Pahlawan Negara
4 stories
Undercover by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 115,290
  • WpVote
    Votes 11,277
  • WpPart
    Parts 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar. Dia Iban celup sebab lahir dan membesar dekat semenanjung. Hawk ni satu unit dengan Raven. Partner in crime dia la. Dia lelaki Melayu sejati yang tak takut mati. Ha gitu la.
Nuansa 2 | Terbitan Oktober by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 8,846
  • WpVote
    Votes 994
  • WpPart
    Parts 11
Promo first 10 chapters Kes pembunuhan Anne, kes kemalangan kenderaan polis ketika memindahkan bahan bukti, kes kebakaran bilik operasi dan penangkapan Ace of Spade iaitu salah seorang Sinister Seven daripada Kumpulan Clan of Sinners hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. "Cukup Nuha, jangan. Jangan rendahkan diri kau sama dengan mereka. Biar undang-undang yang menghukum. Biar Allah yang mengadili." - Ahmad Aqil. "There won't be another life but next time don't fall in love with an international criminal like me." - Tengku Nuha Zuhailin. Mempercayai seseorang itu sama sahaja seperti menyerahkan pisau tajam kepadanya. Ia datang bersama harapan untuk dilindungi sepenuh hati atau risiko untuk ditikam tak mati. Tengku Nuha Zuhailin dan Inspektor Ahmad Aqil datang daripada dua sisi dunia yang kontra namun mereka mempunyai misi yang sama dengan motif yang berbeza iaitu menjatuhkan Clan of Sinners dengan apa cara sekalipun. Sesungguhnya, cinta itu memerlukan pengorbanan. Tak akan wujud kebahagiaan tanpa perjuangan.
ALPHA 122 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 241,169
  • WpVote
    Votes 22,343
  • WpPart
    Parts 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat. Nama aku, Akmal Harith anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122. Hidup aku dekat Balai Bomba Siber Raya aman damai dan sentosa sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai. Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda :)
Sayap Satria | PBAKL 2022 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 8,818
  • WpVote
    Votes 532
  • WpPart
    Parts 5
First 5 chapters promo Demi cinta yang sesungguhnya. Demi rindu yang tak pernah padam. Demi kasih yang tak pernah hilang. Kerana cinta, rindu dan kasih itu aku terbang bersama sang pelindung langit. Darah pahlawan milik ayah yang gugur di medan tempur mengalir laju di setiap pembuluh darah aku, Mejar Zahra Kamelia. Walaupun ayah menjaga laut manakala aku menjaga langit, tujuannya tetap sama; untuk memastikan tidak terganggu lena anak bangsa dek ancaman anasir yang cuba menggugat keamanan negara. Mendirikan rumah tangga tak pernah ada dalam senarai prioriti hidup aku walaupun dia, Mejar Atif Aizuddin tak pernah berhenti cuba menjadikan aku suri hidupnya. Bukan aku tak sudi, cuma entahlah, mungkin aku takut. Aku takut untuk belajar menyayangi seseorang hanya untuk kehilangannya. Melihat ibu menanggung rindu yang hanya diluah melalui pandangan sayu ke pantai, menanti ayah yang tak akan pulang menakutkan aku. Rasa itu terlalu menyakitkan. Biarlah aku abdikan jiwa raga ini untuk tanah air yang menyambut kelahiranku. Namun ibu yang memaksa aku meruntuhkan kubu yang utuh kubina selama ini. Sama seperti aku, Atif juga cintakan langit. Mungkinkah akan lapang hati ini selapang langit untuk menerima cintanya? "Mejar Zahra, I got your six always and forever, over and out." - Mejar Atif Aizuddin "Hakikatnya, dunia ni memang tempat berpenat." -Mejar Zahra Kamelia