2
Истории 200
SOLILOVETUDE (Completed) [IDOL SERIES 1] на sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Прочтений 12,086
  • WpVote
    Голосов 2,032
  • WpPart
    Частей 75
Atma Hanim - Disebabkan sekeliling manusia yang sering mengambil kesempatan terhadapnya, dia sukar untuk bersosial dan takut dengan harapan manusia. Dia rela bersendiri tanpa mengharapkan sesiapapun, walaupun dia tahu, hidupnya bakal sepi. Dia, seorang gadis yang sukar percaya dengan aneka ragam manusia. Emir Bakri - Bertemu dengan seorang jejaka yang suka menyakat, dia telah menceriakan hidup gadis itu yang serba hitam. Dalam diam, dia telah jatuh cinta pada Atma sejak pertama kali mereka bersua . Dia, lelaki utusan Tuhan yang cuba memulihkan trauma gadis pujaannya. " Asal awak ikut saya eh? Takde tempat lain ke nak pergi?" - Atma Hanim " Kau tu perempuan , tak elok sorang-sorang. "- Emir Bakri " Tak matilah sorang pun, nak harapkan orang lain pun tak guna juga. "-Atma Hanim. Sikap keras dan dingin Atma Hanim membuatkan Emir Bakri semakin jatuh hati padanya. Satu per satu rahsia disebalik keras dan dingin sang gadis itu, telah membuka mata buat lelaki itu. Mampukah Emir buktikan pada pujaan hatinya bahawa dialah penyelamat sehidup semati gadis itu? Disclaimer : Ada dialek pada dialog yang telah dimasukkan ke dalam novel ini. Sesiapa saja tak faham, boleh Tanya di ruangan komen. (Completed)
DELETE на tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Прочтений 129,810
  • WpVote
    Голосов 25
  • WpPart
    Частей 2
delete sebab saya tak suka. muehehehe..
HeartBeat [ EBOOK ] на Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Прочтений 230,795
  • WpVote
    Голосов 7,254
  • WpPart
    Частей 17
Kerana fitnah itu, hidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin dia akan dapat kasih sayang lelaki itu setelah apa yang terjadi kepada mereka berdua. Hampir setiap hari, ada saja yang tidak kena. Yang pasti, tujuan lelaki itu adalah untuk sakiti hati Niarayha. Dugaan semakin memberat bila bukan hanya Shafieq seorang yang menyeksa jiwa dan emosi Niarayha. Tidak selamanya hati itu mampu menahan beban dan luka yang diterima. Dia bukan wanita kental. Dunia seolah-olah tidak menerima kehadirannya. "Ya Allah, hentikan saja degupan jantung ini. Mungkin ini yang semua orang mahu. Aku penat..." - Nur Niarayha. Termakbul doa namun digantikan dengan lebih baik. Hatinya mati. Degupan jantungnya masih berdetak, dingin. Hadir semula Aaron Xuan untuk menemani Niarayha dalam pertempuran hidup kali ini. Janjinya, dia tidak akan membiarkan wanita yang sudah dianggap 'detak jantung' nya keseorangan melewati dugaan. Bagaimana pengakhirannya? c o v e r : @Shieyruna H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY Kau BANGANG! Start : 14 Julai 2019 End : 11 Jun 2022 Achievement : [ ProBook Award 2020 : The King Of Romance ]
TAKDIR DUA RAHSIA [OG] на bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    Прочтений 18,557
  • WpVote
    Голосов 849
  • WpPart
    Частей 37
Pertemuan tanpa sengaja di sebuah kafe semasa zaman belajar pernah membuat Cahaya Hani malu besar. Duit yang hilang di kaunter hampir memerangkapnya, namun diselamatkan seorang lelaki asing bernama Hilman. Waktu itu, Hani langsung tidak mengenali siapa dia, sekadar mengingati jasa kecil yang disimpan diam-diam dalam hati. Bertahun berlalu, takdir menemukan mereka semula bukan di kota besar, tetapi di rumah seorang sahabat. Hilman hadir sebagai kawan baik Syafiq, tanpa Hani tahu lelaki itu sebenarnya masih mengingati wajah gadis yang pernah ditemuinya di kafe dulu. Mohd Hilman bin Mohd Anuar, anak orang ternama, tegas dan sukar didekati, seorang lelaki yang punya dunia tersendiri. Namun, hanya di hadapan Hani dia tiba-tiba menjadi manis dan lembut. Kejadian kecil dahulu rupanya meninggalkan kesan besar buat Hilman, sehingga membuat dia nekad untuk mendekati Hani dengan caranya sendiri. Dalam kejaran dan rahsia yang tersimpan, mereka berdua belajar bahawa takdir tidak pernah datang tanpa sebab. Pertemuan kecil mampu membuka jalan kepada kisah besar kisah antara dua jiwa yang sama-sama terluka, sama-sama menyembunyikan rahsia.
BAYANG RAHSIA [C] на ReyaTiffany
ReyaTiffany
  • WpView
    Прочтений 36,905
  • WpVote
    Голосов 1,482
  • WpPart
    Частей 55
" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas dimana dia hampir menemui ajal. Hanya dalam satu hari, Edrea hilang segalanya. Muhammad Caled Qyser, seorang lelaki yang berbudi bahasa, namun terselit kedinginan di dalam dirinya. Dia langsung tidak mengenali erti cinta. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis polos yang secara tidak sengaja masuk ke dalam hidupnya. Atas rasa bertanggungjawab, mahligai mula terbina diantara mereka. " Cinta boleh dipupuk. Sedangkan cinta selepas kahwin lebih indah berbanding sebaliknya. 'Cinta monyet' itu hanya sekadar hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemaksiatan." -Muhammad Caled Qyser- Cinta mulai berputik diantara mereka. Semakin lama, mereka menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri yang lain. Kejujuran dan kepercayaan tersangatlah penting dalam sesuatu hubungan. Dan apabila kepercayaan itu roboh saat rahsia yang disimpan kian terbongkar, ianya mampu meretakkan hubungan mereka. " I don't believe this!" Mampukah hubungan yang hampir retak ini dibaiki? Dan mampukah mereka mengecapi kebahagian yang pernah mereka rasai? Atau ianya harus dikorbankan demi satu kebenaran? ⚠️ - hanya rekaan semata-mata - abaikan segala typo STARTED : 03 AUGUST 24 FINISHED : 03 NOVEMBER 24
SINFUL DUTY на Dreamcatchwe
Dreamcatchwe
  • WpView
    Прочтений 14,461
  • WpVote
    Голосов 77
  • WpPart
    Частей 12
"In the end we discover that to love and let go can be the same thing." - Jack Kornfield ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Navya Ailysha tidak menyangka bahawa dirinya akan menjadi cinta pertama dan terakhir Adam Naufal. Dirinya yang masih muda dan tidak matang telah melepaskan gengaman Adam Naufal yang tulus mencintainya. Keajaiban berlaku apabila mereka dipertemukan semula. Namun, kebencian Adam Naufal menandingi segalanya. Dendam harus dilunaskan! Penyesalan sudah tiada guna. "Biarkan aku menjalankan tugasku agar rasa dosa ini dapat dilarut," Navya Ailysha. "Semuanya tidak semudah yang kau bayangkan! Harga diri kau sama seperti kain buruk lap kasut aku," Adam Naufal. 🔞Mature content Very slow update💯
SWEET HEARTBREAK (C) на tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Прочтений 219,377
  • WpVote
    Голосов 8,150
  • WpPart
    Частей 50
COMPLETED "Apa nama penuh kau?"soal lelaki yang bermata coklat dan berkulit putih kemerahan. "R-Raisha.. Raisha Sabrina.."jawab gadis berbaju kurung biru. "Pelik. Aku tak nak tidur dengan kau tapi aku nak kau. Faham tak?" Lelaki itu menyingsingkan lengan bajunya dan merenung mata gadis berumur awal 20-an itu. Raisha tertunduk takut dan cuba untuk memujuk lelaki di hadapannya itu untuk melepaskan dirinya yang tidak mempunyai apa-apa pun. "Aku Qaiser Harith.. Dan kakak kau dah serahkan kau pada aku untuk langsaikan hutang dia." Lelaki bernama Qaiser ini tersenyum manis. "Saya tak ada apa-apa.. Saya hanya ada sijil SPM!" Raisha memejamkan matanya serapat yang mungkin apabila Qaiser merapatkan wajahnya pada telinga Raisha. "Aku tak perlukan apa-apa daripada kau.. Melainkan satu perkara." Mata Qaiser mencerlung ke arah wajah Raisha yang sudah jelas ketakutan dengannya. Lebih-lebih lagi jarak mereka yang terlalu rapat sehingga Qaiser dapat mendengar deruan nafas Raisha. "Musnahkan perkahwinan aku." Permintaan yang tak masuk akal langsung! Raisha terpempan apabila mendengar permintaan lelaki tersebut. Namun,dirinya kembali diselubungi perasaan takut apabila ugutan terhadapnya semakin menakutkan apabila didengar. "Kalau kau tak berjaya buat isteri aku minta cerai dengan aku.." Qaiser mengusap perlahan rambut Raisha. "Kau yang akan jadi isteri aku,"bisik Qaiser. Senyuman sinis diberi. Raisha Sabrina sudah terperangkap di dalam hidup Qaiser Harith tanpa menjumpai jalan keluar. Ugutan yang mampu mengacau jiwa dan perasaan Raisha.
The Deaf Girl на syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Прочтений 912,362
  • WpVote
    Голосов 46,144
  • WpPart
    Частей 45
Farhan tidak senang duduk selagi dendamnya belum dibalas. Dia harus menegakkan keadilan keatas kematian ibu saudaranya. Fikir dia akan berdiam diri melihat ibu saudaranya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terseksa begitu? Semuanya berpunca dari dia! Farhan pasti akan menuntut bela kematian Sharifah Nadine "Far- Farhan... anak aun- auntie-... anak auntie..." - Nadine Setelah mencari dan menyiasat, akhirnya dia jumpa juga sepupu dia merangkap anak ibu saudaranya. Tidak sangka pembunuh Nadine itu merupakan seorang gadis. Tidak berfikir panjang lagi, dia mengambil keputusan untuk mengawini gadis itu. Hampir setiap hari dia menyeksa gadis itu. Dipukul, dicaci, dihina. Tapi dia jerit atau tengking sekalipun, hanyalah sia-sia. Kerana gadis itu mempunyai kekurangan untuk mendengar. Farhan tidak peduli. Asalkan gadis itu mendapat balasan yang setimpal. Satu per satu kebenaran terbongkar setelah beberapa tahun berlalu. Kebenaran yang Farhan sendiri tidak tahu mahu percayainya ataupun tidak. "Haiy! Sini jangan kacau uncle. Sini." "Siapa pula Tuan Nik ni?" "Aku... aku sebenarnya..." ------------------ @March2020 - @November2020
Her Sapphire Tides [C] ✓ на miss_sakura2
miss_sakura2
  • WpView
    Прочтений 41,482
  • WpVote
    Голосов 1,270
  • WpPart
    Частей 60
UNTUK PEMBACA MATANG ❗TRIGGER WARNING❗ [Suic1de,SA,Harsh Words,Immoral Actions] 🥈#2 trauma 🥇#1 angst 🥇#1 thriller 🥇#1 malay Ambil yang positif,buang yang negatif. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. The world isnt as beautiful as you see. Her and His Series: 1 "ᴡʜᴇɴ ꜱʜᴇ ᴅɪᴠᴇꜱ.." DIANDRA,hidupnya tidak secerah nama. Hanya kerana satu malam yang ditakuti semua wanita dan gadis,takdir hidupnya berubah. Kesalahan diletakkan di bahunya,beban dalam hidup dipikulnya seorang. Kasih sayang dari keluarga bertukar benci sehingga si ayah sanggup membuangnya dari keluarga. Dia tekad mengubah nasibnya,kekuatan dikumpul semula namun kebencian pada malam hari tidak akan hilang. Terdesak,dia datangi satu-satunya rakan lelaki yang dia punyai. Dia sedar akan perasaan yang disimpan oleh lelaki itu dan fikirnya,Adam akan menerimanya bulat-bulat. "Adam,aku perlukan kau untuk buat satu kerja gila."- Noor Iris Diandra "Kerja gila? Apa pula yang kau nak buat ni,Dian?"- Syed Adam "Kahwin dengan aku."- Noor Iris Diandra Alasan dibalik lamaran Dian itu merobek hati seorang Adam. Siapa saja yang mahu buah yang sudah ditebuk tupai? Sekali lagi,Dian dilambung ombak deras. Adam meninggalkannya dan lebih ironi,lelaki itu sudah punya kekasih. Namun,siapalah mereka ingin melawan takdir? Ombak yang deras di tengah lautan nampaknya takkan surut. Dua insan itu disatukan jua tetapi perkahwinan mereka seakan tidak wujud. Seorang di Timur dan seorang lagi di Barat. Dalam masa yang sama,Dian didedahkan dengan sikap sebenar Adam. Dalam pada Adam menyesali perbuatannya,semuanya sudah terlambat. Bulan yang bersinar itu sudah dilindungi awan gelap. Dian mengangkat kaki dari kehidupan orang-orang yang mengecewakannya dan berusaha sendiri demi keadilannya. "Please..return to me,Seleno" [Karya Pertama,2023]
TITISAN CINTA. (Completed) на MekAin
MekAin
  • WpView
    Прочтений 198,803
  • WpVote
    Голосов 6,836
  • WpPart
    Частей 65
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan Syed Mirza memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu di samping menghapus rasa bersalah dalam dirinya. Namun, kemaafan tidak mudah diperolehi seperti membeli barang di pasar. "Walaupun beribu kali awak minta maaf dengan saya, seribu kali pun saya tidak akan pernah maafkan awak! Lelaki durjana! "- Aisyah Kerana perbuatan kejam lelaki bernama Syed Mirza itu, Aisyah kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Hidupnya. Ibunya. Ayahnya. Sehingga dirinya digelar anak yatim dan anak terbuang. Kisah hitam yang dicoretkan lelaki itu dalam hidupnya tidak akan pernah di lupa sehingga dia mati! Kuasa Allah tiada siapa mampu duga. Demi sebuah kemaafan dari sang ayah, Aisyah terima sebuah ikatan yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. "Sayang, bencilah abang. Marahlah. Tapi cinta abang kepada sayang tetap akan bersinar. Biarlah walaupun hanya sekadar titisan cinta." - Syed Mirza Syed Mirza tekad! Walaupun dia terpaksa menghadapi kebencian sang ratunya setiap saat, setiap detik, dia tidak akan pernah mengalah! Satu demi satu sentuhan lembut Syed Mirza merawat luka di hati sang ratu tapi apakan daya, angin tetap bertiup. Kehadiran sepupu Aisyah yang pernah meninggalkan dirinya dahulu, kembali menagih hubungan yang tergantung semula. "Aisyah, ingatlah apa yang lelaki itu telah lakukan! Dia tidak akan pernah berubah!"- Irfan Kehadiran Irfan mengusik ketenangan di hati Syed Mirza. Peluang yang dimilikinya semakin menipis. Saat dirinya cuba untuk berpegang teguh pada titisan cintanya, satu rahsia terbongkar. Menyedarkan sekeping hati yang dibuai cinta. "Pergilah Aisyah. Pergilah daripada hidup abang. Larilah sejauh mana yang Aisyah mampu. Abang tidak akan mengejar lagi." - Syed Mirza Dapatkah titisan cinta Syed Mirza memadam kebencian dalam hati sang ratu? Adakah hati Aisyah dapat menerima Syed Mirza? Aku berharap titisan cintaku dapat menghapus dukamu sayang~
+ еще 19