• • • ― 🥀
6 stories
UGLY DUCKLING by Hawa_Eve
Hawa_Eve
  • WpView
    Reads 56,464
  • WpVote
    Votes 7,800
  • WpPart
    Parts 33
"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster. Itulah dirinya.. Muhammad Eesa. Kejian dan hinaan, seolah sudah sebati dengan dirinya. Ada pandangan kasihan, simpati.. tapi dia tahu, hanya dengan itu saja tidak cukup untuk membuat mereka menerima keadaan dirinya seadanya. Manusia terlalu mementingkan rupa. dia tahu itu. Tapi tidak bagi sigadis.. yang mengagumi si jejaka. hanya dia yang melihat Eesa dengan pandangan kekaguman. Si gadis yang digelar puteri mengagumi jejaka yang digelar raksasa. "Dia tak cacat! Dia tak hodoh! Dia bukan monster! Dia hero. Dia selamatkan Poetry."- Poetry Sakeenah Orang kata cinta itu buta.. Tidak, cinta tidak buta. Manusia yang buta kerana tidak melihat menggunakan mata hati. Ini bukan cerita dongeng Beauty and the Beast. Ini kisah Poetry and The Ugly Duckling. ******** Kasih yang dipupuk sejak kecil, tidak akan selamanya menjadi cinta. Jarak dan masa menjadi pemisah. Hati dan ingatan tak pernah juga berubah. Masa dewasa mempertemukan mereka kembali. Tapi tidak seindah dongeng dimalam hari. Dimana sang puteri dan sang hero bertemu lalu cinta dan bahagia mengakhiri. Jauh berbeza sekali. "Bila dua hati bertemu dan terpaut, tidak semestinya terus diakhiri dengan percintaan.." "A..ap..apa?" "Kerana ada perkara yang lebih penting dari itu.."
EMPTY  CAN by Hawa_Eve
Hawa_Eve
  • WpView
    Reads 12,882
  • WpVote
    Votes 2,103
  • WpPart
    Parts 21
▪ Dalam tempoh pengeditan. Maaf kalau ada yang keliru di tengah pembacaan.▪ Re-edit Empty Can. Di dalam dunia ini terlalu banyak perkara yang mengelirukan. Dan tiada penjelasan untuknya. Kadang ketika kau tersenyum, terasa lebih perit dibanding ketika kau menangis. "Dulu aku pernah tertanya-tanya sendiri, kenapa orang pandang aku macam tak ada harga diri? Apa beza aku dan mereka? sedangkan aku juga orang yang paling berkerja keras untuk menampung hidup sendiri. Tapi kenapa bayaran dari kerja kerasku terlalu murah? Kenapa aku terlalu hina di mata masyarakat?" Si pengutip tin kosong. "Kalau kau tak percaya yang manusia cepat berubah, pandang aku. Aku. Contoh paling nyata." Laila. The elegant introvert. "Kalau dulu mak aku buang aku di depan masjid dan bukan di depan gereja, adakah mungkin untuk aku menjadi seorang beragama islam sekarang?" Andrea. The numb guy. "Dengan hidayah dan kehendak Allah Azza wa jalla. Jika kau sendiri yang buka hati untuk menjadi seorang mukmin sejati, kau tak perlukan kemungkinan. Sekarang juga kau boleh menjadi seorang mukmin." Hilmi. The empty can. Ini keratan perjalanan hidup manusia. Yang perlahan berubah mengikut kehendak dan takdir. Bermula dari kanak kanak yang naif dengan aturan dunia hingga menjadi remaja kosong dan dewasa yang tercari cari arah dan petunjuk hidup.
SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (PROSES TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 332,595
  • WpVote
    Votes 45,161
  • WpPart
    Parts 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina diasak keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar... Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli Rangkasa termasuk kerugiannya sekali. Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi.. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi. Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi? #1 politik
N A S U H A (Terbit) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 207,931
  • WpVote
    Votes 17,297
  • WpPart
    Parts 22
Comedy | islamic | friendship __________________________________ Dari sebuah kesilapan, berdarah menjadi kesalahan. _____________________________________ Hanya bermula dari tersilap panggil, "Nama kau apa?" "Ally." "Ali?" Akhirnya berubah menjadi satu kesalahan fatal dalam kehidupan Ally Nasuha. • • •
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 303,903
  • WpVote
    Votes 7,038
  • WpPart
    Parts 19
||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan mengetahui keperitan itu. Dan di sini juga kisah di mana dia hendak meraih kembali maaf sahabatnya yang pernah dia khianati satu waktu dahulu. Luqman Annasaie. Warda Ashikin. Ini bukan kisah cinta yang klise untuk ditatap. Sungguh, bukan kisah cinta klise. Tamat pada 4 Mac 2019
Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer) by elvrosethrones
elvrosethrones
  • WpView
    Reads 138,481
  • WpVote
    Votes 15,670
  • WpPart
    Parts 26
KISAH SEORANG CINDERELLA. atau BUKAN. Because perhaps, this is a story about Cinderella's revenge.