AnnaLee2795's Reading List
28 stories
A PERFECTLY WRONG PLAN [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 29,558
  • WpVote
    Votes 1,977
  • WpPart
    Parts 30
Rose Amani. Cuma gadis biasa yang cuba meneruskan hidup seperti orang lain. Rutinnya sama bangun pagi, pergi kerja dan pulang kerja. Tiada apa yang menarik tentang dirinya selain wajah yang sempurna. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia masih belum pernah bercinta. Trauma masa lalu membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Johan Iskandar. Lelaki yang santai dan cukup sempurna di mata para gadis. Pemilik sebuah syarikat reka bentuk dalaman yang terkenal dan juga merupakan majikan kepada Rose Amani. Dia juga sudah memiliki seorang kekasih yang tampak sempurna dan merupakan seorang pempengaruh media sosial yang berjaya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Rose mengetahui satu rahsia besar dari rakannya. Tanpa sedar, Iskandar turut terdengar rahsia itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Dari situlah bermulanya perjanjian antara mereka untuk mengintip dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia tersebut. Namun, daripada sekadar perjanjian mengintip, Rose mula berbelah bahagi apabila perasaannya perlahan-lahan berputik terhadap lelaki itu. Mampukah Rose membuang perasaan tersebut apabila dia sedar Iskandar milik wanita lain? Dan ke manakah tujuan pengintipan ini akan membawa mereka?
Started With A Kiss by itsfary
itsfary
  • WpView
    Reads 1,156
  • WpVote
    Votes 133
  • WpPart
    Parts 18
"Can I kiss you?" "Why me?" "Because you're pretty." Hanya disebabkan satu ciuman, Dareena Sofia terikat dengan kehidupan seorang lelaki yang tidak pernah disangka olehnya.
Andante [T] by Izakikun
Izakikun
  • WpView
    Reads 36,189
  • WpVote
    Votes 542
  • WpPart
    Parts 14
Kisah bertentangan dengan Alegro. AMBIL BERAT DENGAN AMARAN YANG DIBERI DI AWAL BAB! okey itu je. bai
Kala Semesta Merestui by darwishrumi
darwishrumi
  • WpView
    Reads 748
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 10
Fateeh Jabran merupakan ketua sebuah agensi keselamatan peribadi yang beroperasi secara sah dan sering menjadi pilihan kerajaan dalam urusan keselamatan negara. Mawar Arriana ialah seorang doktor yang bijak dan berdedikasi, namun di sebalik ketenangan profesionnya, dia seorang yang cuai dan sukar dijangka. Sikapnya yang spontan dan rawak sering meletakkannya dalam situasi di luar kawalan, termasuk pertemuannya dengan Fateeh, lelaki yang bakal mengubah seluruh arah hidupnya. Mawar tidak pernah berniat menjadi titik mula kepada sebuah kekacauan. Namun satu pertemuan tanpa sengaja mempertemukannya dengan Fateeh, lelaki yang hidup dalam dunia yang dipenuhi dengan rahsia dan tanggungjawab. Pertemuan yang bermula sebagai cinta akhirnya perlahan berubah menjadi titik mula kepada kekacauan. Persahabatan dan kasih yang terjalin mula diuji oleh kuasa keluarga. Setiap langkah mereka dibelengu oleh ujian dan halangan, sementara perancangan licik terus muncul untuk menggugat dan meruntuhkan ikatan serta hidup mereka. "Love... janji dengan I yang u akan stop cari I, please tinggalkan I. I tak sanggup dah nak hadap semua ni." -Mawar Arriana "I promise you, sayang... I takkan pernah lepaskan you. Once I dah settle semua benda ni, I takkan bagi sesiapa pun ganggu kita lagi." -Fateeh Jabran Mampukah Fateeh dan Mawar mempertahankan cinta yang terjalin, atau akankah dunia yang penuh rahsia dan kuasa meruntuhkan segala yang mereka miliki?
EDITING | His Obsession by elvryss
elvryss
  • WpView
    Reads 2,392,588
  • WpVote
    Votes 107,773
  • WpPart
    Parts 47
[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan • Mata yang tajam bak helang. Wajah yang dingin bak ais. Hanya seorang anggota polis yang hanya bertugas sebagai pembekal senjata. Diberikan tugas oleh seseorang untuk melindungi si gadis yang sedang dalam ancaman. Tanpa sengaja, hatinya mula terdetik suatu perasaan yang tidak harus dia rasa. "Aku rasa macam aku diperhati." Farren Melissa • Seorang gadis yang tidak mempunyai ahli keluarga sewaktu dirinya berumur 13 tahun. Tergapai seorang diri untuk mencari kehidupan yang dia mahukan ketika kecil. Namun, segalanya berubah apabila seorang lelaki muncul tatkala dirinya berada di dalam kesusahan. Lelaki bagai cahaya bulan yang menerangi hidupnya yang gelap itu. ❝ 𝑰 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒘𝒂𝒊𝒕 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒉𝒆𝒓 𝒎𝒊𝒏𝒆 ❞ - Firash Rayyan Mampukah mereka berdua menggapai bahagia bersama? 𝐅𝐢𝐫𝐚𝐬𝐡𝐱𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧 ♡︎ [ WARNING 📌 ] [ CRINGE ] [ GRAMMAR ERRORS ] [ SWEET OVERDOSE ] [ ACTION ] [ HARSH WORDS ] [ NO PLAGIAT ] Start : 26 OGOS 2021 End : 1 JANUARI 2022 vote √ comment √
MERINDU WAHYU TUHAN  by azreenwardah9
azreenwardah9
  • WpView
    Reads 9,243
  • WpVote
    Votes 175
  • WpPart
    Parts 59
Salman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingkungan yang terbaik. Sebab itulah dia mula berputus asa dan mencari kebebasan di luar yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Puas semua nasihatkan dia, namun tidak dipeduli. Zuhair selaku abang iparnya takut Salman akan tersasar lebih jauh. Dia memaksa Salman untuk ke Maahad dan menjadi tenaga pengajar di sana. Berkali-kali Salman menolak pelawaan abang iparnya. Tapi bila Zuhair sudah mula menggunakan kuasa vetonya, Salman tidak mampu lagi menolak. Berkunjung ke Tautan Kasih atas pelawaan Ilham, Salman bertemu dengan seorang gadis. Aifa Amanda secara tak sengaja menjadikan dia mula jatuh cinta pandang pertama. Melihat ujian yang dilalui oleh Aifa menyebabkan dia rasa ingin berjuang bersama-sama gadis itu. Bila tersebarnya gambar Salman dan Aifa, memaksa dia untuk berkahwin pula. Namun kerana kasihnya pada gadis itu, dia terima juga. Asalkan dia dapat memiliki gadis itu walaupun jalannya ke arah perkahwinan tidak begitu indah seperti pasangan lain. Baru saja nak mengecapi bahagia, kehadiran bekas tunang Aifa, Tengku Khairul Razin membuat hidupnya huru-hara. Disebabkan itu juga nyawanya hampir melayang kerana kejadian yang tak pernah dia sangka. Dugaan demi dugaan dia cuba lalui dengan tenang walaupun mungkin menyebabkan rumahtangga yang dibinanya goyah. Salman tetap akan berjuang untuk orang yang dia sayang. Tidak akan sesekali Aifa Amanda jatuh ke tangan orang lain. Salman nekad biarpun nyawa menjadi galang gantinya.
Natalia (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 20,078
  • WpVote
    Votes 2,024
  • WpPart
    Parts 57
Hidup Shasha yang dulunya suram dan sunyi mula terisi bahagia dengan kehadiran Miss Natalia. Natalia ialah pensyarah muda yang mengajar Shasha dan hubungan mereka mula akrab sebagai pelajar dan pensyarah apabila dia hadir mendengar semua kisah suka duka hidup gadis itu. Shasha bercerita segalanya pada Natalia kerana hanya Natalia yang sudi mendengar. Natalia. Dia terima tawaran mengajar di Malaysia usai saja 10 tahun bermaustautin di Amsterdam. Dia ingin mulakan hidup baharu setelah hatinya remuk kerana cinta. Pertemuan dengan Shasha membuatkan dia seperti punya seorang adik. Dia sangat gembira sehingga satu hari Shasha meminta suatu yang gila daripadanya. "Can you be my stepmother? I need you and love you more than my own mother." - SHASHA "Shasha, perkara yang you minta dengan I ni gila tau! Jangan ingat I baik dengan you... you boleh minta bukan-bukan dengan I. Do not cross the boundaries, Shasha!" - NATALIA Dato' Iskandar. Ayah yang terlalu baik namun bukanlah suami yang dihargai. Dia dan isterinya, Datin Asyikin sudah 10 tahun berpisah rumah. Walaupun masih suami isteri, mereka tinggal berasingan dan itu membuatkan Shasha terlalu terdesak mahukan sebuah keluarga yang sempurna. "Saya tahu apa yang Shasha minta tu sesuatu yang gila tapi saya sendiri rasa tiada salahnya." - DATO' ISKANDAR Maka berlakulah perkahwinan antara mereka dan dalam masa yang sama, Naufal, abang kepada Shasha rupanya bekas kekasih Natalia. Dia yang sebelum ini memutuskan hubungan mereka tekad untuk pulang ke Malaysia demi berkahwin dengan Natalia namun kini Natalia telah menjadi ibu tirinya. "Papa faham tak macam mana perasaan bila tengok perempuan idaman kita tidur dengan lelaki lain? And that guy is you! She supposed to be mine, Dato' Iskandar!" - NAUFAL "Tengok perempuan tu, dulu dia goda you sekarang dia goda papa you pulak sebab nak bolot semua harta keluarga kita! Dia tu perempuan jalang!" - DATIN ASYIKIN Rindu dendam yang membara. NATALIA
Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE] by NourZefe
NourZefe
  • WpView
    Reads 81,604
  • WpVote
    Votes 4,921
  • WpPart
    Parts 50
Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.
Hati Yang Dijaga (OG) by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 3,165
  • WpVote
    Votes 749
  • WpPart
    Parts 13
2026. Sukati Update Spin Off (3) Si Bisu Pujaan Hati Elya Tihani tidak mencari cinta. Dia hanya mahu kerja yang stabil, hidup yang teratur dan permainan video yang sentiasa menjadi tempat paling nyaman dalam hatinya. Tiada langsung soal mencari jodoh pernah terlintas dalam fikiran. Bagi Elya, rutin itu adalah perlindungan buat dirinya. Dan perasaan merupakan sesuatu yang terlalu berisiko untuk dipelihara. Meor Muhammad Ghazi pula hidup dengan satu luka yang tidak pernah sembuh sepenuhnya. Sejak satu kejadian besar yang meranapkan kepercayaan sang ibu, setiap langkah hidupnya seakan terlalu pincang di mata wanita itu. Dia belajar untuk terus berdiri dengan menjaga orang lain tanpa lelah walaupun hatinya sendiri sering dibiarkan kosong dan letih. Di sebuah platform offshore, di tengah laut yang luas dan sunyi, takdir menemukan semula dua insan yang pernah berkongsi bangunan sekolah yang sama tetapi tidak pernah berkongsi rasa antara satu sama lain. "Awak tak ingat saya, Elya? Saya Meor." - Meor Muhammad Ghazi Elya mengangkat wajah, meneliti lelaki di hadapannya. Muka itu tidak terlalu asing dalam memorinya tetapi masih samar-samar. "Meor? Budak nerd kelas sebelah tu ke?" - Elya Tihani Meor tertawa kecil. "Yes, I was that nerdy thick-glasses boy." - Meor Muhammad Ghazi "Damn... Awak makin hensem..." - Elya Tihani Apabila kerja menjadi alasan untuk berjumpa, mereka mula sedar bahawa ada hati yang tidak pernah benar-benar tertutup sepenuhnya selama ini... Hanya menunggu masa yang tepat untuk kembali terbuka buat dijaga kembali. 100% straightly from my idea No plagiarism is allowed, thank you. ©TIENQOWIY Start: 19/02/2026 End:
Rayyan's Cinta (C) by idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    Reads 486,377
  • WpVote
    Votes 10,309
  • WpPart
    Parts 77
//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, pernikahan MELISA masih diteruskan tetapi bersama pengantin lelaki yang lain. "Mateen this, Mateen that. Fuck him. He's dead! 7 feets deep down this fucking ground! Memang hidup kau berpaksi pada Mateen je ke? Daripada dulu, memang Mateen yang kau cari. Entah apa hebat dia, aku pun tak tahu" "Nak saya bawa cermin ke depan awak? Banding diri tu sendiri dengan Mateen" ujar Melisa. ... Sikap tidak ambil peduli RAYYAN terhadap MELISA sedikit sebanyak meluluhkan hati seorang wanita yang mendambakan kasih sayang seorang suami setelah dibuang oleh bapa kandungnya sendiri. Masih mampukah MELISA bertahan dengan perkahwinan yang hanya tertulis di atas kertas? Apa rahsia yang disimpan sebalik perkahwinan mereka? ... Playlist Rayyan's Cinta: 1. Masing Masing by Ernie Zakri 2. Satu Shaf dibelakangku by Arvian Dwi 3. Yang Terindah by Daqmie Highest rankings #2 novelmelayu #1 cinta #10 romance-friendship #1 wattpadmalay ... Author's note Enjoy reading yaaaaa ❤️ jangan lupa vote dan boleh komen untuk memeriahkan suasanooo