selected
20 stories
Rumah Terakhir ✔️ by EvyanaKim
EvyanaKim
  • WpView
    Reads 216,913
  • WpVote
    Votes 16,323
  • WpPart
    Parts 85
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima orang baru dalam hidupnya. Dia fikir tindakannya itu akan membuatkan Izzar Naresh akan putus asa dan pergi tapi tidak! Lelaki itu tidak putus asa, malah sedaya upaya untuk tetap hadir dalam kehidupan Hifza Yelda. "Bila abang Izz cuba masuk dalam kehidupan seseorang. Abang Izz kena terima semua tentang orang tu. Bukan hanya tentang kelebihan tapi tentang semua kekurangan, kelemahan, kesakitan dan trauma gelap yang disembunyikan. Semua tu abang Izz kena terima!" "Abang akan terima semua tu. Semua yang Hifza sembunyikan." Sikap tidak putus asa Izzar Naresh akhirnya membuatkan dia semakin lama semakin rapat dengan Hifza Yelda, bahkan semakin lama dia kenal gadis itu. Dia melihat sisi gelap yang disembunyikan oleh gadis itu. Apa yang berlaku dengan kehidupan Hifza Yelda membuatkan dia tidak mahu menerima orang baru dalam kehidupannya? Apakah Izzar Naresh diberi peluang merebut hati gadis itu agar mencintai dirinya? Baca Rumah Terakhir, cerita yang diisi dengan Puisi dan Depresi. Start - 1 November 2021 End - 28 November 2021 Edit : 14 March 2022
Triple A by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 10,652
  • WpVote
    Votes 1,244
  • WpPart
    Parts 5
Ahmad Aqil, Akmal Harith dan Fajar Aliuddin. Dalam kerjaya masing-masing, tegas, pantas dan dihormati rakan sejawat. Bila berjumpa, jadi 3 idiots. Enjoy je la benda nak buat hilang stress.
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 655,394
  • WpVote
    Votes 44,167
  • WpPart
    Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
Aku Bukan Dyslexia  by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 25,654
  • WpVote
    Votes 2,127
  • WpPart
    Parts 6
Aku Ahmad Furqan dan ini kisah aku
ALPHA 122 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 240,649
  • WpVote
    Votes 22,300
  • WpPart
    Parts 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat. Nama aku, Akmal Harith anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122. Hidup aku dekat Balai Bomba Siber Raya aman damai dan sentosa sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai. Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda :)
TSK : Permata by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 735,613
  • WpVote
    Votes 38,037
  • WpPart
    Parts 28
Daripada filem aksi romantik ala islamik walaupun ikhtilat ke laut, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka. Ahmad Furqan Aqil Aqilah Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi mama yang baik? Terdayakah Irfan melaksanakan tugasan sebagai papa dengan sempurna? "Jaga anak lebih susah daripada matikan bom jangka!"
Garis Masa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 121,928
  • WpVote
    Votes 8,949
  • WpPart
    Parts 35
SINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memilih untuk menjadi anggota pasukan khas Armada Laut DiRaja ; Trodaire dan doktor neurologi paediatrik dalam masa yang sama. Keputusan paling gila yang pernah dibuat dalam hidupnya. Bercinta? Langsung tidak pernah terlintas di minda. Hanya Umi sahaja perempun dalam hidupnya. Sehingga dia, si rambut ungu Dr. Violet Lim hadir bersama 1001 persoalan tentang kehidupan. "Don't judge a book by its cover? Tolonglah, kita ni manusia memang jenis tertarik pada benda cantik sebab tu first impression tu penting. Jadi, kalau betul islam tu indah bukan ke tanggungjawab kau sebagai Muslim untuk jalankan perintah agama dan jadi duta kecil kepada agama kau?" - Violet Lim Kehidupan peribadi, nyawa pesakit dan mempertahankan negara, Segalanya terlalu berat untuk digalas sekali. Pasti akan ada yang perlu dikorbankan. Ah, sekali lagi, bukankah kehidupan itu tentang pilihan? Keajaiban itu wujud andai Tuhan dijadikan sandaran. - Azril Aqil
Hijrah Aqil by izx99_
izx99_
  • WpView
    Reads 5,096
  • WpVote
    Votes 398
  • WpPart
    Parts 22
Aqil seorang anak muda yang berumur 17 tahun menghadapi dua sisi kehidupan yang berbeza. Dididik supaya berpegang teguh dengan agama sejak kecil oleh kedua orang tuanya. Dihantar ke pondok tahfiz dan ke sekolah agama. Tetapi itu bukan alasan dia boleh terselamat dari melakukan dosa besar. Zina, arak dan dadah menjadi sebahagian dari hidupnya. Imannya duduk ditengah-tengah, antara kuat dan lemah. Lagi-lagi setelah kepergian ayahnya yang merupakan bekas seorang askar yang terkorban ketika mempertahankan negara. Pertemuan dengan Aisyah yang juga berlatar belakangkan agama memberi sedikit kesedaran akan kesilapannya selama ini. Orang selalu kata hidayah itu milik Allah. Tetapi kita juga perlu berusaha mencari dan mempertahankannya. Untuk mengetahui lebih lanjut dipersilakan untuk terus membaca. Nukilan seorang hamba.
Embun Anggerik by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 362,425
  • WpVote
    Votes 35,662
  • WpPart
    Parts 51
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari esok. "Cik tengok hujung laut tu. Midnight blue; cold, deep and dark. It suits you very well. Tapi cik, you don't really wanna go there and die kan? You just wanna know how does it feel to be alive. Even for a short period amount of time when your lungs gasping for air." - Alam Uzayr " Shut up." - Embun Anggerik Penghijrahan ke bumi Glasgow bagi mendapatkan segulung ijazah perubatan untuk ditukar dengan segaris senyuman Bonda bakal membawa angin perubahan dalam hidupnya atau mungkin dia akan semakin hanyut dalam dunianya sendiri