EmaJj7's Reading List
3 stories
Anchor of Hope ⚓️ [OG] by _natasyasofian_
_natasyasofian_
  • WpView
    Reads 1,688
  • WpVote
    Votes 127
  • WpPart
    Parts 23
"Living in your parents' house is free, but you pay with your mental health." Itu bukan sekadar ayat yang Aaira Sabrina baca di media sosial. Itu adalah realiti hidupnya sendiri. Sebagai anak sulung dan pelajar Master dalam bidang Chemical Engineering, Aaira perlu sentiasa menjadi "contoh terbaik" dalam keluarganya. Dia berjaya, dia patuh, dia diam. Tapi di sebalik semua itu, dia sedang perlahan-lahan hilang dalam tekanan yang tak pernah berhenti dengan dibandingkan, ditegur, dan tidak pernah cukup di mata ayahnya sendiri. Setiap kata-kata yang dilemparkan menjadi beban yang dia simpan seorang diri. Setiap harapan keluarga menjadi rantai yang mengikat dia daripada menjadi dirinya sendiri. Dan setiap hari, dia belajar untuk tersenyum walaupun jiwanya semakin retak. Pertengkaran dengan ayahnya menjadi titik paling rendah dalam hidup Aaira. Kata-kata yang keluar bukan lagi nasihat, tetapi perbandingan dan luka yang tidak terlihat. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, Aaira membawa diri tanpa arah. Dia memandu jauh tanpa sedar, hanya mahu menjauh daripada rumah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Perjalanannya berhenti di Lumut. Aaira berdiri di ambang kehancuran. Di tempat dimana tiada siapa mengenalinya. Namun takdir tidak membiarkan dia mengakhiri hidupnya. "Cik, jangan. Benda boleh bincang jangan buat kerja bodoh macam ni." Suara itu memecahkan kesunyian malam di pantai Lumut. Aaira tersentak. Di saat dunia dalam dirinya hampir runtuh, muncul seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Lefteman Syed Erzhan Talhah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, yang berdiri di antaranya dan keputusan yang tidak boleh diputar semula. Erzhan tidak datang untuk menjadi penyelamatnya tetapi untuk menjadi bukti bahawa kadang-kadang, cinta yang paling tulen bukanlah yang menyelamatkan seseorang tetapi yang menemani mereka ketika mereka belajar untuk menyelamatkan diri sendiri.
SILENT MISSION: HER VEIL [C] by Aisyaasyaai
Aisyaasyaai
  • WpView
    Reads 7,340
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 56
Thiller & Romance here! Raqeeb Ridhwan merupakan seorang remaja lelaki yang telah kehilangan seluruh keluarganya dalam letupan kapal terbang peribadi keluarganya. Pelbagai jenis seksaan dia harungi ketika berada di rumah anak yatim. Raqeeb kemudiannya bertemu sosok bapa yang telah menyelamatkannya dari rumah neraka. Kesan dari tragedi kapal terbang dan penyeksaan semasa di rumah anak yatim, Raqeeb mendapat trauma iaitu PTSD serta personalitinya juga tidak seceria dulu. Raqeeb dianugerahkan komando terbaik juga memegang posisi sebagai sniper. Raqeeb kini tidak keseorangan kerana dia telah mempunyai rakan seperjuangannya sendiri. Mereka adalah pasukan yang diberi nama Phoenix. Pada suatu malam terdapat pencerobohan berlaku di dalam markas, dapat dilihat penceroboh itu bukan calang-calang orangnya kerana pergerakannya hampir tidak kelihatan malah seperti angin. Penceroboh itu berjaya melarikan diri. Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah markas diceroboh, terdapat wanita dalam keadaan yang teruk seperti baru sahaja diseksa muncul di kawasan rumahnya. Areena Ayu, pertemuan mereka amatlah misteri dan tidak diduga. Tetapi pertemuan ini juga telah membawa mereka dapat seorang wanita dalam ke jinjang pelamin. ⚠️Tatabahasa saya tidak bagus ⚠️Broken grammar Ini adalah cerita pertama saya dan merupakan pertama kali saya menulis dan menerbitkan di wattpad. Saya harap kamu semua boleh menyokong saya. Tiktok: @aisyaasyaai Instagram: @aisyaasyaai
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,387,704
  • WpVote
    Votes 303,060
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*