RezuanBaniamin's Reading List
154 stories
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤 by CameliaBatrisyix
CameliaBatrisyix
  • WpView
    Reads 315,134
  • WpVote
    Votes 7,933
  • WpPart
    Parts 80
Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah melafazkan talak disaat ibu Maya sedang nazak bertarung dengan maut. Dato' Johari juga langsung tidak pedulikan Maya setelah kematian isterinya. Malahan Dato' Johari terus berkahwin dengan seorang wanita yang dia cintai "Kau bukan anak aku! Kalau kau keluar daripada rumah ni pun, aku tak kisah lah!" - Dato Johari Sakit? Ya, teramat! Hanya Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan Maya ketika itu, ayah yang sepatutnya menjadi tempat untuk berlindung. Telah membuangnya tanpa hati perut disaat Maya baru saja berumur 16 tahun "Maya janji dengan papa yang Maya tak akan muncul lagi dalam hidup papa! I hate you!" - Maya Darena Tragis bukan? Bukan saja masalah keluarga, tetapi Maya juga diuji dengan masalah percintaan. Dia dicurangi oleh Luqman Rayyan, seorang lelaki yang kacak, kaya dan diminati oleh ramai gadis di universitinya Rayyan menduakan Maya tanpa Maya sedari, namun kuasa Allah. Dalam sekelip mata saja Allah membuka mata si gadis "Jangan salah faham, awak salah dengar tu!" - Luqman Rayyan "Salah dengar? Apa yang awak maksudkan salah dengar?! Awak nak cakap yang tu suara kucing ke, macam tu?!" - Maya Darena "Yes! Tu suara kucing, awak tahu kan saya ada kucing betina?" - Luqman Rayyan Tergamam? Sudah tentu! Alasan yang langsung tidak logik di akal! Namun kehadiran seorang lelaki yang bernama Luthfan Darren telah menjadi penawar untuk kisah pahit Maya, setelah mengenali lelaki itu. Maya berasa lebih selamat, tapi sayangnya. Kisah diantara Maya dan Darren akan berakhir apabila Maya mengetahui yang Darren sudah berkahwin, malahan lelaki itu sudah mempunyai seorang anak perempuan "Being cheated on is painful, isn't it?" - Maya Darena "I'm sorry for everything, Maya" - Luthfan Darren ~ The Last Love ~
3 bulan untuk kita  ✔ by Cupcake_Liya
Cupcake_Liya
  • WpView
    Reads 339,106
  • WpVote
    Votes 6,629
  • WpPart
    Parts 49
Tengku aryan Mikael sangat bencikan seorang gadis gemuk Yang bernama Tengku melinda adriana namun seiringnya berganti tahun pertemuan pertama mereka berikan imbak besar kepada aryan yang entah dimana permulaanya boleh jatuh cinta pada melinda yang dahulunya sering dihina. Hati melinda tertutup rapat setelah kehilangan insan yang paling dicintai namun atas desakkan keluarga pertunangan bersama aryan telah diterima namun berserta satu syarat yang perlu aryan terima. Apakah syaratnya? Antara cinta dan benci apakah jawapannya? #cinta-1[2018] #keluarga-2[2018] #konflik-1[2018] #hurt-4[2019] #mine-1[2019] #fakelove-1[2020] #kita-1[2020]
Tolong Jagakan Dia by mrssakeena
mrssakeena
  • WpView
    Reads 370,263
  • WpVote
    Votes 16,168
  • WpPart
    Parts 75
( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita diluar sana. Hanya disebabkan kerjanya , dia diperlekehkan dan dibenci orang luar. Ternyata impak dia bekerja di situ amatlah mendalam. Hidupnya berubah 100% selepas mengenali seorang pemuda yang sanggup membantunya. Hati yang robek kini terpaut dengan kebaikan lelaki itu. Tetapi perangai dan kelakuan lelaki itu membuatkan dia buntu dan keliru. TENGKU IYAN SHAH DARREN merupakan seorang kapten juruterbang yang kaya, mempunyai harta dan seorang yang mempunyai rupa paras yang menawan. Lelaki yang ego, sombong, berlagak, playboy dan sudah jauh terpesong dari agama islam. Pertemuan bersama seorang gadis yang sungguh comel dimatanya telah mengubah kehidupannya menjadi seorang yang lebih baik. " Why baby? Kau suka ke dia raba-raba kau sesuka hati? Kau suka lelaki buat macam tu dekat kau? Dah tak ada maruah ke hah?! Oops, yeah, aku terlupa pula. Pelacur kan? Pelacur akan tetap jadi pelacur! Memang tak ada maruah!" - Iyan Shah Darren. " Saya bukan pelacur macam yang awak cakapkan itu! Saya masih ada maruah dan harga diri. Apa hak awak nak hina saya!" - Insyirah Delysha. Pelbagai halangan dan rintangan yang mereka lalui bersama selama ini. Mampukah mereka bersatu dan hidup bahagia seperti pasangan yang lain suatu hari nanti? Adakah orang ketiga akan membiarkan mereka hidup bahagia? " Tiada siapa yang boleh mengubah takdir kita." - Iyan Shah Darren. " Tetapi jika hati tiada ruang untuk diberi peluang , apa gunanya lagi takdir kita ini?" - Insyirah Delysha. ~Love is the voice under all silences, the hope which has no opposite in fear; the strength so strong mere force is feebleness: the truth more first than sun , more last than star~ e.e. cummings. jadi, jemput baca gais❤️
Avenge by Svlhx_nvel
Svlhx_nvel
  • WpView
    Reads 1,202
  • WpVote
    Votes 645
  • WpPart
    Parts 36
Sedih bukan kepalang, Duri menusuk hingga mati, Sakit tak mampu ku tahan, Cinta kau yang jauh besendirian. Cover by: @irysnurzehra Thriller~ Mystery ~ Romance Mengisahkan tentang abang Jannah iaitu Johan mengalami kecederaan yang parah secara tiba-tiba di bahagian kepala tanpa ada sesiapa pun tahu puncanya.Jannah mula mencari kebenaran yang tersembunyi menyebabkan abangnya terus disakiti sehingga koma. Merungkai segala rahsia bersama sepupunya Adli dan seorang sahabat Khairul. Dalam penyiasatan mereka menemui perkara yang lebih dalam iaitu pembunuh Avenge yang ingin membalas dendam kepada mereka yang telah menderita disebabkan ketamakkan manusia Mereka berusaha bersama mencari pembunuh tersebut sehingga berjaya. Namun, kebenaranya amat menyakitkan dan menyedihkan serta perit untuk ditelan apabila orang tersebut adalah orang yang mereka kenali Dapatkah Adli dan Jannah membawa pembunuh itu ke muka penggadilan? Bagaimana pula dengan Johan yang koma ? Apa yang perlu Khairul buat ............. Menipu..........? atau Menyatakan kebenaran? Kalau korang nak tahu lebih lanjut tekanlah 'Read' dekat situ!
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,397
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
HEY, YOU MR. VET! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 39,642
  • WpVote
    Votes 5,335
  • WpPart
    Parts 26
Pertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh mencabar, kedua-duanya saling memerlukan walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak memerlukan. Kedengaran pelik bukan? Ya, aneh apabila si doktor veterinar Dr. Adwan Haffaz dan si pembantu peribadi Toh Puan Zainab itu sebenarnya tidak 'mesra alam' sesama mereka. "Aku sayang kucing tapi aku tak suka kau." - Dr. Adwan Haffaz. "Aku benci kucing tapi kau aku suka." - Kaysa Bussaina. Apalah yang menarik sangat pada Adwan si doktor veterinar itu sampaikan Kaysa sanggup berusaha menyayangi Sayang? Tetapi... apakah yang membuatkan Adwan sangat membenci Kaysa sehinggakan dia sanggup menjahamkan Kacak? [SIRI KETIGA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 19 September 2020 Tarikh akhir: Cover: @Nurhy_dayah PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 19/09/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
AMBER- CODE NAME: DARK [TERBIT PBAKL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 214,586
  • WpVote
    Votes 4,868
  • WpPart
    Parts 9
AMBER- CODE NAME: DARK "Kalau ada sesiapa yang cuba jadi tikus... pastikan bangkai mereka tidak pernah ditemui." Sebagai DARK, Aariz Iktizar hanyalah bayang dalam dunia perisikan. Senyap. Tepat. Mematikan. "Kau dalam bahaya!" - Aariz Iktizar "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Amra Khayra Mampukah Aariz melindungi segalanya, atau dia akan kehilangan kedua-duanya? "Sikit masa lagi, kau akan jadi gila. Kau akan rasa kehilangan... sama macam aku rasa sekarang."
FEI YANG by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 17,683
  • WpVote
    Votes 3,065
  • WpPart
    Parts 29
FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya. AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri. Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya. Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan! "Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang. "Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith. Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut. "Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty. "Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang. Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang. Tarikh mula: 4 January 2021 Tarikh akhir: - Genre: Thriller Action Cover: InfinityAuni IMPORTANT ⚠️⚠️⚠️ Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️
HI, ENCIK PROFESSOR! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 133,792
  • WpVote
    Votes 13,942
  • WpPart
    Parts 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King. "Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn. "Get lost!" - Qarizh. Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur. Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut? [SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 29/07/2020 Tarikh akhir: - Cover: Zanieyzai PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 29/07/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
DERITA YANG KUDAMBA by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 7,833
  • WpVote
    Votes 1,037
  • WpPart
    Parts 11
Angel_k20