Aizack collection
3 stories
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] by AizackMesle
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]
AizackMesle
  • Reads 2,008,504
  • Votes 44,225
  • Parts 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
Mawar Milik Raid[C]✅ by AizackMesle
Mawar Milik Raid[C]✅
AizackMesle
  • Reads 1,949,317
  • Votes 93,116
  • Parts 47
Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang kata, mawar seperti jinak-jinak merpati. Hanya mampu dipandang. MAWAR ADELIA nama diberi. Gadis pencinta bunga mawar. Cantik dan indah persis nama. Namun, kesempurnaan itu yang membawanya ke dunia kegelapan. Dia buntu. Dia takut untuk berdepan dengan hari yang mendatang. Rasa malu terhadap diri sendiri tidak pernah pudar sejak dulu. Dia rasa terbeban. Pergerakannya sentiasa diperhatikan. Dia jadi trauma. Dunianya sentiasa berputar-putar. Kelam dalam kegelapan yang membawanya pergi jauh. "Tolong lepaskan saya..." "Kau milik aku, Mawar." Hembusan nafas halus terasa dekat di tepi telinga. "Sa...sakit..." Dia cuba untuk mencari pertolongan. Tetapi dia yakin, tiada sesiapa pun akan mempercayai dia. Dia bukan sesiapa yang mempunyai pangkat, hatta kesenangan. "Tutup mulut kau dan layan aku sekarang..." Dia lemah. Berkali-kali dia cuba mengelakkan diri tetapi 'duri' itu datang lagi. Akhirnya, dia pasrah dengan ketentuan ilahi kerana 'duri' itu tidak akan sesekali melepaskan dia pergi. "Tolong jadikan saya isteri awak. Saya tak nak tanggung dosa ni lagi. Tolong..." Dia hanya mampu merayu. Tipulah jika tiada rumah tangga yang dilanda badai. Saat hati sudah bersedia untuk mencintai, ada insan lain yang datang kembali. Cuba merebut kedudukan dia sebagai isteri. Ternyata dia salah. Bukan kedudukan dia yang akan direbut tetapi dia yang telah mengambil kedudukan itu. Dia telah mengambil hak milik orang lain. Saat satu demi satu rahsia lama terungkap, mampukah 'duri' dan 'Mawar' bertahan demi satu hubungan yang tidak pasti? ⚠️Do not copy any part of this story.
Qaseh Ghibran [COMPLETED]✅ by AizackMesle
Qaseh Ghibran [COMPLETED]✅
AizackMesle
  • Reads 1,437,462
  • Votes 76,742
  • Parts 60
Book Two Of The Angel Series: 𝘒𝘯𝘰𝘸𝘯 𝘢𝘴 𝘛𝘩𝘦 𝘗𝘰𝘴𝘴𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 GHIBRAN ISKANDAR, sebaris nama yang mampu membuat para gadis terjerit penuh keterujaan. Siapa sahaja tidak mengagumi si empunya badan. Serasanya ulat di celah batu pun boleh terliuk-lentok mendengar nama itu. Hiperbola? Tidak, itu memang satu fakta. Dikenali sebagai Ghib, merupakan seorang yang digilai para gadis. Sangat manis dalam berkata-kata. Pandai memikat, pakar dalam menggoda. Gayanya seperti lelaki kasanova yang penuh dengan kata cinta. Namun, tidak pernah sekali dia serius dalam percintaan kerana desakan masa lampau. Jika dulu dia mencintai, sekarang tujuannya hanya untuk menyakiti demi kepuasan diri sendiri. Dia tidak percaya lagi kata cinta setelah dia memberikan sepenuh hati kepada seorang gadis, malah cinta dia dipermainkan. Dia ditinggalkan saat dia benar-benar cinta. Lantaran itu, dia tidak percaya pada cinta. Sehingga satu hari prinsip hidup dia berubah untuk kembali mengejar cinta. Kerana satu pertembungan, dia jadi angau dengan cinta. Kerana satu malam, ia mengubah lakaran perjalanan hidup mereka. Kerana satu malam juga, air mata seorang gadis jatuh kerana dia. "Berapa kali saya nak cakap pada encik? Saya tak suka encik. Jadi jangan paksa saya untuk terima semua ni." "Tak pernah ada perempuan yang tolak aku. Kenapa kau jual mahal sangat ni hah?" "Nak tahu jawapannya? Sebab saya bukan perempuan murah. Saya tak heranlah dengan harta dan pangkat encik tu. Tak boleh bawa mati pun!" jerit gadis itu. Cek di tangan dikoyakkan menjadi cebisan kecil. "Kalau kau tak setuju untuk kahwin dengan aku, okey...tapi kau tengok apa akan jadi pada kau nanti. Jangan menyesal dengan keputusan kau. Aku bukan seorang yang mudah mengalah. Apa yang aku nak, aku akan dapatkan. Termasuk kau." "Saya tunangan oranglah!" "Pasangan yang dah berkahwin pun boleh bercerai, setakat tunang...hm mudah untuk aku." 🕊Cover by: AizackMesle