aliey_afics's Reading List
22 stories
ALTHAF DAFFA (C) by fyrrose
fyrrose
  • WpView
    Reads 873,651
  • WpVote
    Votes 27,185
  • WpPart
    Parts 98
Gara-gara sang lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada Faaeqa Farha lari pada hari akad nikah mereka. Cukup malu dan terasa di khianati menyelubungi diri. Tiba-tiba... "Biar saya jadi pengganti"- Althaf Daffa Faaeqa seakan tidak percaya dan tak terima apa yang dia dengar. Pelbagai persoalan kenapa dia sanggup ganti tempat bekas tunangnya. Kenapa dia sanggup bernikah dengannya. Akhirnya dia setuju atas pujukan keluarga. "Hai, my little wife. You're mine now. From this day forward, you belong to me"- Althaf Daffa "Dalam mimpi awak"- Faaeqa Farha "Don't tempt me. Nak tak nak kau kena terima yang aku suami kau, shorty"- Althaf Daffa Althaf Daffa, ayah saudara kepada bekas tunangnya. Faaeqa pada mulanya tidak terima akhirnya redha si dia menjadi suami walaupun umur beza 14 tahun. Pelbagai dugaan bila menjadi isteri kepada si duda tua. Macam-macam cara Faaeqa cuba buat Althaf jengkel terhadap dia tapi gagal. Ada saja balasan si suami tua membuatkan Faaeqa tercabar. Akhirnya Faaeqa terjatuh cinta kepada Althaf Daffa yang tidak jemu dan sentiasa sabar akan diri nya. Tetapi tak semesti dalam perkahwinan sentiasa bahagia. Perkahwinan mereka di uji apabila bekas tunang iaitu Ezzat Daniel kembali menghantuinya. "Banyak-banyak lelaki kenapa bapak saudara aku, kau kahwin ?!"- Ezzat Daniel "Suka hati aku lah nak kahwin dengan sesiapa pun ! Kau ingat siapa yang tinggal siapa !"- Faaeqa Farha Adakah perkahwinan mereka akan kekal ? Adakah Ezzat akan berjaya merampas Faaeqa dari Althaf ? Adakah Althaf akan sentiasa melindungi isterinya ? "I don't care if you're my niece but I never let you touch what mine"- Althaf Daffa START: 08/01/2025 END: 30/9/2025
Jika Kau Yang Memiliki || Editing by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 99,507
  • WpVote
    Votes 5,195
  • WpPart
    Parts 60
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 3 Mac 2025 End:-23 Disember 2025
Entwined [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 15,171
  • WpVote
    Votes 1,007
  • WpPart
    Parts 55
Universiti Crownvale, nama dan pengaruh adalah mata wang yang paling mahal. Dan takhta tertinggi dipegang oleh lima pelajar elit, Echeleon Five. Digilai. Ditakuti. Tidak tersentuh. Tetapi semuanya berubah apabila Hael Iskandar melangkah masuk ke kampus dengan matlamat tunggal. Hasratnya untuk membongkar misteri kematian adiknya, Harith Daniel, yang disembunyikan di balik sistem korup Crownvale. Satu-satunya petunjuk? Sebuah video terakhir. Dan nama terakhir yang Harith sebut dalam tangis dan luka, "Zenia... tolong aku..." Namun wanita itu hanya duduk, membisu, menyaksikan. Zenia Alayra, ahli tertinggi Echeleon Five yang langsung tidak terusik emosi. Dalam diam, Hael menghampiri. Tapi apa yang dia jumpa bukan sekadar kebekuan... tapi luka, dan sesuatu yang lebih kompleks dari kebencian. "You watched him fall." Suara Hael perlahan, tapi penuh bara. "I watched the system let him die." Zenia membalas tenang, mata tetap tidak berkelip. "You could've stopped it." "And so could've you. But you were too late, weren't you, brother?" Dan dalam bayang permainan mereka, berdiri seorang lelaki yang tidak pernah belajar melepaskan, Tengku Ashraff Raees. Pewaris berdarah usahawan elit, juga pencinta yang tidak pernah dipilih. "Aku benci cara kau pandang dia. Zenia is mine." Suara Ashraff keras. "At least I look at her like she's real. Not some trophy on a shelf," sindir Hael. "You don't know what she's capable of." "Neither do you." Terbit senyuman sinis di bibir Hael. Cinta, benci, dan dendam mula bersilang. Dan kebenaran yang selama ini terkubur di Crownvale, akhirnya mula menggali jalannya ke permukaan bersama darah, air mata, dan harga yang tidak semua sanggup bayar. Dalam permainan penuh muslihat, rahsia dan dendam... adakah kebencian cukup kuat untuk menolak rasa yang semakin menular? Atau... cinta itulah kelemahan yang akan menjatuhkan segalanya?
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 392,580
  • WpVote
    Votes 19,586
  • WpPart
    Parts 54
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
CORAK RAHSIA (LATE UPDATE) by luvleytien
luvleytien
  • WpView
    Reads 4,288
  • WpVote
    Votes 558
  • WpPart
    Parts 6
Syed Firdaus Maleeq seorang detektif yang berdedikasi, bertugas dalam Unit Jenayah Berat dengan pangkat Inspektor Detektif. Malamnya sentiasa dipenuhi dengan kejahatan namun kehadiran Yasmeen Qaisara telah mengubah kegelapan hidupnya. Wanita itu umpama bulan yang tidak lekang menemani dan menerangi dirinya di setiap jejak malam. Namun begitu, kemunculan kes pembunuhan berantai yang meninggalkan corak pelik pada setiap mangsa telah membebankan setiap helaan nafasnya. Maleeq dan pasukannya ditugaskan memburu pembunuh kejam yang meninggalkan jejak berdarah tanpa wajah. Maleeq tidak menyangka jejak itu akan membawanya ke satu nama yang selama ini terlalu hampir. Semuanya mula berkait dengan kisah silam keluarga isterinya. Siapa sebenarnya yang dikejar? Dan siapa sebenarnya yang selama ini menyembunyikan kebenaran? Goodbye romance. Hello bullets, betrayal and buried truths. start : 25.7.25
Kampung Village [C] by nurqisminasofia
nurqisminasofia
  • WpView
    Reads 2,509
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 5
Ema, Mun dan Syukri merupakan sahabat insta famous. Mereka suka mencuba makanan-makanan yang viral. Seseorang telah recommend di bahagian komen di instagram mereka mengenai kari ikan yang boleh dianggap tiada tandingan di sebuah perkampungan yang agak pelik bagi mereka iaitu Kampung Village. Bermulalah pengembaraan mereka di kampung yang terasing dari mata penduduk setempat itu. **** Kepada yang sudi baca, terima kasih. ^_^
ATMA AKASA [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 673,662
  • WpVote
    Votes 38,368
  • WpPart
    Parts 40
[ BOOK 1 ] Kala langit dan laut terjatuh cinta, Muaz menjadi korban takdir. Sepasang sayapnya patah. Dia tak bisa lagi untuk terbang tinggi. "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni jadi manis" - ATMA MALAIKA "Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas dan tak menyusahkan orang yang cari ikan. Dasar scammer ikan" - MUAZ AKASA Dari kerja di langit, darat dan laut. Muaz tak pernah ketemu gadis aneh seperti Atma Malaika. Sangat tiba- tiba dan random. Sangat bertentangan dengan Mika, Kimi dan Haji Samir. "Perempuan bodoh! Sekali bodoh, selamanya lah kau bodoh!" Oh? Ada sesuatu yang perit kembali mencengkam dada Muaz. Melihat mata Malaika yang jernih itu berkaca. Buatkan jiwa Muaz yang dah lama mati tiada rasa ini, seakan hidup kembali. Rasa sakit. Dah lama aku tak rasa sakit begini.. - Ini kisah Muaz Akasa, penghuni bumi yang pernah menumpang di langit. Menyewa di darat, sekarang menetap di lautan. Sepasang sayapnya yang patah seakan tumbuh kembali kena hadirnya dia. Dia 'jiwa' yang baru. Jiwa Muaz Akasa, Atma Malaika.
MIA MOGLIE [revamp] by AireenFea
AireenFea
  • WpView
    Reads 1,782
  • WpVote
    Votes 81
  • WpPart
    Parts 5
Sebastian Royce & Aralynn Ivelle #²¹ fiction Mula : 9/1/2025 Tamat : ?
MANJA LEILA : HIS HOME by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 178,425
  • WpVote
    Votes 13,264
  • WpPart
    Parts 39
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE PUBLISH DATE : 1/9/2025 - ??? ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 58,117
  • WpVote
    Votes 4,159
  • WpPart
    Parts 22
Di sebalik dunia akademik yang penuh tekanan dan silibus yang membunuh jiwa, Mina Alaya, seorang pelajar PhD berwajah tenang tetapi penuh prinsip perlu berdepan dilema paling getir dalam hidupnya. Tesis yang tidak siap, penyelia yang bersara mengejut dan kini... seorang profesor baharu yang dikatakan lebih tegas daripada komando. Namun dia tidak gentar. Bukan mudah menjadi Alaya, seorang model sambilan yang bergaya tetapi tetap menjaga batas di tengah-tengah lautan gosip dan pandangan serong. Di antara helaian kertas kajian dan skrin komputer yang memaparkan draf keempat tesisnya, dia berjanji untuk menamatkan perjuangan ini dengan atau tanpa bantuan sesiapa. Tapi bila profesor muda dari UKM itu akhirnya muncul dengan wajah tenang, mata tajam dan aura yang terlalu sukar untuk diabaikan, Alaya sedar semester ini mungkin akan menjadi lebih panjang dari yang dijangka. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah antara cita-cita, ego dan godaan rasa. Dan kadangkala, hati yang paling keras pun boleh tewas pada yang tak dijangka.