kmilion's Reading List
1 story
Miss Babysitter | OG (Hiatus) by amnasafiya_
amnasafiya_
  • WpView
    Reads 27
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 3
Rayyan Haidar x Iman Naura Rayyan Haidar dan Iman Naura. Nama yang tidak asing di sekolah mereka. Kepakaran mereka dalam bidang akademik dan sukan menaikkan nama mereka. Gelaran tokoh pelajar menjadi rebutan. Disebabkan satu gelaran itu, mereka bertegang muka. Masing-masing mencurahkan segala usaha demi mencapai gelaran tokoh pelajar. Dalam fasa bertegang muka, mereka ditakdirkan untuk menjadi pasangan beregu dalam sukan badminton. Pada suatu hari, ada kejadian yang berlaku semasa perlawanan berlangsung dan hal itu telah merapatkan jurang persahabatan mereka. Perebutan tadi dilupakan. Dan setelah lama hubungan mereka rapat, timbul rasa suka dan cinta dalam diri masing-masing. Mereka berjaya meluahkan perasaan mereka dan akhirnya mereka menjadi pasangan kekasih. "Iman, andai kata satu hari nanti ada perkara buruk terjadi antara kita yang menyebabkan salah seorang dari kita ada kekurangan, kau akan lupakan aku ke? Atau pinggirkan aku?" -Rayyan Haidar "Dalam hidup ni, tiada siapa yang sempurna. Tapi, kalau perkara yang kau cakap tu terjadi, aku rasa susah untuk aku lupakan kau mahupun pinggirkan kau. Aku janji aku takkan lupakan kau dan pinggirkan kau. Pegang janji aku." -Iman Naura Namun, Iman memungkiri janji itu. Dia mula meminggirkan Rayyan atas sebab kekurangan yang dia alami dalam satu insiden. Setiap hari dia cuba mengelak dari bertembung mata dengan Rayyan. Meskipun hati terasa pedihnya, tapi dia terpaksa. Dia tidak mahu Rayyan dihina. Kini, 8 tahun telah berlalu. Masing-masing membawa haluan masing-masing. Mereka tidak pernah bersua muka sepanjang 8 tahun ini. Tapi, kalau sudah dinamakan jodoh, tidak ke mana. Ya, takdir menemukan mereka semula. Terima kasih kepada anak saudara Rayyan, mereka berjumpa lagi. "I found you, Iman.." -Rayyan Haidar