misssharieyrose
- Reads 2,281
- Votes 110
- Parts 12
Mengisahkan dua pasangan yang pernah berkenalan sewaktu masih kanak-kanak namun terpisah kerana ayah mereka ditugaskan di lain-lain kem dan menyebabkan mereka berpisah seketika. Namun takdir seakan memahami, mereka dipertemukan kembali setelah hampir 16 tahun berpisah dimana kolej tempat belajar Sammy atau Nur Ibthisam Medina mengadakan program lawatan ke universiti tempat sahabat kecilnya belajar iaitu, Hanif. Disitu lah pertemuan pertama antara Sammy dan Hanif atau Muhammad Hanif Hazerel, kawan zaman kanak-kanaknya dahulu buat pertama kalinya setelah berpisah bertahun-tahun lamanya. Hanif seakan dapat merasai bahawa Sammy adalah gadis kecil yang dahulunya pernah menjadi salah seorang kawan rapatnya kerana Hanif seorang yang tak pandai berkawan dengan orang, maka Sammy adalah satu-satunya kawan yang dia miliki sewaktu kecilnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya pada Sammy dan Hanif? Pastikan anda terus membaca untuk mengetahui kelanjutan dari cerita ini. Terima kasih! Sekiranya terdapat kekurangan digalakkan untuk komen agar dapat diperbaiki kekurangan yang ada😊