Hanis2053's Reading List
2 stories
Dr. Ridhwan, The Most Eligible Lecturer by CahayaAinn
CahayaAinn
  • WpView
    Reads 13,240
  • WpVote
    Votes 459
  • WpPart
    Parts 6
Cerita ini mengisahkan Dr. Ridhwan, seorang pensyarah yang jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis bernama Nazirah ketika di majlis akad nikah kawan baiknya, Rafizi atau Raf. Ketika itu barulah Ridhwan tahu yang Nazirah itu adalah adik ipar Rafizi. Pertemuan kedua mereka berlaku apabila Nazirah terlambat datang ke kelas Dr. Ridhwan. Ketika itu, barulah Nazirah tahu yang Ridhwan itu adalah pensyarahnya. Pada pertemuan hari pertama kelas, Ridhwan menunjukkan sikap tegas kerana Nazirah terlewat menghadiri kelasnya. Namun, selepas pada itu Ridhwan mula bersikap seperti biasa walaupun hakikatnya dia menyukai Nazirah. Masih mengekalkan kredibiliti sebagai pensyarah, Ridhwan sedaya upaya melayan Nazirah sama seperti pelajar lain walaupun kadangkala dia cuba mencari jalan untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam. Sikap Ridhwan yang suka menyoal Nazirah di dalam kelas membuatkan Nazirah sentiasa berdebar-debar. Hatinya tertanya-tanya kenapa Ridhwan suka menyoalnya di dalam kelas sedangkan ada ramai lagi pelajar yang lain. Tak lain dan tak bukan, Ridhwan hanya mahu mendengar suara gadis itu. Tanpa sedar, bibit-bibit sayang mula bercambah di hati Nazirah. Gadis itu juga telah menghadiahkan sebatang pen yang diukir dengan ucapan sempena hari lahir Ridhwan sebagai balasan kerana lelaki itu telah menghadiahkan dia bebola kaca salji sempena hari lahirnya yang lepas.
Lecturer Itu Duda Aku! ✓ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 1,008,615
  • WpVote
    Votes 13,678
  • WpPart
    Parts 13
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Okt 2022 Ending : 29 Dec 2022