cokolatstoberi_'s Reading List
15 stories
Encik Suami Sweet by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,955,139
  • WpVote
    Votes 61,089
  • WpPart
    Parts 55
Mama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi meninggalkan aku. Jadi sebatang karalah aku. Nasib baik jugak ayah tiri aku masih melayan aku sebagai anak dia. Kalau tak, memang aku lari dari rumah pergi duduk balik rumah arwah mama dan abah. Tapi, lain pula yang jadi bila aku disuruh kahwin dengan mamat otak batu macam dia ni. Stres tahu tak?! "Eh! Kau ingat! Kau tu adik tiri je tau! Jangan nak panggil aku abanglah! Geli! You're not my step sister! You're outsider! "-Aiman Rayyan. "Eleh! Kalau bukan kerana mama dan ayah, saya tak teringinlah nak panggil abang ni, abang! Nak tergeliat lidah! Urat sendi ni pun rasa macam nak reput panggil awak ni abang!" -Erni Ardiana. Selepas berkahwin, sir pedas berubah 360 darjah dari pedas jadi sweet. Ini membuatkan Erni meremang bulu roma akibat daripada ayat sweet yang diucapkan oleh Aiman. Isy! Selama ni tak pernah pun nak cakap sweet, pickup line... Tapi ini apa sudah jadi? Dunia sudah terbalikkah?
OG | DEVIL DAYYAN | by affeeyaa
affeeyaa
  • WpView
    Reads 51,262
  • WpVote
    Votes 2,361
  • WpPart
    Parts 32
What is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. | on going | { READ AT YOUR OWN RISK }❗
Little Princess by shasharazali
shasharazali
  • WpView
    Reads 473,275
  • WpVote
    Votes 29,138
  • WpPart
    Parts 59
"Cik Laura.." "Saya rasa macam menang loteri. Cik Laura tiba-tiba nak berkawan dengan saya dan sekarang cik tersenyum dan ketawa bersama saya." - Raiz Laura Qaisara , semenjak dia tinggalkan Empire Gold Resort , tak tenang jiwanya ! Setiap hari dia teringat akan Raiz , si pekerja hotel. Demi untuk berjumpa dengan Raiz semula , dia sanggup buat kerja gila ! Lantaklah lah kerja everyday sambut tetamu and kena senyum 24/7 dia sanggup asalkan Raiz ada di sisinya. Kerana Laura sentiasa berada di mana sahaja Raiz berada , membuatkan Raiz mula merasai perasaan yang sama. Masing-masing suka sama suka tetapi mereka juga yang menolak antara satu sama lain. Semua kerana rahsia Raiz dan rahsia Laura. Raiz yang tidak mahu kisah silamnya yang tidak matang diketahui Laura dan dalam masa yang sama cemburunya mengeruhkan keadaan. Laura pula sama seperti Raiz , dia tidak mahu kisah silamnya menjadi masalah kepada penghijrahannya tetapi kerana cemburu Raiz telah melukakan hati Laura menyebabkan Laura membawa diri. Saat mereka bertemu semula , kisah silam salah seorang daripada mereka mula menghantui mereka. Kisah silam siapa yang menantikan mereka ? Berapa lama lagi mereka perlu dihantui oleh kisah silam itu ? Bila semua ni akan tamat ? [[ W A R N I N G ]] Cerita ini mengandungi kejadian berdarah, trauma dan cubaan membunuh. Baca atas kerelaan sendiri. -May 2018-
Jodohku,Classmate Ku?✅ by kimiafina
kimiafina
  • WpView
    Reads 2,016,202
  • WpVote
    Votes 102,034
  • WpPart
    Parts 55
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menjadi isteri Rizq di usia yang muda. Masing-masing masih bersekolah. Rizq Haikal seorang lelaki yang tidak diduga perangainya. Dia juga seorang badboy tetapi pelajar cemerlang di sekolah itu. Usah ditegur cikgu tentang perangai dia. Rekod setiap tahun tak pernah bersih. Kenapa dia masih kekal di sekolah tu? Hmm... Sebab dia.. Pelajar cemerlang. "Ibu... Anin tak nak duduk dengan dia.. Anin tak suka dia... "-Hanin Sofea. Nama pun suami isteri mestilah duduk satu rumah. Oleh sebab itu, semakin hari, semakin hadir perasaan cinta dan sayang Hanin terhadap Rizq. "Aku kalau boleh tak nak kau dekat dengan Khalil. Kau tau kan dia musuh aku? Kenapa kau perlu rapat dengan dia? "-Rizq Haikal. Perkahwinan di zaman sekolah,mestilah banyak dugaannya. Perlu ada kesabaran yang tinggi. Nantikan liku-liku kisah percintaan Rizq Haikal dan Hanin Sofea... Jodohku, classmate ku? #brokenenglish #stilllearning Start:16 November 2018 End:24 Disember 2018 ©kimiafina2018
Isteri Tengku Kyle ✓  by hohoie
hohoie
  • WpView
    Reads 513,034
  • WpVote
    Votes 15,138
  • WpPart
    Parts 87
~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alice Azra. 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐌𝐢𝐥𝐚𝐲𝐥𝐚 Gadis campuran Melayu dan Brazil. Memiliki sepasang anak mata yang turun dari ibunya iaitu warna hijau. Seorang yang lemah lembut, dan berhati tisu. Datang ke Malaysia untuk mencari hidupan baru dan bekerja sebagai model disalah sebuah syarikat yang ternama. Memiliki rupa paras yang cantik dan berkulit putih susu. Ditambah pula dengan sepasang mata hijau, memang sangat sempurna. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧 𝐊𝐲𝐥𝐞 Jejaka yang menjadi gilaan ramai wanita-wanita, termasuk pekerja bawahan syarikatnya. Memiliki tubuh paras yang menawan dan sederhana sado. Berkulit putih merah, memiliki sepasang mata berwarna hazel yang turun dari papanya. Bibirnya merah asli sungguh membuatkan wanita-wanita menjadi kaku bila memandang. Pada suatu hari, Faliq's Holdings telah menganjurkan program pembukaan syarikat baru di Hotel Stars. Para-para model dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu. Dan bermula saat itu, mereka dipertemukan dengan satu kejadian yang dirancang oleh seseorang. "mana macam I boleh ada dekat sini? siapa you?" - 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 "kita kena kahwin, takkan nak tunggu perut kau memboyot baru nak terhegeh-hegeh suruh aku bertanggungjawab? Fikir pakai otak Puteri Amanda Milayla" - 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧 '𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢, 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐭𝐢' Status : [COMPLETE] #Maafkan saya kalau ada kesalahan bahasa atau typo #Pembetulan kata akan di ubah bila cerita dah siap #Mohon vote dan komen (kalau taknak takpe,
Love , Cik Babysitter by wannabeyy
wannabeyy
  • WpView
    Reads 272,246
  • WpVote
    Votes 13,273
  • WpPart
    Parts 89
Kepulangannya langsung tak di duga, hampir 8 tahun menyepikan diri kini dia kembali melunaskan dendam lama serta janji yang termeterai demi keluarga tercinta tapi apa? Kehadiran empat jejaka itu mengkucar-kacirkan hidupnya serta Black Knight tapi bagi Nurin Batrisha, dia tak peduli jika empat jejaka itu ialah budak lelaki yang sama dalam mimpinya. Dia ada tujuan sendiri. " Kash Aldrin Rahman, Aryan Zachary Edrus Rills, Nadim Andika Izham dan Raja Que Elhan Raja Amran. " - Nurin Batrisha. " Siapa kau ni? Stalker? " - Kash Aldrin " Kau kenal diorang ke? " - Farrah Alisha Pertemuan demi pertemuan akhirnya membuatkan Batrisha diberi jawatan sebagai pengasuh pada anak Kash dengan bayaran RM5000 sebulan. Namun siapa dia? Kenapa mereka wujud di dalam mimpinya suatu ketika dahulu? Siapa Black Eagle? Di saat hubungan persahabatan mereka kian erat, satu rahsia besar terbongkar. Mengetahui rahsia dan identiti sebenarnya membuatkan mereka menjauhkan diri, Black Knight berpecah dan membawa haluan sendiri manakala Black Eagle pula hilang arah. Apa yang terjadi sebenarnya? Siapa yang bakal serah hati? Siapa yang bakal jatuh hati? Rahsia apa? Silakan tekan read. start ; 17 Feb 2020 end ; 16 Jan 2021
Hati Ini Milik Siapa?  by wannabeyy
wannabeyy
  • WpView
    Reads 885,754
  • WpVote
    Votes 35,897
  • WpPart
    Parts 71
" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq dekat Alor Setar. Lagipun umi buat umrah sekali dengan mak chaq dan pak chaq sekali. Korang boleh stay dengan Abang Idran, Kak Zunairah, Kak Darlina dengan Khaysarah. Lepas buat haji, umrah, pusing-pusing Tanah Arab tu, kitorang baliklah. Ada faham? " - Puan Halina, si umi yang sporting tapi garang nak mati! " Habis tu kakak macam mana? Takkan nak satu bumbung dengan Abang Idran? Kan tak manis? Kerja kakak? Tak boleh umi! " Hanis Aqasha, si kakak sulung yang suka memberontak. " By hook or by crook, korang kena stay jugak. Pasal kerja kakak, umi dah suruh Idran settlekan. Keputusan umi muktamad, noktah, titik, full stop! " - Puan Halina tegas. Disebabkan umi dan walid nak buat haji dan umrah, hidup seorang Hanis Aqasha jadi tunggang terbalik. Satu bumbung dengan abang sepupu sendiri yang jarang bersua muka? Oh tidak! Dan disebabkan itu juga status diri yang single and available bertukar sekelip mata menjadi married. Kahwin dengan abang sepupu sendiri! Tanpa pengetahuan umi dan walid? Oh ini kerja gila! Dan dia terpaksa bekerja satu tempat kerja dengan suami sendiri. Apa yang bakal terjadi? Apa pula reaksi keluarga nanti? Datang pula Ikmal Hazriel yang ingin menyambung cinta zaman universiti dulu dengan Hanis. Tekan read dan terima kasih kerana membaca! start ; 27 Apr 2019 end ; 18 Nov 2020
I Miss You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 2,564,140
  • WpVote
    Votes 97,734
  • WpPart
    Parts 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ Jayden pernah menjadi bayangan silam yang menghantui Sofea. Lelaki yang membuli, menghina, dan meninggalkannya dengan luka. Selepas lima tahun, mereka bertemu kembali dan ditakdirkan sebagai suami isteri kerana satu fitnah yang menjatuhkan maruah Sofea. Perkahwinan itu tidak dimulakan dengan cinta, namun Jayden diam-diam belajar menyayangi wanita yang pernah dia sakiti. Dia cuba membayar semua kesalahan masa silam, namun sayangnya... sejarah berulang. Satu lagi fitnah memisahkan mereka dan kali ini, Sofea yang pergi meninggalkan Jayden tanpa menoleh ke belakang. ❄ I Miss You ++ Bonus I Miss You 2 ~ Kisah cinta Amar Gadafi dan Yara © 2018
IF I NEVER LOVE YOU ✔ by arynlxa
arynlxa
  • WpView
    Reads 1,466,448
  • WpVote
    Votes 64,430
  • WpPart
    Parts 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya. Lebih dari dia mencintai NUHA QISRINA. NURA QISTINA hidup dengan bahagia sebelum datangnya NUHA QISRINA. Secara perlahan, orang yang disayangi menjauh darinya. Dia kini seperti barang yang digunakan untuk kebahagiaan orang lain. Untuk kebahagiaan orang yang disayanginya, kebahagiaannya sendiri terkorban. Hadirnya si jejaka dalam hidupnya mengubah segalanya. Jejaka itulah pembakar semangatnya sekarang. Jejaka itulah yang sentiasa membuatnya berasa disayangi. Jejaka itu menyayanginya lebih dari sesiapa. Tapi siapalah dia untuk mencintai dua jejaka dalam satu masa. Memang betul dia meyayangi jejaka itu. Tapi hanya sebagai seorang kawan yang baik. Ini kerana hati dan cintanya milik orang lain. Pada masa yang sama, SYED ZARIF IZZHAN yang dulunya terkejarkan NUHA QISRINA mula menyedari perasaannya yang sebenar. NUHA QISRINA bukanlah cinta sebenar yang dicarinya. Ternyata, jauh di lubuk hatinya mencintai orang yang selama ini dekat dengannya. Namun begitu, semuanya terlambat. Dia sudah menyakiti hati gadis itu. Dia membuatkan gadis itu menjauhinya. Dia telah membuatkan gadis itu membenci dirinya. "I need your help." "Aku akan rampas semuanya dari kau." "Aku akan sentiasa ada dengan kau." "Sekali aku benci, aku akan benci kau sampai bila-bila." "IF I NEVER LOVE YOU.." •••••••• {RANKING} #71 in Teen Fiction (29/6/18) #67 in Teen Fiction (2/7/18) #53 in Teen Fiction (5/7/18) #1 in Twin (11/7/18)