Novel Untukmu Cinta [Terbit 18 Feb 2020]
EvelynRoseDrIman
- Reads 62,276
- Votes 1,927
- Parts 21
Terbanglah rama-rama ku
Mencapai awan biru
Andai badai menimpa
Ingatlah yang aku sentiasa ada
Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci. Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve yang tak berpenghujung, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman.
Pada Arman, perkataan cinta selalu disalah gunakan. Cinta ? Apa hebatnya cinta kalau sekelip mata ia boleh hilang ? Sama seperti arwah ayah dan ibunya dulu. Apa hebatnya melaungkan kata - kata cinta kalau zahirnya tidak dapat dibuktikan ? Tidak kekal dan tidak cuba untuk mengekalkannya. Patah bila badai menimpa. Rapuh. Dia pesimis dengan cinta. Pesimis dengan perempuan dek kerana kisah silamnya yang pahit dan mahu dilupakan.
Saat itu juga Ramadhan teman lamanya pula muncul. Jejaka yang ingin dijodohkan dengannya oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan, Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang dia cukup hormati.
Saat hati Orkid benar- benar dilukai
Saat jiwanya diuji
Siapa yang kekal menyintai ?
Will be available on Shopee: https://shopee.com.my/drevelynrose for pre order somewhat on the 18th february or the earliest when I received ISBN number.