πŸ…πŸ„΄πŸ„°πŸ„³πŸ„ΈπŸ„½πŸ„Ά πŸ„»πŸ„ΈπŸ…‚πŸ…ƒ
200 stories
Jodoh Salah Swipe | OG by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 71,308
  • WpVote
    Votes 8,481
  • WpPart
    Parts 42
⚠️ clichè Siti Indah x Aiman Fakhri uni student x fitness coach, partime stuntman - blurb update soon start : 12 April 2025 end :
[ C ] Mr Cold Bodyguard  by Xanderalqis
Xanderalqis
  • WpView
    Reads 42,891
  • WpVote
    Votes 3,259
  • WpPart
    Parts 43
Jatuh cinta dengan bodyguard sendiri? Betul, itu yang berlaku dalam hidup Halwa Liyana Dia telah jatuh cinta pada salah seorang bodyguard ayahnya sendiri iaitu Khalid Al-Fateh. Namun mampukah dia cairkan hati beku lelaki itu?
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 613,914
  • WpVote
    Votes 23,512
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 17,568
  • WpVote
    Votes 3,077
  • WpPart
    Parts 24
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
π“π€πŠπƒπˆπ‘ π“π„π‘πˆππƒπ€π‡ by schaazz
schaazz
  • WpView
    Reads 9,412
  • WpVote
    Votes 590
  • WpPart
    Parts 10
β€Ž"Saman?" β€Ž β€ŽKASYAF AL-TABRANI | berumur 28 tahun, santai orangnya namun sikap itu tak pernah ditunjukkan di sekeliling orang yang tidak dikenali. Inspektor polis, itulah peranan yang dijuluki dalam jabatan yang ditugaskannya. β€Ž β€ŽBUNGA LAURA | berumur 22 tahun, sikapnya semanis namanya namun kebaikan yang dilakukan sering disalah guna oleh orang di sekelilingnya. Dia satu-satunya pelumba MotorPrix yang berjantina perempuan. β€Ž β€ŽBahu jalan merupakan tempat pertemuan pertama mereka. Tidak begitu indah bukan? Namun untuk Laura, dia rasa pertemuan itu indah dan mencipta satu perasaan dalam pelosok hatinya. Takdir terindah dalam hidupnya. β€Ž β€Ž"Terima kasih tuan sebab dah saman saya." -Laura β€Ž β€Ž"Kau pasti tak ada kad lain selain ic?" -Inspektor Kasyaf β€Ž β€ŽBagi Laura, Kasyaf umpama cahaya yang menerangi gelap hidupnya. Pertemuan yang dijangka cuma berlaku sekali, nyatanya berkali-kali apabila hidupnya kerap ditimpa kemalangan dan Kasyaf sentiasa ada. Hakikat sebenarnya, Kasyaf yang lebih lama memendam perasaan terhadap gadis itu tanpa disedari. β€Ž β€Ž"Kahwin dengan aku, Bunga. Aku jaga kau." -Inspektor Kasyaf β€Ž β€Ž"What?" -Laura β€Ž β€ŽTerluhur akad dari bibir Kasyaf, maka terjalin sebuah ikatan. Yang lebih banyak pahit dari manis. Saban hari, Laura diancam dengan maut oleh seseorang yang tidak dia kenali. Namun begitu... β€Ž β€ŽMampukah dia tempuhi ujian itu? Siapa dalang di sebalik ancaman itu dan mengapa perlu mengaitkannya dengan suaminya, Kasyaf? β€Ž β€Ž[ON HOLD] [NEW VERSION]
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [OG] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 52,034
  • WpVote
    Votes 3,837
  • WpPart
    Parts 42
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,348,598
  • WpVote
    Votes 76,709
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 370,598
  • WpVote
    Votes 26,473
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
π‡πžπ₯π₯𝐨 𝐌𝐞𝐒𝐧 π€π§π πžπ₯ | 𝐂 by rzealyssa
rzealyssa
  • WpView
    Reads 2,132,471
  • WpVote
    Votes 76,594
  • WpPart
    Parts 76
𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab aku, lagipun dia terima aku bukan sebab cinta" - Nils Edward Benar kata orang, kerana mulut badan binasa. Segala kata-kata yang diungkap oleh dirinya dahulu telah memakan dirinya sekarang. Dia sedar hanya gadis itu yang mampu membuatkan dirinya tidak keruan, siang malam hanya bayangan gadis itu sahaja yang menemani dirinya. Well let's say he is just too obsessed with her. The way she smile, the way she talked, the way she look at him. He just loves it. She is his drugs, his priority and ofcourse his life. "Because of you, I can feel myself slowly, but surely, becoming the me I have always dreamed of being." "Hello Mein Angel"
TENGKU EMIR RAYYAN - Lukisan Takdir by yayah21_
yayah21_
  • WpView
    Reads 2,161
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 38
Arissa Hana tidak pernah menyangka bahawa hidup bebasnya sebagai seorang pelukis akan berubah dalam sekelip mata-apabila dia diikat dalam satu ikatan pernikahan tanpa cinta bersama seorang lelaki asing... Tengku Emir Rayyan. CEO muda yang terkenal dengan ketegasan, karisma, dan hati yang membeku. Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar rasa, tetapi kerana satu perjanjian lama yang terpatri antara dua keluarga. Bagi Emir, perkahwinan ini hanyalah satu tanggungjawab. Hatinya telah lama tertutup, terkubur bersama kisah cinta silam yang hampir terpadam dari ingatan... tetapi tidak dari rasa. Arissa, dalam diam, cuba mewarnai rumah tangga yang kelam. Namun semakin dia mendekat, semakin dingin lelaki itu menjauh. Namun siapa sangka, di sebalik sikap beku Emir, tersembunyi satu rahsia besar. Arissa bukan hanya sekadar isteri paksa-dia adalah seseorang dari masa lalu... kenangan yang selama ini dicari untuk kembali merasai bahagia. Tetapi kenapa hanya Emir yang masih mengingatinya? Dan kenapa Arissa tidak mampu mengingati apa-apa? Saat rumah tangga mereka mula menemui cahaya, hadir pula orang ketiga-membawa angin keraguan dan badai perpisahan. Mampukah Emir mempertahankan apa yang baru sahaja dimilikinya? Dan adakah Arissa mampu menyelamatkan bahtera yang dibinanya dengan harapan, dalam hati yang masih samar akan cinta sebenar? Kerana cinta yang datang tanpa diundang... adakalanya membawa kita pulang kepada takdir yang lama menanti.