AinZainan's Reading List
17 stories
[C] Captain Qalif, His Protector by Nuratikahtarmizi
Nuratikahtarmizi
  • WpView
    Reads 35,431
  • WpVote
    Votes 2,053
  • WpPart
    Parts 31
Qalif Haiqal, seorang doktor bedah tentera yang tegas, berdedikasi, dan sentiasa berdepan risiko di medan perang. Ariana Airis pula seorang gadis cerdas, bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah muda di universiti. Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang dirancang, bermula daripada salah faham, berlanjut kepada persahabatan, dan akhirnya cinta. Namun, perjalanan mereka tidak mudah kerana dipenuhi pengorbanan, dugaan keluarga, kerjaya yang menuntut, dan konflik orang ketiga.
Sir, I love you  | C |  by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 268,433
  • WpVote
    Votes 10,538
  • WpPart
    Parts 55
Zenriq Edzlan, pensyarah muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dinginnya di dalam kelas. Baginya, peraturan adalah prinsip, dan hubungan dengan pelajar harus kekal profesional. Namun, dia tidak pernah mampu menafikan kehadiran Erissa Zahra, pelajar manja, penuh gelagat gedik yang selalu berjaya mencuri perhatiannya dalam diam. Apa yang bermula sebagai perasaan terpendam, berubah menjadi kenyataan apabila mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan atas aturan keluarga. Erissa, yang sebelum ini hanya tahu mengusik, mula mengenali sisi Zenriq yang lembut dan penuh kasih. Dalam diam, cinta mereka tumbuh-perlahan, tetapi mendalam. Namun, di saat rumah tangga mereka mula mekar dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus, takdir sekali lagi menguji. Satu kemalangan meragut separuh daripada memori Erissa termasuk semua kenangan tentang suaminya sendiri. Bagi Erissa, Zenriq hanyalah orang asing. Tetapi bagi Zenriq, Erissa tetap cinta pertamanya dan kini dia tekad untuk menjadikan dirinya cinta terakhir isterinya, walaupun harus bermula dari kosong... dan walaupun hatinya sendiri hampir hancur menanggung rindu yang tak dikenali lagi.
MIKAEL'S : His Everlasting Love (TERBIT) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 705,760
  • WpVote
    Votes 822
  • WpPart
    Parts 2
RAJA MIKAEL x QASEH AMANDA "Forever hers, even in silence" PBAKL 2025
[C] BLOODY DANCER by elvnaa
elvnaa
  • WpView
    Reads 357,371
  • WpVote
    Votes 16,259
  • WpPart
    Parts 77
BLOODY DANCER membuka tirai. KHAIR QAYYUM Seorang jejaka berusia 31 tahun. Hidupnya sentiasa dikelilingi dengan bahaya hanya untuk melindungi orang lain sehingga hampir mengorbankan nyawa ahli keluarganya sendiri. Berkhidmat sebagai bodyguard di bawah BG EliteGuard Protection. "Saya nak berhenti, tuan. Keluarga saya lebih memerlukan saya." - KHAIR QAYYUM Ketika dia di penghujung mahu hentikan semuanya. Dia diberikan tugasan yang terakhir. Tugasan di mana dia harus melindungi seorang penari para VIP. Dia mahu menolak sekeras-kerasnya kerana dia menganggap melindungi seorang penari adalah satu pencemaran terhadap status kerjayanya. "i'll protect you with all my strength, i give you all i have, all that belong to me" - KHAIR QAYYUM AULIYA ZULAIKHA seorang gadis penari. Namanya sering disebut-sebut oleh orang-orang kaya. Dipanggil dengan gelaran murahan sudah membuatnya lali. Tubuhnya dijamah dengan pandangan bernafsu sudah membuatnya mati hati. Seorang gadis yang tidak dapat disangkal, menyimpan 1001 rahsia disebalik wajah mendungnya. Perempuan misteri yang perlahan-lahan menangkap tarikan seorang jejaka bernama Khair Qayyum. "Mama... kenapa Mama masih busuk walaupun Auliya dah mandikan Mama?" - AULIYA ZULAIKHA "Mama... kenapa ulat ni masih ada dalam mulut Mama walaupun Auliya dah buang?" AULIYA ZULAIKHA Hari demi hari, ancaman datang tanpa diundang. Merapatkan mereka sehingga timbul satu perasaan yang disebut cinta. Namun semuanya tak seindah apa yang mereka harapkan. Hadirnya cinta yang harus dikorbankan kerana kepentingan diri. "Saya seorang yang jijik. Darah saya kotor. Awak tak akan mampu hadap siapa saya." AULIYA ZULAIKHA "Jadi beritahu aku. Beritahu aku setiap titik darah kotor yang mengalir dalam tubuh badan kau tu dan aku akan sucikannya. Kau akan jadi wanita paling mulia di mata aku." KHAIR QAYYUM Rahsia besar yang dia tak pernah duga. Betapa kejamnya wahai manusia. "She's sweet poison that I gladly taste." KHAIR QAYYUM
Tuhan, Aku Mahu Dia by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 125,021
  • WpVote
    Votes 5,835
  • WpPart
    Parts 116
Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Safiyyah ketika mereka bertemu di library universiti di tempat mereka belajar. " sorang je ke?" - Zulfan Iskandar " ada nampak malaikat ke sebelah saya? ke nampak qarin saya?" balas Safiyyah sarkastik. Takdir mempertemukan mereka apabila kelas mereka disatukan oleh pensyarah. " siapa cakap saya setuju nak satu group dengan awak?" - Nur Safiyyah " saya tak selesa nak satu group dengan orang yang rebut-rebutkan saya. Lagipun saya kenal awak sorang je, Safiyyah." - Zulfan Iskandar hampir 6 bulan mengenal hati budi masing-masing, Zulfan mengikatnya dengan tali pertunangan. " saya cintakan awak, Safiyyah." - Zulfan Iskandar " awak akan jadi lelaki pertama dan terakhir dalam hidup saya." - Nur Safiyyah Kerana masa depan, Safiyyah menyambung pengajiannya ke luar negara walaupun hatinya berat ingin meninggalkan Zulfan di Malaysia. " jaga diri baik-baik kat sini, Zulfan. Saya akan tunggu awak selama mana saya mampu. - Nur Safiyyah " tak boleh ke sambung dalam Malaysia je?" - Zulfan Iskandar Sepanjang tiga tahun, mereka hanya menjalinkan hubungan melalui telefon dan tiada konflik yang berlaku di antara mereka. " selamat hari raya, tunang saya." - Zulfan Iskandar " selamat hari raya, Zulfan Iskandar." - Nur Safiyyah Akhirnya, rindu yang tersimpan selama 3 tahun akan berakhir apabila Safiyyah berjaya menamatkan pengajiannya di luar negara. " mama, Zulfan mana? dia tak ikut sekali?" - Nur Safiyyah " zulfan...zulfan.." " Zulfan apa, ma?" desak Safiyyah " zulfan..dia kahwin harini dik." Kakinya melutut lemah mendengar khabar berita itu dari ahli keluarganya. " mama, ni prank kan? Zulfan tunang adik, ma. Takkan dia nak kahwin dengan orang lain." dia enggan percaya. Tuhan, Aku Mahu Dia.
Seorang Gadis 2 by IssabellaWarith
IssabellaWarith
  • WpView
    Reads 32,723
  • WpVote
    Votes 1,086
  • WpPart
    Parts 51
Perjalanan hidup Issabella Warith masih berliku liku. Mampukah Is bahagia seperti yang diimpikan? Siapakah yang akan menbahagiakan Is ?
Seorang Gadis by IssabellaWarith
IssabellaWarith
  • WpView
    Reads 45,308
  • WpVote
    Votes 1,443
  • WpPart
    Parts 47
Issabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.
Eshal Dilara by IssabellaWarith
IssabellaWarith
  • WpView
    Reads 29,215
  • WpVote
    Votes 740
  • WpPart
    Parts 54
Kerana dendam lama, D atau Lara tersekat dia antara dua kisah cinta.
Mr. Iceberg Miss Diva|C by aresamr
aresamr
  • WpView
    Reads 37,122
  • WpVote
    Votes 1,003
  • WpPart
    Parts 52
Dia bagaikan ais-dingin, misteri, dan sukar didekati. Dia pula bagaikan api-berani, lantang, dan penuh keyakinan. Bila dua dunia bertembung, adakah cinta akan mekar atau hanya akan tinggalkan luka? Rayde Isaac adalah seorang CEO yang tenang, dingin, dan terkenal dengan sikapnya yang tidak pernah menunjukkan emosi. Baginya, cinta hanya satu gangguan yang tidak diperlukan dalam hidup yang sudah terancang sempurna. Di sisi lain, Iyntan Valisya-seorang wanita yang anggun, penuh keyakinan, dan agak angkuh. Dia gadis yang semua orang perhatikan, tapi ada satu lelaki yang tidak pernah memandangnya dua kali - Rayde. Namun, takdir punya rancangan sendiri apabila mereka terpaksa bekerjasama dalam satu projek besar. Dari perselisihan yang tiada penghujung, kebencian yang tak terungkap, hingga detik-detik mencuri pandang, mereka mula menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangka. Ada sesuatu yang bergetar di hati masing-masing. Tetapi, mampukah Valisya mencairkan hati Rayde yang beku? Atau adakah ego dan prinsip masing-masing akan menghancurkan apa yang mula berputik di antara mereka? "Kadang-kadang, dua jiwa yang paling berlawanan itulah yang akhirnya saling melengkapi." A.A This is my very first piece, so I hope you'll accept it with all its flaws and imperfections. Insya-Allah saya akan terus belajar dan memperbaikinya sedikit demi sedikit
Aku Pertama Dia Terakhir by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 390,353
  • WpVote
    Votes 13,516
  • WpPart
    Parts 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka buat hal sendiri. Tapi kalau berkaitan dengan sahabatnya? Dialah yang paling maju ke hadapan. Dia seorang yang tak berminat untuk ambil tahu tentang cinta. Kenapa? Mungkin dia sudah serik selepas putus tunang setahun yang lalu. Namun disaat itu, muncul seorang lelaki yang menyukainya dan ingin menjadikan dia sebagai seorang isteri. Lelaki itu adalah EMIR HAKEEM. Majikan kepada kawannya. Lelaki itu memang kacak. Lagi nampak kacak bila ada kumis dan janggut tipis. Namun, dia menolak lamaran lelaki itu. Dia seorang yang tidak suka dipaksa dan lelaki itu pula suka memaksa. Menerima kunjungan lelaki itu ke rumahnya di kampung membuatkan dia bertambah geram. Disangkakan lelaki itu datang untuk meminang. Jika pernikahan yang lelaki itu mahukan, apa salahnya sekali sekala buat benda gila. "Kenapa awak cakap dekat ayah yang kita dah terlanjur?" - Emir Hakeem. "Itu je idea yang saya ada untuk kita nikah cepat," - Hanan Auliya. Dia menipu tentang perkara yang langsung mereka tak buat. Apabila dia mengetahui tujuan sebenar lelaki itu ke rumahnya, mulalah timbul rasa serba salah. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan menebus semula kesalahannya itu. "Awak cakap nak buat saya jatuh cinta. Just do it. I'm ready to fall for you," -Hanan Auliya. Janji yang dia telah buat pada dirinya sendiri. Mahu mencintai lelaki yang sudah sah bergelar suami kepadanya. Tetapi, bagaimana jika cinta itu tak pernah hadir dalam hatinya? Cinta itukan tak boleh dipaksa. Jadi mampukah HANAN AULIYA mencintai suaminya EMIR HAKEEM? Atau mungkin ada hati yang akan terluka hanya kerana menanti cinta yang tak pernah berputik?