Itjusst_eyka's Reading List
181 stories
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S] by AnjellHomosapien
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]
AnjellHomosapien
  • Reads 1,599,234
  • Votes 65,117
  • Parts 23
Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose
Dia Tetap Sempurna [PUBLISHED UNDER KARYA SENI] by AnjellHomosapien
Dia Tetap Sempurna [PUBLISHED UNDER KARYA SENI]
AnjellHomosapien
  • Reads 915,456
  • Votes 41,097
  • Parts 21
Kisah Eskandar Arasyah x Dara Nailufar. Sekian. Selamat membaca ~ One day, you'll encounter with someone who wants to learn about your past, not to judge you but to understand and show you that you also deserve to be loved.~
Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin
LoveNovelPublishing
  • Reads 9,206
  • Votes 209
  • Parts 10
TAJUK: TUKANG MASAK CIK MAFIA PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-2185-07-9 HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS) BLURB: "Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!" - Orked Adelia Pertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan. Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu. Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah. "Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami." - Orked Adelia "Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?"- Syed Haidar Rumah tangga tanpa kerelaan, terbina juga akhirnya. Namun kedua-duanya berbeza pendirian. Orked mencari helah untuk berpisah, Syed Haidar pula mencari helah untuk bersama. Bagi Syed Haidar, biarlah hanya ada seorang Puan Haidar seumur hidupnya. Namun bagi Orked, ada sesuatu yang lebih penting daripada rumah tangganya. Bagaimana akhirnya tali jodoh mereka? Adakah akan terus bersimpul menjadi ikatan mati atau terlerai simpulannya? "Jika perpisahan ini mampu membuatkan awak senyum, saya lepaskan awak terbang bebas. Melepaskan bukan bermakna melupakan. Mencintai bukan bererti memiliki. Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini. Saya berdoa agar kita berjodoh di alam sana. Saya cintakan awak Orked Adelia." - Syed Haidar
LIANNA LUTHFIYYA [REWRITE] by fluffy_lily
LIANNA LUTHFIYYA [REWRITE]
fluffy_lily
  • Reads 2,243
  • Votes 673
  • Parts 10
LIANNA LUTHFIYYA? Dia bukan siapa-siapa. Cuma gadis pendiam berkaca mata bulat, berpakaian sederhana - seolah tak wujud di mata orang lain. Namun segalanya berubah saat namanya diumumkan sebagai manager pasukan bola keranjang Sekolah Menengah Victoria. Kenapa dia? Apa yang istimewa sangat? Lianna Luthfiyya, gadis misteri dengan senyuman penuh rahsia, menyimpan luka yang tak pernah sembuh - luka yang dia sorok di balik ketawa palsu dan tudung yang rapi. Dan kemudian muncul dia... Kasyaf. Si pemain bola keranjang yang lantang, penuh ego, tapi hatinya lebih lembut dari apa yang dia tunjukkan. Mereka datang dari dua dunia yang berbeza - tapi takdir menyatukan mereka di satu titik: kebenaran, kehilangan, dan pencarian Tuhan. ________________________________________ " أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله" "AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH". "Tolong bagitahu aku kalau kau ada masalah." - Kasyaf "Saya sukakan awak." - Lianna "Sambut tangan aku, aku akan tunjukkan kebenaran sebenar pada kau." "Ermm... awak tolong ajar saya solat, boleh?" "My eyes are scared of you... but my heart is not." ©All Right Reserved ⚠Imitation is not allowed
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
QAYDER : MR COLD
Blqs_Rose
  • Reads 10,548,268
  • Votes 378,344
  • Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
2 |   KNIGHT'S   [C] by eychaeyheynn
2 | KNIGHT'S [C]
eychaeyheynn
  • Reads 619,542
  • Votes 32,154
  • Parts 51
"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 by qtprinc3ss
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔
qtprinc3ss
  • Reads 2,375,236
  • Votes 63,704
  • Parts 60
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih atas kematian Ezzara tidak mungkin akan menyentuh wanita lain walaupun itu adalah haknya sebagai seorang suami. Baginya, Alya tidak patut diperlakukan seperti pelacur yang disentuh atas dasar nafsu semata mata. Namun, apabila sudah tinggal sebilik dan tidur sekatil, cinta pasti berputik jua. Aydan mula melayani isteri selayaknya namun hal tak terduga terjadi menyebabkan si isteri terluka. Atas desakan papanya, Aydan membawa Alya berbulan madu dan sekaligus mengambil peluang tersebut untuk memujuk si isteri. Rumahtangga yang dibina baru menjejak bahagia, hadir pula sebuah kebenaran. Karlisa yang menyimpan dendam kerana Aydan menolak cintanya bertekad untuk menghuru harakan hidup Aydan. Ezzara telah lama dibunuh namun dia masih gagal mendapatkan lelaki itu jadi, dia merencanakan sesuatu yang baru. Isyahani yang tidak sengaja mendengar rencana jahatnya itu diugut dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak cukup itu, Alya dan bayinya yang baru beberapa minggu di dalam kandungan turut menjadi mangsa Karlisa. Aydan kesal. Dia bangkit dari kisah sadisnya dan menukarkannya kepada kisah kejam. Dia dan adik-ii nya berpakat. Karlisa harus menerima hukuman bagi segala perbuatan kejamnya. ⚠️ 2018 copyright
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
Bukan Untuk Dimiliki
appleflakes
  • Reads 4,373,846
  • Votes 253,546
  • Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Beautiful Lies  by appleflakes
Beautiful Lies
appleflakes
  • Reads 11,373,725
  • Votes 475,416
  • Parts 84
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
L'AMORE E'ORO ✓ by aish_maira
L'AMORE E'ORO ✓
aish_maira
  • Reads 696,365
  • Votes 31,771
  • Parts 91
[Pattenson Family vol. 3] [The E's Family vol. 1] "One, marry me and you'll know what is going to happen next, second, I'll tell the cops and you'll go to the jail.." - Muhammad Edwis Daniqi - "Stupid options.." - Qiura Mariean - Satu insiden tanpa penjelasan telah meragut nyawa satu satunya puteri bongsu keluarga Tan Sri Danish, Nelydia Erica. Beribu alasan cuba diungkapkan bagi membuktikan dia tidak bersalah. Namun, kini Qiura terperangkap dengan ikatan sah yang diselaputi dendam seorang abang. Muhammad Edwis Daniqi bin Tan Sri Danish. Putera pertama Tan Sri Danish dan Puan Sri Emelda. Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke bumi kelahirannya, Turki, sebaik kapal terbang mendarat di negara itu.. berita mengenai adiknya yang sudah menjadi jasad tidak bernyawa menaikkan darah nya sehingga dendam mula tersimpan. Qiura Mariean Pattenson. Puteri sulung keluarga Tuan Qiyran dan Puan Marsya Pattenson. Tergolong sebagai ejen terbaik dalam Agensi rahsia yang disebut sebagai ISA, merupakan agensi milik Tan Sri Danish, dalam misinya yang ke seratus, dia diperangkap oleh seorang hacker yang telah menyebabkan statusnya bertukar sebagai pembunuh. Apakah yang akan terjadi setelah ikatan sah terbina? Siapakah hacker yang telah memerangkapnya? Mampukah Qiura membuktikan dia tidak bersalah? Genre: Romance, broken family, thriller, action