sya_05m's Reading List
12 historias
THE SPLIT : BRAHMS por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURAS 610,792
  • WpVote
    Votos 47,321
  • WpPart
    Partes 33
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."
PENJAGA ✔ por Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    LECTURAS 187,266
  • WpVote
    Votos 15,239
  • WpPart
    Partes 34
"Walau ada satu mata kasar yang tidak mampu melihat, namun ada mata yang terganggu tidak sedari, -dan air terjun miliknya yang tersentuh tanpa sengaja, telah membuah amarah yang perlu dibalas mereka," Sebuah pengembaraan yang sepatutnya membuah seribu kisah gembira akhirnya berubah menjadi tragedi tatkala mereka tersilap langkah. Menelusuri pelbagai cabaran agar mereka tidak lagi terikat dengan sumpahan itu. Gabungan genre seram, thriller, romantik dan komedi. Bukan beshe beshe. Highest rank : #1 in Seram #2 in Mystery and Thriller Penjaga 2 is ready for you guys !!! P/s: storyline agak berterabur
TeenFiction : Hadi & Hana ✓ por dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    LECTURAS 268,469
  • WpVote
    Votos 15,280
  • WpPart
    Partes 70
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla, mencintai Hadi Ehsan pula adalah minat Hana Hayla. Sekadar suka-suka. Tapi dia betul-betul suka Hadi Ehsan! Sayang sekali Hana Hayla bukan selera Hadi Ehsan. Jangan katakan sebelah mata, sekilas pun tidak dipandang. Setiap hari ada sahaja akal mahu menambat Hadi Ehsan. "Hadi, Hana ada buatkan roti sardin untuk Hadi. Ambillah, makan waktu rehat nanti tau?" Mata dikenyitkan kepada Hadi. "Saya tak makan sardin." Tolak Hadi senada lalu bekal ditolak ke tepi tanda tidak mahu menerima. Dalam kegembiraan seorang Hana Hayla terselit beribu duka. Keluarga yang berpecah-belah, Penyakit derita yang ditanggung, Apa tiadakah sekelumit bahagia buat Hana Hayla? Diterima Hadi Ehsan atau terus diabaikan? - "Kalau pun semua orang benci kau, aku tetap akan ada." Syara menarik rapat tubuh Hana ke dalam pelukan. - Apa kisah mereka? Apa jalan cerita mereka? Kejar-mengejar hingga tidak terkejar. - Start : 7/7/2021 End : 20/1/2023 End : 9/3/2025 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Thriller : Wais Ayden ✓ por dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    LECTURAS 606,586
  • WpVote
    Votos 43,214
  • WpPart
    Partes 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Action : Wais Ayden por dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    LECTURAS 27,003
  • WpVote
    Votos 2,088
  • WpPart
    Partes 18
Series 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tahun berlalu dengan pantas. Setelah tumpasnya Organisasi Hitam, mereka sangka semuanya berakhir namun semuanya silap. "Kita perlukan Red!" - KAPTEN HANIF "Saya kena balik Wais, demi rakyat kita yang tersekat di sana." - SITI MARWAH "Bawa saya sekali dalam misi ni." - WAIS AYDEN Mereka akhirnya dipertemukan kembali kerana misi baharu iaitu memburu Khalid. Siapa Khalid? Dan mengapa lelaki itu harus menyekat rakyat mereka yang bekerja di Marib, Yaman. "Kerana kita bukan Nabi." - KHALID Berkelana ke tanah arab demi memburu Khalid dan tujuannya. Namun mereka silap, yang Khalid mahukan bukanlah rakyat mereka. Tetapi mereka. "Wais Ayden sudah sampai ya?" - KHALID Dan detik itu, masih ada jalankah untuk mereka? Adakah Marwah mula menyesal meninggalkan anak-anak mereka? Bagaimana jika hubungan suami isteri retak sewaktu misi ini? "Demi Allah Marwah! Percayalah!" - WAIS AYDEN "Jangan bermain sumpah, Ayden." - SITI MARWAH Atau mungkin, Salah satu dari mereka pergi dahulu? Semuanya bakal terbongkar. "Allah.. Allah, tolong jangan lagi." - WAIS AYDEN Kerjaya atau Keluarga? *** Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
TERSESAT KE ALAM BUNIAN por MiszJupiter
MiszJupiter
  • WpView
    LECTURAS 652,727
  • WpVote
    Votos 37,530
  • WpPart
    Partes 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga masuk ke dalam hutan hingga terjumpa sebuah menara hijau- menara yang belum pernah dia lihat sebelum ini. Pertemuannya dengan Indrawan, si pemilik menara hijau yang sangat dingin dan kasar, membawa dia ke suatu kampung yang menyimpan pelbagai cerita di dalamnya. Dia diburu, diancam dan dia tidak boleh larikan diri! "Aku akan selamatkan kau. Tak kira apapun yang berlaku, aku akan bawa kau keluar dari tempat ini."- Indrawan. "Kau janji takkan tinggalkan aku?"- Asha. "Maaf. Aku harus tinggalkan kau."- Indrawan. Siapa yang memburu Asha di universiti dan di kampung itu? Di mana sebenarnya Asha? Apakah yang akan terjadi kepada Asha dan Indrawan? 17/1 #9inmystery 26/1 #6inmystery 30/1 #4inmystery 17/2 #2inmystery 23/2 #1inmystery 3/10 #1inparanormal 16/10-7/11 #1inhorror 8/11 #1inmystery 29/12 #2inhorror 13/1 #1inhorror 7/2 #1infriendship 14/2 #1inhorror 7/3 #1inhorror 27/3 #1inhorror 15/4 #1inhorror 25/5 #3inthriller 29/6 #1inhorror 1/8 #1inthriller 12/8 #1inhorror
badzri 🫶🏻 aleeya [terbit] por hannazhya
hannazhya
  • WpView
    LECTURAS 4,695
  • WpVote
    Votos 295
  • WpPart
    Partes 10
soon, pbakl 2023 🫶🏻 terbitan Suara Hati bacaan 10 bab terawal raw, unedited 🫶🏻 preorder melalui Shopee penerbitansuarahati atau boleh dapatkan di PBAKL 2023, PWTC (26 mei - 4 jun 2023) sinopsis akan diupdate kemudian ❤️ Thank You 🫶🏻🥹
SELINDUNG✔ por Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    LECTURAS 209,895
  • WpVote
    Votos 20,889
  • WpPart
    Partes 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pada hati manusia yang penuh dengan titik hitam. Hingga akhirnya membawa dia menelusuri sejarah hitam buat dirinya, dan juga si dia. // yes the cover from cerita IT, but this book takde kena mengena lansung pun dengan movie tu okies xoxo//
Puspitaku Seroja por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURAS 62,356
  • WpVote
    Votos 8,474
  • WpPart
    Partes 39
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
TERPERANGKAP DALAM BAYANGAN [C] por xavieriazoey
xavieriazoey
  • WpView
    LECTURAS 30,258
  • WpVote
    Votos 2,144
  • WpPart
    Partes 74
AIMIN HUMAIRA, seorang gadis kecil berusia 6 tahun memiliki mata yang amat luar biasa. Kelebihan ini membolehkan Aimin melihat makhluk halus dan mengakses dunia ghaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Suatu hari, dia secara tidak sengaja bertemu dengan makhluk hitam yang dikenali sebagai penjaga hutan dalam dunia ghaib yang menyimpan banyak rahsia misteri. Namun ketika Aimin berusia 10 tahun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dia hilang ingatan dan mata uniknya berubah menjadi hitam seakan-akan segala keajaiban yang dimiliki lenyap begitu saja. Tahun demi tahun berlalu, Aimin membesar tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya. Pada usia 20 tahun, ketika dia tersesat di suatu tempat yang tidak dikenali, Aimin kembali bertemu dengan makhluk hitam tersebut. Malah, makhluk itu juga tidak mengenali Aimin dan membantu Aimin keluar dari dunia ghaib. Namun, pertemuan kali ini membawa bahaya yang lebih besar apabila Aimin menyedari bahawa perjanjian lama yang melibatkan dirinya dan mata uniknya mempunyai kaitan dengan nasib dunia ghaib dan manusia. Mata Aimin yang berubah merupakan kunci kepada suatu rahsia gelap yang melibatkan pertempuran antara dunia nyata dan dunia ghaib. Kini, Aimin harus berdepan dengan takdirnya yang penuh misteri, serta ancaman yang lebih besar daripada apa yang pernah dia bayangkan. START : 9/1/2025 END : 2/2/2025