my reading list
58 stories
The Greatest Marriage Secret #1 | TERBIT by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,934,931
  • WpVote
    Votes 13,937
  • WpPart
    Parts 13
The Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan yang lahir atas tanggungjawab, bukan perasaan. Malah, mereka saling membenci. Namun, mereka dilahirkan untuk saling melengkapi-dua individu yang kuat dan setaraf di mata umum. Bersama, mereka mempamerkan imej kekuatan, autoriti, dan kejayaan, tetapi di sebalik itu, tidak ada cinta, hanya keseimbangan kuasa yang rapuh. Tengku Zachary Ares tidak tahu, atau mungkin tidak peduli, tentang urusan peribadi isterinya. Kehidupan Tengku Irina Dalisha sentiasa berada dalam bahaya, terikat dengan kesilapan lampau keluarganya dan perjanjian yang sudah lama dilupakan, yang tidak pernah didedahkan sepenuhnya. Apa yang tidak disedari oleh Zachary adalah bahawa tanggungjawab untuk memastikan keselamatan Irina kini terletak di bahunya. Dia bertanggungjawab untuk melindunginya, bukan kerana tanggungjawab semata, tetapi kerana kedudukannya dalam hidup Irina-berkahwin atas kontrak-telah menjadikannya pelindungnya. Taruhannya lebih tinggi daripada yang dia pernah bayangkan, dan bahaya yang mengancam Irina adalah sesuatu yang tidak dapat dia abaikan lagi. Start:10th December 2016 End:20th October 2017 Revamp: 9th January 2025 End Revamp: 12th February 2025 TW: STRONG LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
[C] Dulu Kawan Sekarang Sayang by sweetpeachy_
sweetpeachy_
  • WpView
    Reads 234,000
  • WpVote
    Votes 4,809
  • WpPart
    Parts 77
[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya berkembang seiring dengan sikap playboynya. Baru berusia 26 tahun, dia memiliki sebuah empayar perniagaan yang cukup menaikkan namanya dipersada Malaysia. Namun, disebabkan oleh sikap 'buaya' nya itu telah menyebabkan Tan Sri Zhahir dan Puan Sri Nadirah memaksanya untuk berkahwin. Walaupun sikap playboynya itu semakin menjadi-jadi Adrian Daniel masih lagi waras untuk memperisterikan salah seorang daripada kekasihnya itu. Namun, boleh dikatakan kesemua 'kekasih hati' Adrian Daniel ditolak oleh Puan Sri Nadirah. Lebih baik untuk Adrian dia berfikir untuk berkahwin dengan Eryn Camelia. Lega sikit hati kedua orang tuanya itu dan juga dirinya sendiri tidak perlu me dengar bebelan orang tuannya lagi. Memiliki kerjaya yang tetap dalam bidang pendidikan membuatkan Eryn Camelia menjadi seorang tenaga pengajar pada usia yang muda. Tambahan pula, dia pandai berbicara dalam segala bab membuatkan Eryn Camelia dikenali ramai. Dia juga pernah menjadi viral hanya disebabkan oleh satu gambar yang dimuatnaik di Instagram oleh adik lelakinya. Gambar 'naked-face' Eryn Camelia itu memperoleh lebih dari 15 ribu likes di akaun Instagram milik adik lelakinya membuatkan dirinya dikenali ramai. Bukan hanya dikenali sebagai pensyarah muda malah dia juga pernah dilamar untuk menjadi seorang model. Ketika Adrian Daniel dan Eryn Camelia berumur 16 tahun mereka menjadi sahabat yang akrab sehingga sekarang yang membuatkan kedua orang tua mereka menaruh harapan yang anak-anak mereka bakal berkahwin satu hari nanti. Tercapaikah impian yang mereka inginkan? Mampukah kisah cinta sahabat baik ini menjadi kisah realiti daripada fantasi orang tua mereka? Sanggupkah Eryn Camelia menjalani kehidupannya sebagai isteri kepada playboy terkenal di Malaysia? Nantikan... Start: 8 December 2019 End: 24 July 2021
Uncle Azra'ie- My Husband by ukaynazain
ukaynazain
  • WpView
    Reads 6,471
  • WpVote
    Votes 266
  • WpPart
    Parts 12
Maryam mempertaruhkan kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Sayangnya majlis perkahwinan mereka bertukar kecoh apabila Asyraf bertindak mengikat Adelia sebagai pengantin perempuan. Kecewa dan sakit hati atas tindakan Asyraf, Maryam memerangkap 'Uncle Azra'ie', yang juga merangkap pak cik kepada Asyraf. Setelah perkahwinan, Maryam mulai menyedari bahawa tindakannya terburu-buru. Lebih mengejutkan Uncle Azra'ie merupakan kekasih Kak Intan! "You kata tak kisah ada suami tua macam I? Kenapa you nak kena mengalah pula dengan Intan? You should know Maryam, you sebagai orang muda patut lebih aktif layan orang tua macam I ni."-Uncle Azra'ie Kak Intan pula tak sudah menghasut Azra'ie agar menceraikan dirinya. Paling sadis, Asyraf dan Adelia turut termasuk dalam perancangan jahat yang mahu melihatnya sengsara! Perlukah dia mengalah? Atau terpaksa memikirkan plan lain untuk mengikat hati suami sendiri yang sentiasa kejung itu?
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 392,322
  • WpVote
    Votes 10,412
  • WpPart
    Parts 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mirwan Maliki, hidup Tiara benar-benar bahagia. Terasa dirinya benar-benar disayangi dan dicintai oleh Mirwan. Lelaki itu selalu ada disaat dia memerlukan. Lelaki itu selalu ada melindungi disaat dia dalam kesusahan. Namun siapa sangka, bahagia yang hadir itu, direnggut pergi tanpa Tiara pernah terfikir perkara itu akan berlaku ke atas dirinya. Dikhianati dalam diam oleh kekasih hati, perempuan mana yang kuat untuk menerima? Semakin luka parah hatinya bila Mirwan mengakui sudah mencintai wanita lain dalam diam, dan lelaki yang dicintai sepenuh hati itu akhirnya memilih untuk menikahi wanita lain. Rasa kecewa itu begitu menjerut tangkai hati Tiara. Demi untuk melupakan rasa kecewa, dia bekerja tanpa henti membawa pelancong ke luar negara. Dan pertemuan dengan seorang jejaka ketika dia hadir ke majlis perkahwinan Mirwan, telah menjadi titik permulaan hidupnya sentiasa dipertemukan dengan lelaki tampan itu. 3 bulan mereka tidak berjumpa selepas pertemuan pertama itu. Akhirnya bumi Korea kembali mempertemukan mereka. Arjuna Hanif, seorang juruterbang Malaysia Airlines berpangkat kapten. Lelaki yang pada mulanya bermulut pedas. Namun, bila berdepan dengan Tiara, dia boleh berubah menjadi manis, semanis gula. Tiara mengelak, Arjuna pasti akan mendekat. Satu persamaan antara mereka, dikecewa dan dikhianati oleh orang yang mereka sayang tanpa mereka tahu yang pasangan mereka itu bakal berkahwin antara satu sama lain. Lantas, mereka tak ubah seperti Sugar and Spice. Manis dan pedas, seperti rencah kehidupan yang mereka lalui. Adakah Arjuna dan Tiara memang ditakdirkan untuk bersama? Atau cinta lama Tiara dan Arjuna akan kembali semula kepada mereka suatu hari nanti?
REDAMANCY  by mikaynnn
mikaynnn
  • WpView
    Reads 239,908
  • WpVote
    Votes 7,831
  • WpPart
    Parts 30
1st Mr Series : Her Obsession Dean Evraa | Aryanna Evelyn < Under editing > "Why are you crying? Aren't you happy to be with me? Smile. You have to be happy with me." - DEAN EVRAA ALEXANDER Setiap gerak geri gadis itu diperhatikan dalam diam. Helaian rambut gadis itu juga disimpan untuk mengubati rindu apabila gadisnya menjauh. "Of course you're poisoned, I'm the one that gave it to you. If you're too obsessed with me... Why can't I be the same?" - ARYANNA EVELYN Love. Obsessed. "Touch her, and you'll learn exactly what's worse than death." - DEAN EVRAA ALEXANDER [ Harsh words ] ⚠️ plagiarism is not allowed ⚠️
FAIQ MUQRI LEKIR by Ad_callmeAd
Ad_callmeAd
  • WpView
    Reads 93,729
  • WpVote
    Votes 4,813
  • WpPart
    Parts 66
Persoalan sekarang ini, kenapa aku ? Papa tak ada pilihan lain ke selain mamat kampung yang kaki rempit, main tepi bendang dan euwww. Geli nak sebut yang lain. Layyin Makayla Fleur. Nama yang cukup indah seperti luarannya namun tidak padan dengan perwatakan gadis itu yang tidak semenggah. Dilahirkan dalam keluarga yang memiliki segalanya dan dikelilingi kemewahan kerana itu menjadikan gadis berusia 24 tahun itu bersikap angkuh dan sombong. Dan segalanya bakal berubah rentak apabila terpaksa berkahwin dengan seorang mamat kampung. Faiq Muqri Lekir jejaka kampung yang menjadi kegilaan gadis-gadis disitu kerana rupa paras yang segak dan memiliki badan yang tegap hasil melakukan kerja di bendang. Dia gemar berlumba motor bersama rakan-rakannya. Kehidupannya mula berubah warna apabila bertemu gadis bandar sombong. "You jangan ingat yang you boleh tackle I okay ?! I tak akan terpedaya dengan ayat-ayat utara you langsung ! " "Hang dah pasaipa ? Dari aku ngorat hang baik aku ngorat kerbau kat belakang tu ! " "Haha ! Eloklah ngorat binatang sebab you dengan binatang memang tak ada beza ! " "Kurangnya binatang masih ada hati dan perasaan tak macam hang ! Semua benda suruh aku bukannya reti nak buat sendiri ! Buu " Namun suatu rahsia sudah terungkap apabila mereka mula melangkah kearah bahagia.
INDAH  by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,165,206
  • WpVote
    Votes 14,133
  • WpPart
    Parts 6
|HIATUS|
Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️ by escritordyanne
escritordyanne
  • WpView
    Reads 3,495,254
  • WpVote
    Votes 136,585
  • WpPart
    Parts 78
1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest ranking: #1 in marriage #1 in malaywattpad #2 in wattpadmelayu #2 in action #2 in marriage #3 in malaystories Start : 11 November 2023 End : 21 Januari 2024
Qaid's  by ZyqRiss
ZyqRiss
  • WpView
    Reads 13,817
  • WpVote
    Votes 346
  • WpPart
    Parts 4
𝙎𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙 𝙋𝙪𝙗𝙡𝙞𝙨𝙝 𝙊𝙛 𝙇𝙚𝙤 𝙃𝙖𝙞𝙡𝙚𝙮 : 𝙃𝙤𝙩 𝙃𝙪𝙨𝙗𝙖𝙣𝙙 Semenjak kematian isterinya, Qaid Anhar menjadi hilang arah tuju seperti hilang tempat pergantungan. Kehadiran satu-satunya permata yang ditinggalkan oleh isterinya membuatkan dadanya sentiasa sesak. Sesak memikirkan kebajikan anak perempuannya tanpa kehadiran seorang ibu di sisi. Pertemuan dengan Amelia Delisha mengubah segala-galanya. Hidup yang terasa kurang dahulu kembali diisi. Indah tidak selamanya indah. Amelia Delisha, sama cantik dengan namanya rupa-rupanya menyimpan rahsia yang Qaid Anhar langsung tidak sangka. Bagaimanakah penerima Qaid Anhar terhadap Amelia Delisha? Adakah semua ini terjadi semata-mata kerana Qaireen Ashfeena? All Right Reserved @ZyqRiss ⚠️DILARANG PLAGIAT⚠️