah identiti tersembunyi pada diri Arissa yang Ariq tidak tahu. "You will gonna hate me if you know who i am." -ARISSA AMADA "I don't even care!! I already hate you! Just tell me who are you?!! Or not , i will kill you." -TENGKU ARIQ DENNIZ "Just kill me! Kill me Ariq!! Bunuh aku!" -ARISSA AMANDA Akhirnya rahsia terbesar Arissa yang dipendam telah terbongkar. Adakah jodoh mereka berdua masih kekal atau tidak? Mungkin mereka akan berpisah kalau itu yang terbaik buat mereka.. Kalau nak tahu jemput lah bacaaaa!! Kena baca tau!! Kalau tak Seryn babap readers hehehe just jokeee -Cringe -sexy story line -romance -hambar
SILENT BETRAYAL  | C | by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 243,604
  • WpVote
    Votes 5,954
  • WpPart
    Parts 45
"Sometimes, the deepest wounds come from the quietest betrayals." Dia - Zayyan Emir, lelaki dingin yang menguasai dunia korporat dengan ketegasan dan prinsip. Tiada ruang untuk cinta, tiada tempat untuk wanita dalam dunianya yang penuh aturan dan reputasi. Namun hidupnya berubah drastik bila satu tuduhan menjatuhkan maruahnya - dituduh mengandungkan seorang wanita asing. Wanita itu muncul dalam hidupnya bukan dengan senyuman, tapi dengan kandungan yang memboyot dan linangan air mata. Fitnah itu datang dari adik kandungnya sendiri. Zayyan tidak mahu mendengar penjelasan. Dia hanya mahu menebus maruah. Maka perkahwinan paksa pun terjadi. Wanita itu, Arianna Liyana, kini sah isterinya - tapi dalam hatinya, dia hanya 'hukuman'. Arianna terperangkap dalam perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Dipandang hina, dilayan tanpa hati, dan dituduh membawa aib. Namun dia tetap bertahan - demi anak yang tidak bersalah. Dan perlahan-lahan, retak pada dinding hati Zayyan mula terbuka. Dia mula melihat cinta dalam diam Arianna. Dia mula menyayangi anak yang bukan darah dagingnya. Tapi saat cinta ingin mekar... Kebenaran akhirnya terbongkar. Dan segalanya mungkin sudah terlalu lambat.
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 344,031
  • WpVote
    Votes 13,206
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,513,679
  • WpVote
    Votes 80,880
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?