nryannaaa's Reading List
200 stories
Dia, Zayn Raffael (BAKAL TERBIT) by hayysfarisya
Dia, Zayn Raffael (BAKAL TERBIT)
hayysfarisya
  • Reads 416,573
  • Votes 4,805
  • Parts 13
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
Sweet Punishment  [ in editing ] by uchisske
Sweet Punishment [ in editing ]
uchisske
  • Reads 216,813
  • Votes 7,060
  • Parts 32
Ayish Aiman x Aleesya Nabilah cerita rekaan semata-mata, tiada berkaitan yang hidup ataupun yang mati. ________ Aleesya tidak menyangka hubungan cinta yang dibina selama ini hancur begitu sahaja apabila mengetahui kekasihnya berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri. Hancur luluh hatinya, namun Aleesya tidak mahu terus meratapi nasib. Demi membalas dendam, dia mengambil keputusan yang nekad berkahwin dengan Ayish, pak cik sepupu kepada bekas kekasihnya. Pada awalnya, perkahwinan itu hanya sekadar perjanjian tanpa cinta. Namun, sedikit demi sedikit, kebahagiaan mula menyapa hati Aleesya apabila Ayish melayaninya dengan penuh kasih sayang. Hubungan mereka semakin erat dan cinta mula berputik. Namun, ketika kebahagiaan terasa semakin dekat, sebuah rahsia dari masa silam Ayish terbongkar, membuatkan Aleesya mula meragui keikhlasan suaminya. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Ayish? Mampukah Aleesya menerima kenyataan tersebut, atau kebahagiaan yang baru dibinanya akan runtuh sekali lagi? _______ ⚠️ 18+
Sweetie Mr Mualaf ✔️  by mayiraa
Sweetie Mr Mualaf ✔️
mayiraa
  • Reads 166,599
  • Votes 12,296
  • Parts 59
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsung. He's an atheist. Apa yang dia tau, semua benda terletak pada nasib diri. Kalau malang, malang lah, begitu juga sebaliknya. "I doesn't believe God and yes I'm an atheist" -Chris Wilkins Aliesya Ezryn, wanita yang telah terberi hatinya pada sang lelaki. Tetapi, bagaimana mahu diluahkan? Dia seorang Muslimah dan jejaka itu pula... He's non muslim! "Aku akan pastikan kau jadi saudara seislam aku" -Aliesya Ezryn "Oh yeah? OKEY we'll see" -Chris Wilkins Kalau dah namanya Aliesya Ezryn, mesti keras kepalanya. Tetapi, mahukah lelaki yang bukan muslim itu mendengar cakapnya? Atau hanya diperlekehkan? Tapi hati sang hawa sudah tekad. Adakah cintanya bertepuk sebelah tangan? "Wahaha...itu azan bukannya jajan lah Chris" - Aliesya Ezryn "Ish, tu Shin la bukan Chin berapa kali nak cakap?" -Aliesya Ezryn "Ha,panjang sikit harkat dia" -Aliesya Ezryn "Ha, macam mana puasa pertama? Penat?" -Aliesya Ezryn Banyak juga yang telah dibuat oleh sang hawa yang dibantui keluarganya untuk mendapatkan saudara Islam baru iaitu Chris.Tapi, adakah kejayaannya itu realiti atau hanya sekadar MIMPI? "I want to know the miracles of Islam more" -Chris Wilkins "Remember, masuk Islam kerana Allah, bukan cinta" ⚠️Grammar yang agak tidak berapa mantap Penulisan saya tak matang kerana kurang pengalaman dan pengetahuan tentang alam semesta k bye. Beautiful cover and banner by @Purnama_Min🤙🏻❤️ Completed ♡︎☻︎
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
UNKNOWN [COMPLETE]
CIK_ZALIKHA
  • Reads 868,924
  • Votes 78,446
  • Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Gears of Desire | ©️ by mslalysa
Gears of Desire | ©️
mslalysa
  • Reads 154,096
  • Votes 5,992
  • Parts 96
ZAYYAN RIZWAN Seorang pomen yang hidupnya penuh dengan minyak hitam dan bunyi mesin, hidup dengan cara yang biasa-biasa. Takdir berputar apabila dia bertemu dengan seorang wanita bertatu kecil di lengan kiri, dan sejak saat itu, hidupnya berputar seratus lapan puluh darjah. Dari seorang lelaki biasa, Zayyan naik ke puncak dunia fesyen sebagai model lelaki yang dihujani kemewahan. Kaya, terkenal, dan penuh misteri. Namun, di balik senyuman menawan dan kehidupan glamor, Zayyan menyembunyikan kisah silam yang kelam, sebuah rahsia yang hanya dia tahu, siapa dia sebenar, dan darimana asalnya. "Aku tak pernah peduli, tapi dia... dia buat aku nak tahu." - ZAYYAN RIZWAN HARLYN VEE CEO Nyssalyn Luxe International, lahir dari darah Cina dan Rusia, kecantikannya dingin, keanggunannya tajam. Dia membina empayar tanpa bergantung pada sesiapa, apalagi lelaki, makhluk yang paling dia benci. Setelah perceraian ibu bapanya, ibunya berkahwin dengan lelaki Islam. Namun, ada sejarah yang dia simpan rapat, sejarah yang terukir di tangan kirinya, tersembunyi di balik tinta yang tidak pernah pudar. Satu hari, seseorang melihat tatu itu. Dan semuanya mula runtuh. "I don't need saving, I am the reason storms exist." - Harlyn Vee Dalam dunia yang penuh dengan ego, tarikan, dan keinginan, Zayyan perlu menghadapi kenyataan bahawa dia tidak boleh lari dari apa yang ditakdirkan untuknya. Gears of Desire adalah perjalanan Zayyan mencari kebenaran di sebalik rahsia yang mengikatnya, dan seorang perempuan yang tak sengaja mengubah seluruh dunia yang dia kenal. Dengan setiap langkah, Zayyan semakin dekat dengan dunia yang jauh lebih berbahaya dan penuh dengan godaan, tetapi ada satu perkara yang jelas, apabila dua dunia yang berbeza bertembung, tiada siapa yang akan keluar sama seperti mereka yang masuk.
Silent Revenge (C) by ghostdoublewriter
Silent Revenge (C)
ghostdoublewriter
  • Reads 17,727
  • Votes 2,246
  • Parts 53
Alexander Lee, seorang ahli perniagaan muda yang dingin, tenang, dan penuh rahsia. Di sebalik wajah tanpa emosi itu, tersembunyi kisah silam yang membuatnya sukar mempercayai sesiapa. Namun, hidupnya berubah apabila seorang gadis bernama Alayna Humayra muncul secara tidak dijangka. Alayna, seorang wanita yang keras kepala dan lantang bersuara, tidak pernah menyangka satu kesilapan akan memerangkapnya dalam dunia Alexander. Sebagai hukuman, dia dipaksa menandatangani kontrak kerja seumur hidup. Menjadikannya pembantu peribadi kepada seseorang yang berhati dingin. Dua insan berbeza dunia ini mula bertembung dalam pertempuran ego dan perasaan. Dalam kebencian yang membara, hadir percikan emosi yang sukar dinafikan. Saat mereka sedang membina impian bersama, takdir merentap kebahagiaan itu dengan satu kejadian tragis. Sejak itu, ia meninggalkan kesan yang mendalam buat Alexander. Dalam diam, Alexander mula mengatur rancangan dan memburu untuk membalas dendam. Satu persatu rahsia dan punca kejadian itu mula terungkai. Hak Cipta Terpelihara Zoo Haiwan Liar Royal Elite (F²H²A² ELITE)
FIGHT FOR LOVE [C] by leesophielia
FIGHT FOR LOVE [C]
leesophielia
  • Reads 967,124
  • Votes 72,118
  • Parts 58
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [COMPLETED] by Cottoncandy_05
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [COMPLETED]
Cottoncandy_05
  • Reads 870,863
  • Votes 42,495
  • Parts 50
First vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan, mabuk sana sini dan selalu menganggur sahaja. Darya Amara- Seorang gadis yang dipandang sempurna kerana dilahirkan di dalam keluarga berada. Hakikatnya, kehidupan sebenar gadis itu bagaikan dikurung dalam sangkar burung oleh ibunya sendiri selepas satu insident buruk yang menimpa ketika dia berumur 10 tahun. Dua insan yang disatukan atas dasar keluarga. "𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐨𝐧𝐥𝐲 𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐡𝐨 𝐜𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐦𝐞" -𝒟𝒶𝓇𝓎𝒶 𝒜𝓂𝒶𝓇𝒶 Cinta? Love is the reason why there's pain. "𝐀𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐮𝐫𝐞? 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐜𝐡𝐨𝐬𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧" -𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓢𝓱𝓪𝓱 𝓗𝓪𝔂𝔂𝓮𝓼 Si gadis mengingatkan selepas dia berkahwin dengan Hayyes hidupnya akan berubah dan akhirnya dia dapat mengecapi bahagia yang dia inginkan. Tetapi sebaliknya, dia telah masuk ke dalam neraka ciptaan suaminya sendiri. Dapatkah Darya melalui hidupnya dengan normal semula? Atau akan ada seorang Knight in the shining armour datang menyelamatkannya. Start: 6 September 2022 End: 8 March 2025 Best Rankings✨ #1 in revenge #1 in arrange marriage #1 in tragedy #2 in plot twist #
Bunga milik Aryan [C] by mrs_rowan
Bunga milik Aryan [C]
mrs_rowan
  • Reads 176,763
  • Votes 4,604
  • Parts 61
Hubungan antara dua kanak kanak kecil itu sangat rapat. Malah semua orang ingat bahawa mereka adalah adik beradik. Aryan ialah anak orang kaya, berkawan dengan Lily yang merupakan anak kepada orang gaji dalam rumah keluarga besar itu. Aryan mempunyai perasaan yang hebat terhadap gadis itu walaupun umurnya masih mentah namun satu tragedi yang buruk memisahkan mereka. Kedua dua ibu bapa Aryan meninggal dunia disebabkan oleh orang gajinya iaitu ibu kepada Lily. Setelah bertahun lama terpisah. Mereka masing masing mempunyai hidup sendiri sehinggalah takdir mempertemukan mereka semula. Apakah lelaki itu akan memaafkan cinta pertamanya itu?
𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂 by _fleurloving00
𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂
_fleurloving00
  • Reads 159,369
  • Votes 7,120
  • Parts 49
[ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄 ] 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 - Seorang CEO Purnama Biru.Terkenal dengan rupanya yang tak kalah menawan bak bidadara kiriman tuhan membuatkan ramai para gadis terjatuh hati dengan jejaka itu.Namun,Umar menyimpan satu rahsia yang bertahun dan rahsia itu tidak diketahui orang sekelilingnya. 𝐍𝐚𝐮𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐲𝐞𝐬𝐡𝐚 - Seorang doktor dan juga tak kalah dengan rupanya yang jelita dan mampu mencairkan hati para kaum Adam.Naura seorang yang pemurah dengan senyuman namun disebalik senyumannya itu siapa tahu dia menyimpan seribu satu keperitan yang boleh bermain dengan mentalnya sendiri. "Kalau Nabi Muhammad ada Aisyah,abang pulak ada Ayesha. Saling melengkapi antara satu sama lain sebagai suami isteri." - Umar Al-Fateh "Sebagai suami isteri, bukan ke kita patut ada di waktu susah dan senang ? Kenapa abang sanggup nak lalui kesusahan tu sendiri ? " - Naura Medina Ayesha "Abang minta maaf, sayang. " - Umar Al-Fateh Permulaannya, kisah cinta mereka memang terlihat bahagia tapi pengakhirannya tidak seindah yang disangka. Mampukah dua insan yang saling mencintai ini hidup bahagia bersama ? Mampukah Naura menerima segala garis takdir yang sudah ditentukan oleh Dia ?