Malay Fiction
12 stories
Ophelia- Di Persimpangan Masa by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 151
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 5
Antara memori dan masa, hadirnya takdir sebagai noktah
Nadim-1911 by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 230
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 6
Nadim merupakan keturunan orang hebat. Moyangnya, Hang Nadim merupakan penyelamat empayar Melaka dari serangan Portugis. Tapi Nadim hanyalah jejenang yang penuh dengan kekurangan.
Liga Panca Pemanah by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 99
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 6
AWAN: Apa yang saya buat sekarang? Saya baru je siap menulis manuskip karya keenam saya. Tajuknya ialah Liga Panca Pemanah. Karya ni istimewa berbanding karya saya sebelum ini. Liga Panca Pemanah in merupakan terbitan eksklusif Cereka. Tidak akan diterbitkan menjadi buku fizikal. Jadi lebih mudah untuk karya ini menemui pembaca. Cukup melalui telefon sahaja. SOALAN: Liga Panca Pemanah tentang apa? Boleh Awan ceritakan serba sedikit? AWAN: Boleh. Liga Panca Pemanah ni sebenarnya sebuah pengenalan kepada universe baru ciptaan saya. Universe Sekolah Bunian. Untuk Liga Panca Pemanah, cuba bayangkan Putrajaya, tetapi bandar terabai. Bangunan-bangunannya sudah musnah. Watak utama Liga Panca Pemanah ni ialah seorang remaja perempuan yang plus-size. Dia terpaksa menjadi atlet Liga Panca Pemanah untuk menyara hidup keluarganya. SOALAN: Bila akan mula disiarkan dalam @cerekaapp? AWAN: Dah terbit dah! Boleh baca selengkapnya di sana. PERCUMA JE!
ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSA by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 16,913
  • WpVote
    Votes 1,746
  • WpPart
    Parts 32
Selamat datang ke Estodania. Kota manusia dan jin hidup bersama, menyembah Allah, menjaga kesucian Islam, dan membina ketamadunan bersama. Dengan kecanggihan teknologi yang setinggi imaginasi, kota ini mampu merealisasikan semua mimpi yang ada. Imaginasi! Tinggi sehingga mitologi Malaysia dan Nusantara dimuat dalam karya ini. Haiwan mitos yang diperankan sudah dipilih untuk diselarikan dengan haiwan-haiwan mitos dalam Islam. . PERINGATAN! Jika kalian mengharapkan kisah cinta yang romantik, karya ini bukan tempatnya. Tetapi jika kalian ingin mengembara dalam satu dunia yang belum pernah kalian saksikan... maka dijemput baca.. Dinasihatkan untuk bersihkan apa yang patut dibersihkan daripada perut.. atau selesaikan semua kerja-kerja rumah... kerana sekali anda mula membaca Hikayat Nusantara ini, sukar bagi kalian untuk berhenti.. sukar bertenang... sukar tidur malam...! . Cerita ini ditulis dengan menggabungkan hasil bacaan Al-Quran & Tafsir, Israiliyat, Dongeng Nusantara dan kisah sejarah Islam yang terpilih. Ditulis dengan bercorakkan pengembaraan epik ala-ala Lord of The Rings karya J.R.R. Tolkien. . Disarankan baca sambil mendengar muzik/ intrumental epik yang ada dalam youtube supaya lebih feel... DAN... AKTIFKAN IMAGINASI ANDA... TINGGALKAN SEKETIKA DUNIA REALITI.. MARI MENGEMBARA DI ESTODANIA..
Hikayat Srikandi Steampunk Alam Melayu ( Preview ver.) by zulkhairzulkifle
zulkhairzulkifle
  • WpView
    Reads 41
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 2
Hikayat ini berlatarkan tamadun Steampunk. Pada tahun 1872 masihi, seluruh Semenanjung Tanah Melayu sekali lagi diancam oleh ancaman yang hebat daripada Jemaah Syaitan Merah yang diketuai oleh Pawang Degawan. Angkatan tentera mereka adalah raksasa- raksasa Bota. Oleh itu, seorang bekas puteri Banjarmasin, Siti Khaula telah pun direkrut oleh Angkatan Elit Pahlawan Diraja Selangor untuk menjadi seorang anggota Elit Srikandi. Khaula memiliki kuasa batin pendam yang terkuat berdasarkan laporan kajian Institut al-Ghazali. Maka, Khaula adalah harapan terakhir untuk menamatkan Perang Bota Kedua itu. Sila ke Google Play untuk pembelian versi penuh
Sumpahan Legenda by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 3,077
  • WpVote
    Votes 80
  • WpPart
    Parts 5
Novel Sumpahan Legenda mengisahkan pengembaraan Rusyd, pemuda yang mahu menuntut bela kematian ibu bapanya yang telah dibunuh sedekad yang lepas. Namun di tengah perjalanan, dia mula mengetahui akan kewujudan 'Legenda', satu gelaran yang dinobatkan kepada pendekar terhebat di atas muka bumi ini. Tanpa disangka-sangka, dendam kesumat yang mahu dilunaskan, dan gelaran ulung itu, punya kaitan yang tersangat rapat!
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,379
  • WpVote
    Votes 291
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 42,939
  • WpVote
    Votes 805
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
TAKDIR - Cahaya Yang Tidak Terpadam by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 6,354
  • WpVote
    Votes 111
  • WpPart
    Parts 6
Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan dan mengabsahkan Kerajaan Utopia miliknya. Dengan meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuasaan jeneral-jeneralnya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia. Di tengah kegelapan yang pekat ini, rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun terpadam. Pun begitu di tengah padang pasir luas, Kerajaan Tanah Haram Makkah antara yang masih percaya kepada janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya dan meneruskan perjuangan menentang Sang Ashura. Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti, diamanahkan bapanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, membawa obor bagi mengubah keadaan dunia. Apakah dia merupakan cahayanya?