alsyvnr
Laila Wafiya merupakan seorang gadis yang sering berangan untuk berkahwin bersama anak CEO sewaktu dia kecik dahulu.
"Nanti bila laila dah besar, Laila nak kahwin dengan anak CEO! mesti dia handsome, bergaya dan pandai!" Bak kata Laila dahulu.
Pada umur 25 tahun, Laila tidak berfikir begitu lagi. Laila sekarang bekerja untuk syarikat abangnya. Abangnya ialah Aayan Arsyad, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat Soleil Technology. Syarikat abangnya itu adalah antara syarikat yang terkenal di Malaysia. Apabila abangnya sudah menjadi figura terkenal dalam industri perniagaan, Laila pun sudah melihat ramai CEO dengan matanya sendiri. Dia terus mengubah pandangannya.
"Alamak! Kenapa semua CEO kat sini dah tua dan bercucu!" Laila merungut.
"Tula, siapa suruh banyak berangan!" Abangnya tegur sambil ketawa terbahak-bahak.
Bila Laila tidak selesa dengan soalan CEO-CEO disitu, ada seorang lelaki yang berkaca mata hitam menolongnya. Rupa-rupanya, dia merupakan anak kepada CEO syarikat Ricarda Hotel. Akan tetapi, Laila syak yang dia pernah berkenalan dengan lelaki itu. Memorinya terngiang-ngiang di kepala. Bila Laila hendak pusing ke belakang untuk cari lelaki itu, dia sudah pun menghilang. Mulalah, misi Laila untuk mencari anak CEO itu.