langitAllah's Reading List
6 stories
Tetamu Tuhan 50 Hari by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 5,541
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 5
Novel Tetamu Tuhan 50 Hari membawa pembaca meneliti kisah Wasim, seorang pemuda berusia awal 30-an. Walaupun mempunyai isteri yang solehah, dia hidup terumbang-ambing dengan pendapatan yang cukup-cukup makan, solat tunggang langgang, kuat hisap rokok. Dia juga merupakan seorang anti-sosial, tidak betah bergaul dengan orang ramai. Tetapi tanpa disangka-sangka, Wasim mendapat panggilan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 Hari, bagi menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ditanggung! Bagaimanakah Wasim menghadapinya?
Membunuh Muhammad by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 3,087
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 5
Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab juga tidak berdiri dan bersedia untuk kemungkinan terburuk. Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi yang besar - MEMBUNUH MUHAMMAD. Satu usaha drastik yang bermatlamatkan pengakhiran pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus'ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun. Bagaimana pengakhiran Saga HERO ini? Sudah pasti jalan perjuangan ini tidak sunyi dari cabaran yang menggegarkan!
HERO by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 12,627
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 7
HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupanya, tragedi itu dirancang sebuah organisasi rahsia. Didedahkan dengan kenyataan tersebut, Amir Faheem menyarung Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) untuk menuntut bela. Tetapi selepas dua tahun berusaha, Amir Faheem masih gagal. Menambah serabut hidup dia, Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna sebab bapanya sudah wasiatkan demikian. Jika tidak dipatuhi, semua harta yang diwarisi Amir Faheem akan diberi kepada anak yatim. Makin bengang lah dia sebab ada Jabatan Agama pula di rumah, sedangkan dia hidup tak solat, perokok tegar, Al-Quran lagi tak pernah sentuh. Nak kena jaga identiti sebagai HERO lagi. Menambah konflik, muncul satu watak jahat yang sangat misteri, sangat menggerunkan, menganggu gugat operasi Amir Faheem sebagai HERO. Kerajaan Malaysia pula korup, lagi tambah buat dia frust. Ya, ini cerita HERO yang lain macam sikit. Konflik dia bertingkat-tingkat!
Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 227
  • WpVote
    Votes 12
  • WpPart
    Parts 4
Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta memuatkan 24 cerpen karangan Hilal Asyraf yang bertemakan percintaan, pernikahan dan rumah tangga, serta meneroka makna cinta yang lebih luas lagi. Cerpen-cerpen ini banyaknya dikarang sebelum Hilal Asyraf berumah tangga pada tahun 2012, menjadikan ini antara kumpulan karya terawalnya juga.
TAKDIR - Cahaya Yang Tidak Terpadam by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 6,247
  • WpVote
    Votes 111
  • WpPart
    Parts 6
Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan dan mengabsahkan Kerajaan Utopia miliknya. Dengan meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuasaan jeneral-jeneralnya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia. Di tengah kegelapan yang pekat ini, rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun terpadam. Pun begitu di tengah padang pasir luas, Kerajaan Tanah Haram Makkah antara yang masih percaya kepada janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya dan meneruskan perjuangan menentang Sang Ashura. Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti, diamanahkan bapanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, membawa obor bagi mengubah keadaan dunia. Apakah dia merupakan cahayanya?
Sinergi by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 472
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 5
Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan merupakan dua sahabat yang amat erat hubungannya. Sudah seperti adik beradik. Kedua-duanya belajar di Irbid, Jordan dan merupakan pelajar yang disegani di sana. Sehinggalah sekumpulan pelajar bermasalah datang menyambung pengajian di sana, dan menggegarkan komuniti pelajar melayu di Irbid. Hubungan antara Irfan Hakimi dan Rasyid pula teruji kerana Sara Nasuha. Pada masa yang sama, satu watak misteri di sebalik tabir sedang berusaha menghancurkan kehidupan Irfan Hakimi. Konflik demi konflik menguji. Mampukah mereka bersinergi untuk menghadapinya?