Sedih
42 stories
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 74,493
  • WpVote
    Votes 2,415
  • WpPart
    Parts 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
PENGORBANAN HATI by nazyatim_
nazyatim_
  • WpView
    Reads 215,860
  • WpVote
    Votes 1,408
  • WpPart
    Parts 20
Second story✨ Tengku Adyan Hayder seorang yang bekerjaya, memiliki segalanya malangnya dia gagal dalam percintaan. Ditinggal dirinya oleh seorang perempuan demi membalas dendam kepada seorang. Jasmine Nur Anissa seorang yang juga memiliki segalanya tetapi dia gagal dalam percintaan apabila dia sendiri mencintai kawan baiknya. " Aku tak akan sesekali jatuh cinta dengan perempuan murah dan JIJIK macam kau!" " Hina sangat ke i ni dimata you, sampai you tak boleh sesekali anggap atau hormat i sebagai isteri you?" Tapi kelamaan perkataan Murah dan Jijik tu berubah menjadi cinta. " Aku dah mula sayangkan kau!" " jangan buat perangai lah adyan" " salah ke kalau suami tu mencintai isterinya?" Malah apabila ingin mengecapi kebahagian, orang ketiga mula datang untuk menghancurkan. " zaman sekarang, you can do anything for divorce! Pergi mahkamah tuntut fasakh!" ___________________________________ " saya izinkan awak dengan dia, adyan" Dimanakah kebahagian? Adakah ini betul betul pengorbanan? " adakah salah pengorbanan yang aku lakukan untuk dirinya?" - Jasmine Nur Anissa-
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔 by rissyaleeya
rissyaleeya
  • WpView
    Reads 577,422
  • WpVote
    Votes 9,838
  • WpPart
    Parts 64
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka hidupnya sudah lengkap dengan kehadiran lelaki yang dicintainya, Harif Hakim. Dialah pelindung, sahabat, dan masa depan yang Kyra dambakan. Namun, segalanya musnah apabila Harif menghilang tanpa sebarang khabar berita hampir dua tahun lamanya. Saat dia kembali, bukan pelukan rindu yang dibawa, tetapi sebuah permintaan kejam-agar Kyra mengahwini lelaki pilihan keluarganya. Terpaksa menurut demi menjaga maruah dan hati kedua orang tuanya, Kyra akhirnya bergelar isteri kepada Nazrief Adam. Pada mulanya, hatinya berat menerima perkahwinan itu. Namun perlahan-lahan, sikap Nazrief yang matang, penyabar, dan penuh kasih mula menambat hati Kyra. Sedikit demi sedikit, dia mula belajar melepaskan bayangan Harif dan membuka ruang untuk bahagia bersama suami yang setia. Namun, kebahagiaan yang baru berputik tidak bertahan lama. Kehadiran dua insan-Alia dan Amani-menghancurkan segalanya. Rahsia demi rahsia terbongkar, kesetiaan dipertaruhkan, dan Kyra terperangkap antara cinta, pengorbanan, serta maruah. Adakah Nazrief benar-benar lelaki yang ditakdirkan untuknya? Atau adakah Harif masih punya tempat dalam hatinya meskipun luka lama belum sembuh? Dan siapakah sebenarnya Alia dan Amani yang hadir merobohkan bahagia yang baru ingin dibina? - "Kyra please. Abang mohon sangat. Kalau Kyra tak kesiankan abang tolong kesiankan anak kita. Please sayang, demi anak kita. Jangan jadikan dia mangsa." - Nazrief Adam "Anak kita? Saya layak ke mengandungkan anak awak? Bukan ke dulu awak cakap awak bersyukur sebab tak ada zuriat dengan saya? Dah lupa semua tu? Ini anak saya. Saya akan jaga dia. Saya sendiri akan pastikan dia bahagia. Jadi tolong jangan ganggu hidup kami lagi." - Kyra Airyna - "Nur Kyra Airyna adalah wanita yang paling istimewa di hati abang. Tak ada siapa siapa boleh gantikan tempatnya. I love you Kyra Airyna." - Nazrief Adam - Start: 4 August 2018 End: 14 January 2020
Miss PA Secret Admirer by danishalhakim
danishalhakim
  • WpView
    Reads 161,514
  • WpVote
    Votes 4,799
  • WpPart
    Parts 23
Puteri Syafirah gadis periang dan cantik seindah wajahnya..baginya perkataan "lelaki" tiada dalam kamus hidupnya..yang dia tahu hanyalah kerja,kerja,kerja.. hinggalah pada suatu hari, dia ditakdirkan bertemu dengan seorang jejaka..wajahnya tampan seperti alden richards(pelakon filipina).. Perasaan cinta mula berputik di hati Tengku Hariz tetapi tidak Puteri Syafirah..baginya Tengku Hariz tidak ubah seperti mana mana lelaki yang baginya tidak berguna satu sen pun..Dan tibalah pada suatu ketika, mereka dijodohkan tanpa persetujuan di hati Puteri Syafirah..atas arahan kedua dua pihak ibu bapa, akhirnya mereka dikahwinkan..ingin tahu apa yang berlaku ? bacalah Miss PA Secret Admirer.. segala persoalan akan terungkai..
Seharusnya Aku by Anihhg
Anihhg
  • WpView
    Reads 40,055
  • WpVote
    Votes 583
  • WpPart
    Parts 57
Perkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa berpisah dengan kekasih yang tercinta. "Aku buat semua ni pun sebab aku fikirkan pasal maruah keluarga aku, kalau fikirkan maruah kau aku tak kisah pun. Aku tak kenal kau, aku tak tahu asal-usul kau macam mana. Jadi jangan harap aku nak cintakan kau" - NIK RAFAEL Adhiya sedar siapa dia di mata Nik Rafael. Segala hinaan dan kata nista lelaki ini diterimanya dengan hati terbuka. Walaupun Adhiya dilayan dengan buruk, tetapi dia tetap mahu mengambil hati suaminya. Tetapi sayang, keikhlasan Adhiya langsung tidak dipandang sebelah mata. "Kau tak payah nak berlagak suci depan akulah. Kalau kau tu betul-betul baik, adik aku takkan tinggalkan kau! "- NIK RAFAEL "Saya tak pernah pun mahu curang dengan awak. Saya masih sedar maruah dan batas saya sebagai seorang isteri. Selagi saya masih menjadi milik awak, saya akan tutup hati saya buat mana-mana lelaki"- ADHIYA SAFIRA Akhirnya, Nik Rafael jatuh cinta pada isterinya. Kesabaran dan ketulusan Adhiya membuatkan Nik Rafael kalah dengan egonya. Tetapi seketika cuma, kehadiran Raziq dan kemunculan semula adiknya menambahkan lagi masalah dan konflik menyebabkan Nik Rafael membenci Adhiya semula. "Selama ni aku percaya kau! Aku cintakan kau! Tapi hari ni, tuhan dah bukak mata aku! Kau bukannya perempuan yang baik!Aku nak kau berambus dari sini!Jangan sesekali tunjuk muka kau depan aku!"- NIK RAFAEL Adhiya membawa diri dengan kesedihan yang tak pernah padam. Saat itu juga, Nik Rafael sedar akan kesilapannya dia menyesal. Dia tak patut melayan isterinya sebegitu.. Seharusnya aku.. membalas ketulusan cintanya. Sesalan demi sesalan menimpa dirinya. Adakah Adhiya akan kembali semula pada suaminya? Dapatkah Nik Rafael menebus segala dosanya pada Adhiya?
Pengorbanan Sang Isteri  by user080708
user080708
  • WpView
    Reads 86,898
  • WpVote
    Votes 2,981
  • WpPart
    Parts 81
Perjumpaan yang tidak terduga antara Zara dan Ryan mengakibatkan mereka saling jatuh cinta. Di saat mereka diulit bahagia, munculnya kekasih lama Ryan menyebabkan dia menjemput cinta lama berputik kembali. Zara disahkan hamil. Di saat dia ingin mengkhabarkan berita gembira ini, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak pernah dibayangkan olehnya. Ryan melayari hidup bahagia bersama Hanim, namun disebalik kebahagiaan mereka seseorang telah menanggung derita. Zara bertambah derita apabila anaknya meninggal ketika umur masih kecil. Lama Zara menyepi. Bila dia bangkit semula, dia dikejar oleh seseorang yang pernah mendambakan cinta kepadanya. Dugaan demi dugaan menimpa Zara. Bertambah kedukaannya apabila Ryan mengungkap kata cintanya pada Hanim di hadapan Zara. Zara diuji lagi dengan hadirnya kekasih lama Hanim. Akibat mendendami Ryan,Zara yang menjadi mangsa sehingga satu saat dirinya bakal diceraikan oleh Ryan. Adakah kebahagiaan menanti Zara di masa akan datang?
TAK SEMPURNA ( Short Story ) by NURADREENAASHEERABIN
NURADREENAASHEERABIN
  • WpView
    Reads 1,048
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 1
✨✨TAK SEMPURNA✨✨
- PENGORBANAN CINTA - [C] by NURADREENAASHEERABIN
NURADREENAASHEERABIN
  • WpView
    Reads 533,645
  • WpVote
    Votes 25,681
  • WpPart
    Parts 106
AMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta boleh membuatkan seorang yang waras boleh jadi gila. Di sebabkan cinta... Mawar sanggup berkorban.Tapi... hanya Mawar sajakah yang berkorban? Tanpa gadis itu tahu... ada seorang lagi yang sanggup berkorban untuk melihat dirinya bahagia. Dyzwar banyak berkorban bagi membesarkan adik kesayangannya.Tapi di sebabkan satu kejadian gelap yang menimpa keluarganya membuatkan Dyzwar kecewa akan Mawar. " Di sebabkan ini! Aku tak nak kau rapat dengan laki!" - Dyzwar. Mawar di paksa berkahwin bersama seorang lelaki yang sedikit berumur.Aryyan Deluca.Pakcik angkat rakannya. Perkahwinan yang di aturkan secara tertutup.Hanya keluarga terdekat saja yang hadir.Dan Aryyan meletakkan syarat hanya rakan - rakannya saja yang di jemput hadir. Awalnya memang gadis itu perlu melalui pahit manis bersama sang suami.Tapi pertengahannya membuatkan gadis itu berbelah bagi. " Uncle Aryyan lamar aku!" - Arissa. " Aku nak halalkan Arissa... tapi kau muasnahkan semuanya." - Aryyan. Di sebabkan satu persahabatan, gadis itu mengorbankan cintanya untuk sang suami demi melihat orang yang dia sayang, bahagia. " Awak kena jadi seorang suami yang baik tau untuk Arissa." - Mawar. Di waktu hari sang suami dan rakannya bersanding.Mawar telah menerima satu surat yang membuatkan jantungnya hampir saja terhenti. "Tolong, sayangkan dia macam mana,saya sayangkan dia." - Mawar. Pengorbanan Mawar terlalu besar.Hanya kerana ingin melihat sang suami, bahagia. Tapi ada seorang lagi yang mengorbankan cintanya lebih besar daripada Mawar. ________ ✨🦋✨ ________ STATUS : COMPLETE