Library kim
63 stories
TENTANG KITA - REVAMP (C) by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 912,309
  • WpVote
    Votes 34,845
  • WpPart
    Parts 56
Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 334,651
  • WpVote
    Votes 15,378
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
DHEO'S by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 906,395
  • WpVote
    Votes 27,426
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018
𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 by utieyab
utieyab
  • WpView
    Reads 886,327
  • WpVote
    Votes 25,772
  • WpPart
    Parts 41
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah-lembut dan merupakan anak yatim piatu. Dia mempunyai seorang kakak kandung yang bernama Siti Kasirah. Namun, sikap mereka tidak sama. Seorang baik dan seorang jahat. Kakaknya berkhawin dengan anak orang kaya dan lupa akan adik kandungnya sendiri. Gadis itu dibiarkan bersendirian di kampung tanpa menjenguknya. Nurul hidup berdikari tanpa ada kakak kandung disisi. Penderitaannya mulai bertambah bila dia berkahwin dengan lelaki bernama Adyan. Lelaki yang membencinya atas sebab tertentu tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan dan akhirnya dia diceraikan. Tetapi, disebalik satu kejadian yang menyebabkan dia terpaksa bersatu dan berkahwin lagi dengan seorang lelaki yang tidak menyukainya sama sekali. Lelaki tersebut bernama Syed Arnizam. Dia dilayani dengan kasar oleh lelaki itu. Hidup Nurul menderita bersama lelaki tersebut. Dia tidak pernah merasakan apa itu kasih sayang seorang suami. Perasaan yang sama dia rasakan bersama bekas suaminya, Adyan. "Macam mana kau boleh kenal dengan keluarga aku?" - Syed Arnizam. "Saya tak kenal pun keluarga awak. Semua yang berlaku ni bersebab." - Nurul Adawiyyah. Kehidupan Nurul dipenuhi dengan pelbagai dugaan. Setiap hari pasti ada kata-kata yang menyakitkan hati dilontarkan oleh Syed kepadanya. "Kau jangan bermimpi yang aku ni terima kau jadi menantu aku." Datin Mirah. "Kau cuma perempuan simpanan aku je! Kau tu cuma isteri atas kertas. Sedar diri sikit." - Syed Arnizam. "You ni siapa? Macam mana you boleh ada dekat rumah boyfriend i?" - Fryceyla. "Kau jangan berani beritahu dekat orang lain yang kau tu isteri aku yang sah!" - Syed Arnizam. Hati Nurul semakin lama semakin terluka dengan sikap suaminya ditambah dengan ibu mertuanya yang tidak pernah menyukainya. "Maafkan saya, awak. Saya tak dapat nak teruskan hubungan ni." - Nurul
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,250,527
  • WpVote
    Votes 89,766
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
AKHTAR [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 1,463,228
  • WpVote
    Votes 42,741
  • WpPart
    Parts 50
Akhtar. Bintang yang terpilih. Bintang yang cerah untuk sang gadis yang bernama Aira. Aira seorang gadis yang mempunyai kesenangan dari segi harta. Tapi tidak dari segi kasih sayang. Kesibukan dan kedinginan ibu-bapanya membuatkan Aira berasa kosong. Sangat kosong. Namun perjumpaan yg tak disangka telah membangkitkan lagi keceriaan Aira. Walaupun awal perkenalannya agak.. Hmm annoying. "Sebab tu orang ckap jgn tido petang. Kan dah mereng" - Akhtar "Ape dia? Nak save contacts ayam? itik? Ke babi? Ish ish takleh sebut. Berdosa" - Aira Akhtar yang kuat menyakat. Aira yg ceria. Bila bertemu mmg memingitkan keadaan laa.. "You're not alone. You're with me. Walau ape sekalipun masalah tolong cerita kat aku. Jangan lari dari aku. Aku tak suka." - Akhtar "Awak tak faham. Sebab kluarga awk perfect. Saya ni? Hanya mampu menagih kasih daripada org lain. Ada mak ayah tapi diorang bersikap dingin dengan saya. Saya taktau ape sebab dia!" Cinta. Adakah ada cinta diantara mereka? Atau.. hanya friendship semata mata? --- Romance & Comedy! Ade jugak yg sedih2 tapi jgn bimbang.. Kita buat siikiiit je sedih. Janji👀 Cite ni santai2 je. Konflik ada tapi konflik yg ringan2. Sweet je yg terlebih had. Hehe selamat membaca!🌹 Untuk pembaca matang sahaja 🤍 Kerana ada scene yg agak err paham2 laa🏃🏻‍♀️ Tiada tapisan perkataan dan perbuatan harap maklum🫡 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @coffeeepudding
ANAQI'S [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 4,185,915
  • WpVote
    Votes 117,526
  • WpPart
    Parts 77
‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka. "Aku taknak lah kat kau! Eii ape kerlass kahwin dengan kawan baik sndiri?" -Eireen Insyirah "Nampak mcm aku hadap sangat ke nak kahwin dengan kau?" -Anaqi Bakhtiar Namun, dah jodoh tak kemana. "Kau tidur bawah lah! Aku tak biasa la tidur dengan lelaki." -Eireen Insyirah "Amboi? Derhaka nampak? Syurga bawah tapak kaki sape?" -Anaqi Bakhtiar Dan semestinyalah terbit rasa cinta di alam perkahwinan mereka. "Reen cintakan Anaqi.." -Eireen Insyirah "Kau mimpi masuk neraka sebab tu kau berbaik dengan aku kan?" -Anaqi Bakhtiar 60% Kelakar. 38% Bahagia. 2% Konflik. Yang penting manis tu ada🫶🏻 Harsh words, romance, sexy storyline and of course very sweet. ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @coffeeepudding .
Mi Veneno (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 4,467,263
  • WpVote
    Votes 12,000
  • WpPart
    Parts 7
Book 3 (New Generation) 1- Mi Esposa 2-Commando's His Treasure 3- Mi Veneno ACE gelaran yang diberikan kepadanya diatas kehebatan dan kebolehannya dalam melakukan semua perkara. Aura membunuh dan sikap dingin melebihi bapanya telah membuatkan dia lebih ditakuti oleh semua orang. Wajah tampan milik jejaka itu sentiasa disembunyi di sebalik mask apabila melakukan 'kerja keduanya'. Mata kelabu cerah yang diwarisi dari bapanya mampu memukau semua mata yang memandang. Tengku Aretha Ruiz-"Daddy" Tengku Aadyan Ruiz-"I'll chop off all the hand that touch my daughter" "Can ladies kill?" Bang! "We can" bibir merah itu tersenyum sinis. Mereka berdua mempunyai keperibadian dingin dan beku, pertemuan semula diantara dua manusia itu telah mengubah takdir diantara mereka. Thea Radea-"I don't need a weapon at all because i was born to be one" Tengku Aadyan Ruiz-"Your knife my back, My gun your head, you choose"
Mi Reina (SLOW UPDATE) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 155,733
  • WpVote
    Votes 8,664
  • WpPart
    Parts 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-