Mine
4 stories
DISEBALIK PINTU RUMAH | CS (2026) by AKA4QILA
AKA4QILA
  • WpView
    Reads 29
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 2
SINOPSIS | INSPIRED BY TRUE STORY SUATU ketika dahulu, rumah itu pernah dipenuhi tawa. Seorang ayah yang bekerja, seorang ibu yang setia, dan tiga orang anak yang membesar dalam damai. Namun kebahagiaan itu retak perlahan-lahan apabila si ayah mula membawa pulang barang-barang lama yang tidak diketahui asal-usulnya dan sejak hari itu, sikapnya berubah. Pertengkaran demi pertengkaran mula menghuni rumah. Kata-kata kasar menjadi rutin. Nafkah semakin berkurang. Si ibu pula jatuh sakit, menanggung kesakitan bukan sahaja pada tubuh, tetapi juga pada jiwa. Di sebuah hospital, di saat ibu sepatutnya dilindungi, marah seorang suami meletus tanpa kawalan menjadi detik yang mengubah segalanya. Di tengah kekalutan itu, si angah WAN NUR ILEANA ALYIRA iaitu anak kedua; dan si adik bongsu; WAN MUHAMMAD IRSYAD ASHRIQ tersepit antara kasih kepada ibu, takut kepada ayah, dan tanggungjawab menjaga adik bongsu. WAN NUR IMANINA ALANA, kakak sulung; pula menyimpan impian melanjutkan pelajaran, namun impian itu terkubur apabila keutamaan ayah lebih tertumpu kepada sesuatu yang tidak pernah difahami oleh keluarganya. Apabila lafaz cerai bakal diluahkan, jalan hidup mereka berpecah. Ada yang memilih ayah, ada yang kekal bersama ibu. Ada yang menemukan ketenangan, dan ada yang terus terperangkap dalam tekanan dan ketakutan yang belum berakhir. Disebalik Pintu Rumah ialah kisah tentang sebuah keluarga yang berpecah bukan kerana benci, tetapi kerana luka yang terlalu lama dipendam dan tentang anak-anak yang terpaksa membesar sebelum waktunya.
ON HOLD || MENJAGAMU BUKAN TUGASKU 𝜗𝜚 by AKA4QILA
AKA4QILA
  • WpView
    Reads 119
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 5
𝐵ook 3 || 𝑂n hold 𝜗𝜚 WARNING!! AUTHOR AKAN UPDATE WAKTU ADA MASA AND KALAU RASA MAHU SAHAJA 𝑆inopsis 𝑅ingkas ; Mencintai tidak bermakna memiliki. Menjaga tidak semestinya menjadi tanggungjawabnya. Dizhwar belajar mencintai dalam diam, kerana menjaga Ardelya bukan lagi haknya. Hatinya pernah luka kerana cinta, lalu dia memilih untuk tidak lagi peduli. Nuha Asyura Ardelya, gadis itu kini milik Jayden Malik, lelaki yang punya segalanya... kecuali hati Ardelya yang masih tersekat pada seseorang dari masa silam iaitu dirinya, Tashfeen Dizhwar D'angelo. Namun dia tahu, menjaga gadis itu... bukan tugasnya tetapi tugas jodohnya. Ketentuan terletak pada keputusan Ardelya. 🎀 Soft romance ⛓️ Arranged married 🍭 Lovetriangle ‼️ 100% hasil pemikiran sendiri ⛔ Not mafia story 𝑆tart : 20 April 2025 𝐸nd : -
SU || SI TOPENG GILA 𝜗𝜚 by AKA4QILA
AKA4QILA
  • WpView
    Reads 831
  • WpVote
    Votes 104
  • WpPart
    Parts 22
WARNING!! - TERDAPAT BEBERAPA ADEGAN GANAS YANG MENGGUNAKAN SENJATA API DAN TAJAM - TERDAPAT BAHASA YANG KASAR DAN TIDAK PATUT DIGUNAKAN - TERDAPAT ADEGAN YANG MENGGUNAKAN BARANG-BARANG YANG TIDAK PATUT DIGUNAKAN SINOPSIS - Nashwa Vincent, seorang gadis biasa dengan kehidupan sederhana, mula dihantui oleh kehadiran seorang lelaki misteri yang selalu memakai topeng. Setiap kali dia keluar rumah, lelaki itu ada-mengikutinya dari jauh, memerhatikannya di tempat kerja, bahkan meninggalkan nota di rumahnya tanpa jejak bagaimana dia masuk. Ketakutan berubah menjadi paranoia. Tiada siapa percaya kata-katanya, malah rakannya sendiri menganggap dia hanya berhalusinasi. Namun, semuanya berubah apabila Nashwa menemui sesuatu yang mengejutkan-gambar-gambarnya sejak kecil tersusun rapi di dalam sebuah bilik rahsia... di rumahnya sendiri. "Kau lari dari aku waktu aku paling perlukan kau. Bila aku gelap, kau padamkan lampu terakhir. Sekarang aku gelapkan hidup kau, agar kau tahu... rasa jadi tak dipilih." - Topeng Gila Siapa lelaki bertopeng itu? Bagaimana dia tahu segalanya tentang Nashwa? Dan yang paling penting, adakah dia sebenarnya seorang yang asing... atau seseowgfddddrrweuurang yang lebih dekat dari sangkaannya? "Gavriel, jadikan kita bahan ujikaji. Dia rosakkan kita. Tapi kau... kau terus hidup dalam sisi gelap tu. Aku lawan." - Topeng Gila Kebenaran itu lebih menakutkan daripada mimpi ngeri. Dan apabila topeng itu akhirnya dibuka, Nashwa sedar... dia mungkin tidak akan selamat. "Kadang-kadang, gila itu bukan satu pilihan. Ia diwarisi." - Topeng Gila START : 23 April 2025 END : -
REVAMP || COMMANDO'S PROPERTY 𝜗𝜚 by AKA4QILA
AKA4QILA
  • WpView
    Reads 1,196
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 5
SINOPSIS BARU (REVAMP) Engku Hyder Jibrail, seorang tentera yang kehilangan sahabat sejati dalam misi berbahaya. Sejak hari itu, hidupnya hanya dipenuhi dendam. Hatinya beku, fikirannya cuma mahu menjatuhkan musuh. Namun takdir menemukan dia dengan Zharyella Asyura, seorang biker girl yang kelihatan lemah lembut, tapi menyimpan kekuatan luar biasa. Siapa sangka gadis penjual dessert itu mampu melawan dengan kemahiran silatnya sendiri. Musuh-musuh Hyder mula mengatur strategi untuk menghancurkannya. Tapi Zharyella hadir, bukan sekadar menemani... bahkan bertarung di sisi lelaki itu. "Jika ajal aku tiba, aku redha." - Engku Hyder Jibrail "Selagi saya di sini, awak takkan jatuh." - Zharyella Asyura Antara cinta, dendam dan rahsia, mereka memilih untuk bersama. Namun di hari bahagia, masa lalu kembali menghantui mereka, bekas kekasih muncul menuntut semula cinta yang telah pergi. Satu persatu rahsia terbongkar, menguji perkahwinan mereka hingga ke ambang runtuh. Apakah Hyder dan Zharyella mampu bertahan demi cinta dan anak-anak mereka? Atau segala kebahagiaan yang dibina akan musnah kerana dalang yang masih bersembunyi? Sebuah kisah penuh aksi, misteri, dan cinta. Siapakah sebenarnya musuh di balik bayangan? WARNING!! - TERDAPAT BEBERAPA ADEGAN GANAS YANG MENGGUNAKAN SENJATA API DAN TAJAM - TERDAPAT BAHASA YANG KASAR DAN TIDAK PATUT DIGUNAKAN 🌹AGE GAP 🍭 SOFT ROMANCE 🎀 FU*KING CRINGE ⚠️Don't PLAGIAT my karya 𝑆tart : 19 April 2025 𝐸nd : -