kylinz_zz's Reading List
36 cerita
Transmigrasi Istri Tuan Muda Gavriel oleh NAAVILLA
Transmigrasi Istri Tuan Muda Gavriel
NAAVILLA
  • Membaca 863
  • Suara 31
  • Bagian 13
Seorang pelajar yatim piatu sekolah menengah , Vanesya Adelia, telah bertransmigrasi ke tubuh seorang wanita dari dalam novel yang ia baca. Nasibnya kini menjadi Vianneya Adel Prissy isteri kedua seorang Ceo dingin bernama Alvian Elias Gavriel. Adel menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Berdepan dengan Alvian yang dingin dan kejam itu membuatkan seorang Adel harus lebih bersabar. Adel hanya pasrah akan nasibnya yang sama buruknya dengan dunia nyata. Akankah ia berhasil meluluhkan seorang Ceo dingin tersebut? -Pemberitahuan 1.Transmigrasi Istri Tuan Muda Gavriel versi Malaysia hanya di Watpadd 2.Transmigrasi Istri Tuan Muda Gavriel versi Indonesia hanya di Fizzo Novel Kedua versi sama dari saya cuman jalannya akan sedikit berbeza!!
Ghost Emperor Wild Wife: Dandy Eldest Miss (bahasa melayu) oleh janoth
Ghost Emperor Wild Wife: Dandy Eldest Miss (bahasa melayu)
janoth
  • Membaca 23,065
  • Suara 2,481
  • Bagian 55
Hak milik Authors : Xiao Qi Ye Penafian : bukan hak milik saya. Translate novel untuk bacaan ofline Yun Luo Feng, genius Sekolah Perubatan Hua Xia, meninggal dunia akibat kemalangan dan jiwanya melekat pada cucu sulung keluarga Jeneral Long Xia yang tidak berguna. Bukan sahaja tidak berguna, cucu sulung ini tidak dapat membaca atau mempraktikkan seni mempertahankan diri, malah suka membanggakan diri, tidak mempunyai otak, sombong dan berkehendak tinggi. Memandangkan Putera Mahkota sebagai tunangan yang serba sempurna tidak mencukupi, dia malah mengoda seorang anak lelaki kacak di depan umum, yang menyebabkan Putera Mahkota membatalkan pertunangan. Oleh kerana dia tidak tahan dengan pembatalan itu dia menggantung diri. Setelah membuka matanya, dia bukanlah orang yang sebelumnya. Dia mengikat kontrak dengan boneka Tuan Besar dan membawa ruang spiritual. Dengan tangan yang indah yang mampu meremajakan malah mahir dalam perubatan yang membalikkan dunia! Kedua-dua keturunan kerajaan dan bangsawan golongan atasan dan para pedagang golongan bawahan, semuanya bersaing untuk merebut permintaannya. Bahkan Yang Mulia, putera mahkota, yang sebelumnya memutuskan pertunangan, datang mengetuk pintu yang ingin berdamai. Mengenai hal ini, seorang lelaki misterius akhirnya mengumumkan: "Siapa pun yang berani datang dan mengganggu wanita saya, biarkan mereka datang tetapi mereka tidak akan pernah kembali!"
√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN] oleh crabyjoon
√3 [C] Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]
crabyjoon
  • Membaca 53,391
  • Suara 5,670
  • Bagian 53
Park Chan Mi. Anak gadis kumpulan mafia terbesar. Kehidupannya yang gelap mula berubah setelah bertemu dengan lelaki istimewa iaitu Kim Taehyung, pewaris kumpulan The Kims yang serba kekurangan. "Pewaris The Kims tu autisme , kau yakin kau boleh jaga dia? Dia tu keturunan musuh kita dan dia cacat. Fikir baik baik Chan Mi. Black Dragon takkan suka semua ni. " Jeon Jungkook. "Dah terlambat Jungkook, aku dah sayangkan dia sejak pertama kali kami berjumpa. Aku dah buat keputusan untuk pertahankan dia. Walaupun semua ni akan bahayakan nyawa aku sendiri.." Park Chan Mi. "Kakak, Tae sayang sangat kat kakak. Tae harap kita akan kekal selamanya. Eheee boleh kan kakak?" Kim Taehyung. Cinta? Ya, itu pilihan Chan Mi. Dia memilih untuk mengkhianati puaknya sendiri demi lelaki itu. Namun kehidupan ini ada pasang surutnya. Kita tengok sahaja, mampukah Chan Mi bertahan bila semua rahsia terbongkar. Dan akankah bahagia itu menjadi milik mereka di pengakhirannya? Complete😘
Cinta Dua Dunia oleh sarahdianamarcella
Cinta Dua Dunia
sarahdianamarcella
  • Membaca 152,701
  • Suara 10,513
  • Bagian 60
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbagai dugaan menimpa dirinya. Dia terpaksa menyembunyikan identitinya yang datang dari masa hadapan. Pertemuan dengan sang Putera pewaris kerajaan Langkasuka lebih menyukarkan dirinya untuk pulang. Sudah banyak cara dia mengelakkan diri dari si Putera itu. Kerana Putera si dingin dan dominan, sudah pun menanda dirinya untuk menjadi si Permaisuri hatinya. Apa akan jadi jika si Putera itu mengetahui gadis itu sebenarnya salah satu dari ramalan yang ditulis? Bagaimana dia mahu mengubah ramalan itu? Bagaimana dia mahu menerima si gadis itu bukan dari asalnya? Adakah pada akhirnya mereka akan bersatu? Fantasy- yes Love- yes Cliche- no Harsh word may include Medical term may include Start- 15 Okt 2023 End-
Cristal Kingdom ( Magical Kingdom ) oleh nadsyaneesa
Cristal Kingdom ( Magical Kingdom )
nadsyaneesa
  • Membaca 203,983
  • Suara 10,168
  • Bagian 85
Eliey Cristal , seorang murid sekolah menengah yg mempunyai penampilan luar biasa. Malah , dia juga mempunyai kuasa luar biasa. Pada suatu hari , dia telah disedut oleh rantai peninggalan Mak cik nya ke satu lagi dunia , iaitu dunia magic. Atau dipanggil dunia fantasi. Dia telah bertemu dengan Grill , lelaki berambut biru dan beberapa org kawan lagi . Grill telah jatuh cinta kepada Eliey. Tetapi , banyak yg mensyaki bahawa Eliey sebenarnya dari Kerajaan Cristal yg telah diserang oleh Demons beberapa tahun lepas kerana Eliey mempunyai Nama Cristal di belakang , malah dia juga berambut putih keungunan . Apakah latar belakang Eliey ? Siapakah Eliey ?
THE FALLEN NOBLE oleh Laila5728
THE FALLEN NOBLE
Laila5728
  • Membaca 31,813
  • Suara 3,492
  • Bagian 100
Lahir dalam keluarga bangsawan dengan kedudukan yang tinggi dalam Clover Kingdom. Mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan sempurna dalam semua perkara sebagai seorang bangsawan. Dirinya tidak mempunyai sebarang istimewa. Paras rupanya langsung tidak dapat dibandingkan dengan kakaknya. Dia juga tidak seceria dengan kakaknya. Malah, wanita yang memegang gelaran sebagai ibunya selalu memukulnya sehingga dia akan pengsan. Dia tidak dibenarkan keluar. Dia juga duduk di rumah agam yang berbeza dengan keluarganya, jauh daripada mereka. Penemannya hanyalah pekerja di rumah agam tersebut, yang melayannya dengan penuh kebaikan. Walaupun begitu, gadis itu masih belum terselamat sepenuhnya. Dia takkan dapat lari daripada nasib malang yang menimpanya. Dia hanyalah seorang gadis, yang tidak mampu larikan diri daripada keluarga yang menyeksanya. Dia hanya mampu, menunggu seseorang untuk selamatkannya.... Itu bukanlah sesuatu yang akan dilakukan oleh dia. Dia takkan berdiam diri tanpa melawan. Dia tiada sebarang niat untuk menunggu orang lain selamatkan dia, hulurkan tangan kepada dia, bawa dia lari daripada kegelapan yang menyebulungi hidupnya. Dia akan lakukannya sendiri. Dia akan kumpulkan banyak buah catur yang akan membantu dalam menjayakan rancangannya. Itulah gaya kehidupan dia sebagai seorang gadis bangsawan, yang akan hancurkan segala halangan dalam hidupnya. Namun, apa yang akan menanti dia, di akhir rancangannya? Adakah ianya sebuah kebahagian, atau kemusnahan yang tidak akan dapat dia lari buat selamanya? START:27 MARCH 2022
THIRD LOVE:THE HISTORICAL oleh Laila5728
THIRD LOVE:THE HISTORICAL
Laila5728
  • Membaca 9,435
  • Suara 1,048
  • Bagian 69
Sejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka dan sebahagian dari diri mereka. Namun,terdapat juga beberapa perkara yang tak tercatat dalam sejarah untuk kebaikan. Kebaikan untuk apa?Untuk dunia atau manusia sejagat? Mungkin untuk dunia,kerana kejahatan yang berlaku di dunia ini selalunya dimulakan oleh manusia yang dikawal dengan sifat kejahatan dalam diri mereka. Tapi,sejarah yang disembunyikan dari orang ramai juga akan rosakkan kehidupan seseorang yang berkaitan dengan sejarah tersebut. Seperti yang berlaku kepada Ruler of Asteon Kingdom. Sejarah yang disembunyikan oleh First Ruler of Asteon Kingdom,dapatkah dirungkai oleh Ruler yang terkini,iaitu Einhart von Asteon? START:31/8/2019 END:15/8/2021
The Pirate's Obsession oleh Fiezajungkookie
The Pirate's Obsession
Fiezajungkookie
  • Membaca 1,510,364
  • Suara 85,436
  • Bagian 72
Elrose menolak kuat tubuh tegap penuh berotot milik lelaki yang merupakan Sang Raja kerana cuba mencium bibirnya. Tanpa sengaja sebuah tamparan hinggap pada pipi Sang Raja itu. Raja itu ; Zhu Jian Shen murka lalu dengan kasar tubuh kecil milik Elrose di tolak ke atas tempat tidur. Elrose mengeleng tidak mahu. " Beta akan tunjuk apa makna kekejaman Elrose Quinza .... ". Dengan itu terdengar raungan dan tangisan Elrose memenuhi ruang bilik tidur Sang raja sehingga terdengar keluar bilik. Pengawal yang menjaga bilik Sang Raja hanya berdiri tegak walaupun mendengar jeritan pilu itu. Nasib gadis bernama Elrose Quinza itu sudah musnah. #1- king . 11.8.2020 - 31.8.2020 ⚠ Mature Content ! Alert! Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.
Killer Twins Reincarnation???[END] oleh n_nisss
Killer Twins Reincarnation???[END]
n_nisss
  • Membaca 175,998
  • Suara 17,220
  • Bagian 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan. Tapi dimalam hari topeng sebenar mereka berdua terbuka.Dan mereka adalah KT atau Killer Twins.Pasangan kembar yang gila dalam membunuh musuh. Suatu hari,Lyle memandu kereta dan Lily bersebelahannya.Dia memandu menaiki bukit untuk menemui klien...Saat ingin berbelok, kereta mereka ditolak kuat oleh sebuah lori dan kereta mereka jatuh ke gaung. Kerana tidak sempat menyelamatkan diri,mereka berdua boleh pasrah dan menggengam tangan satu sama lain. Sempat berbual detik2 akhir. Jasad mereka terbakar kerana terkena letupan kuat. Mereka fikir mereka sudah mati eh buka mata je mereka berada dalam tubuh budak berusia 2 tahun.Dan kebetulan kembar tak seiras juga. Nama baru ,rupa baru dan keluarga baru. "Aku akan melindungi keluarga ini segenap hati aku serta kau" "Aku juga...jika ada yang mengusik keluarga kita...aku tidak segan membunuhnya" *********** Ps: cerita inspirasi dari beberapa komik.Dan cerita ini rekaan semata mata.Dan tak pernah wujud hal ini.Maaf atas kesamaan nama,plot cerita dan lain2. Harap enjoy my second story.
RAYNA oleh snaamy
RAYNA
snaamy
  • Membaca 5,602
  • Suara 488
  • Bagian 14
Rayna, gadis berusia 16 tahun, hidup bersendirian di sebuah perkampungan kecil jauh dari kota. Berbekalkan ilmu perubatan berasaskan herba yang diturunkan oleh neneknya, dia menyara hidupnya dengan memberi rawatan kepada orang kampung. Selepas kampungnya diserang membuat seluruh orang-orang kampung mati, kisah silamnya terungkap apabila dia mendapat tahu kejadian itu dilakukan oleh orang yang sama menyerangnya sehinggakan neneknya terkorban bertahun dahulu. Rayna lalu bertekad untuk membalas dendam dan mencari motif mereka cuba menangkapnya. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang terkenal dengan panggilan 'Wira Perak' yang bersamanya dalam mengembara mencari setiap helaian daun yang gugur dari pohon yang hijau.