A's - 🤍
5 historias
NADINE SOFEA por sayamelur
NADINE SOFEA
sayamelur
  • LECTURAS 476,203
  • Votos 25,938
  • Partes 50
COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang digelar persahabatan. Bagi Nadine, lebih baik jika hubungan persahabatannya bersama Harlem kekal sampai bila-bila daripada dia harus kehilangan Harlem disebabkan perasaannya yang hanya bertepuk sebelah tangan. Kerana Nadine tahu Harlem hanya menyayangi dia atas dasar seorang sahabat dan tidak akan pernah lebih daripada itu. Perasaan cinta semakin diuji tatkala lelaki yang dicintai dalam diam rupanya mencintai orang lain. Tetapi kebahagiaan Harlem adalah segala-galanya buat Nadine. Jadi Nadine mengalah dan berharap masa bakal menghapus perasaan itu agar dia dapat mengecapi kebahagiaan sendiri. Dan tatkala itu juga dendam Harlem terhadap Nadine memusnahkan segala-galanya.
KARINA  por sayamelur
KARINA
sayamelur
  • LECTURAS 1,085,519
  • Votos 44,011
  • Partes 50
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama Tengku Kaizer keturunan diraja dari Kerajaan Grandbell. Hidup sebumbung bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina mampu menghasilkan satu hipotesis untuk lelaki itu: Semakin Karina mendekat semakin Tengku Kaizer berusaha menjauhkan diri. Namun, Karina tetap nekad untuk cuba mendekati Tengku Kaizer kerana dia percaya takdir Tuhan. Ya, Karina yakin!
LEANNA NOA por sayamelur
LEANNA NOA
sayamelur
  • LECTURAS 163,414
  • Votos 8,786
  • Partes 34
Leanna Noa x Azrael Giovanni Kejadian-kejadian lampau mengajar Leanna Noa bahawa cinta adalah sesuatu yang hanya membawa kepada kehancuran. Dengan kata lainnya, Leanna alergik dengan sesuatu yang bernama cinta. Namun suatu saat semuanya berubah disebabkan kekecewaan Erika yang membawa kepada perkenalan Leanna dengan Azrael Giovanni. Lelaki bangsawan, kacak dan menjadi kegilaan ramai. Penolakan demi penolakan oleh Leanna mencabar ego Azrael. Jadi, pada saat masalah melanda hidup gadis bernama Leanna membuatkan Azrael mengambil kesempatan itu agar dapat menjunjung trofi egonya sehingga langit ketujuh. "I'm the devil that kissed an angel like you."
DIANA  por sayamelur
DIANA
sayamelur
  • LECTURAS 1,452,565
  • Votos 62,728
  • Partes 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perbuatan Cinderella sendiri. Kehadiran seorang 'Putera Hitler' menambahkan lagi ribut taufan sehingga menggoncangkan dunia milik Diana. Namun yang menggoncangkan itu jugalah yang membahagiakan. "Sampai bila-bila pun watak kakak tiri Cinderella macam kau ni orang akan benci." "Habis tu, awak buat apa kat sini? Dah kalau benci sangat dekat saya tu buatlah cara benci." "Aku lain." "Lain apa?" "Aku sayang. Jadi aku buat cara sayanglah."
ARMANI FAIRY por sayamelur
ARMANI FAIRY
sayamelur
  • LECTURAS 60,714
  • Votos 6,081
  • Partes 23
Armani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya untuk pulang. Yang buruk sengaja Tuhan lepaskan, Agar yang baik mempunyai kesempatan untuk datang.