The best
66 stories
My Ice Prince Hubby ❄✔ by BabyUmao
BabyUmao
  • WpView
    Reads 3,988,322
  • WpVote
    Votes 145,244
  • WpPart
    Parts 78
Ain Airana mengharap hidupnya di Addam Lincoln University akan baik2 saja. Namun, sejak dari hari pertama Ain Airana berada di universiti itu, dia sering bertembung dengan anak Dato' Syukri, Amirul Aiman. Aiman seorang 'Ice Prince' yang dingin dan pendiam tetapi sangat popular di kalangan pelajar universiti itu. Namun kehadiran Ain Airana betul2 mencabar kesabaran dirinya. "Did you do this on purpose, Miss Airana?" -Amirul Aiman "MAAF MAAF MAAF! SAYA BETUL2 TAK SENGAJA!!" -Ain Airana Sehinggalah satu kejadian telah memaksa mereka untuk berada dalam suatu ikatan perkahwinan. Namun,kedinginan si suami hanya membuatkan hati Ain terluka. Tetapi Ain nekad untuk memikat hati suaminya. Mampukah Ain Airana mencairkan hati ais Si Hubby a.k.a Ice Prince itu?
Sweet Revenge [C] by sehun901
sehun901
  • WpView
    Reads 81,733
  • WpVote
    Votes 2,454
  • WpPart
    Parts 22
"kau tu dah la gemuk,muka berjerawat lagi...jangan berangan lah nak jadi bini aku" - Harith Andrew "kau ingat kau hensem sangat ke...tolonglah kalau setakat macam kau berlambak kat tepi jalan tau" - Adelia Humairah Adelia Humairah,seorang gadis yang periang tetapi penuh dengan misteri. Dia menyukai Harith dalam diam. Dicaci dan diherdik sudah menjadi makanannya. Harith Andrew,seorang lelaki kacak kacukan inggeris yang bijak tetapi sombong.Disatukan dengan Adelia membuatkan dia bertambah benci dengan gadis itu kerana rupa parasnya yang "kampung". Dapatkah Adelia membalas dendamnya ataupun Harith menerima Adelia setelah semua misteri terungkai??? Baca kisah selanjutnya dalam novel ini. -hope u guys like it- #sis first time # slow update #wattys2018
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,668,140
  • WpVote
    Votes 178,804
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?
My Husband Mr Bully? by starsvanilla
starsvanilla
  • WpView
    Reads 1,713,046
  • WpVote
    Votes 82,252
  • WpPart
    Parts 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwin dengan calon pilihan papanya. Dan paling teruk pilihan papanya ialah Adrian Harris! Adrian Harris. Namanya cukup gerun apabila disebut. Adrian memiliki pakej yang lengkap iaitu kacak, pandai, kaya, dan berbakat. Tetapi dia ialah pembuli?! You are really bad guy Adrian. "Awak ni tak cukup ke dah hancurkan zaman sekolah saya? Apa yang awak nak lagi daripada saya?"- Mia Elysha "Aku ni macam chewing gum. Kalau dah lekat, kau susah nak tanggalkan"- Adrian Harris Apa akan jadi apabila senior yang selalu bulinya muncul kembali? Saksikannya dalam novel My Husband Mr Bully?
(E-BOOK) NUR QASEH  by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 2,682,242
  • WpVote
    Votes 86,102
  • WpPart
    Parts 42
Regular price : Rm20 RUJUK LINK INSTAGRAM UNTUK PEMBELIAN EBOOK 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡, 𝐛𝐚𝐫𝐭𝐞𝐫, 𝐬𝐮𝐛𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞, 𝐫𝐞𝐦𝐮𝐧𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐦𝐞𝐧𝐝𝐬. "𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠. 𝐊𝐚𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐮." 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐥𝐤𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐍𝐮𝐫 𝐐𝐚𝐬𝐞𝐡?
Tirai Dosa Kelmarin - Arsha Wee by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 1,494
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 19
TIRAI DOSA KELMARIN ISBN No : 978-967-0657-03-5 JUMLAH MUKA SURAT : 874 BLURB :- Nur Imanina - Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya. Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci. Kehancuran hidup gara-gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam. Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya. Terbit rasa kasih, terbina juga rasa sayang yang amat mendalam. Kasih sayang yang bertaut dengan Zarif Aimin akhirnya menemukan dirinya dengan Iman Faliq yang kelihatan serba sempurna. Iman Faliq - Biarpun mempunyai paras rupa yang sempurna, namun hati menggenggam erat kekesalan akibat dosa yang pernah dia lakukan di masa lampau. Dan kerana dosa kelmarin, ketenangan hidupnya sudah lama terhenti. Demi sebuah kemaafan dan keampunan, kini dia tercari-cari empunya diri yang pernah diragut kebahagiaannya. Kemunculan Nur Imanina yang lembut dan penuh kasih mula meruntun sanubari. Namun sebuah kenyataan maha hebat menyentak seluruh perasaannya, Nur Imanina adalah wanita yang pernah dianiaya suatu waktu dahulu! Jadi sekarang, layakkah dia melutut dan merayu demi sebuah keampunan? Dia inginkan kedamaian, inginkan masa depan yang lebih indah bersama insan yang pernah dia lukai, namun hati Nur Imanina begitu keras untuk dimiliki. "Kalau saya tak nak, apa awak boleh buat?" - Nur Imanina "Saya akan pastikan, takkan ada lelaki lain yang boleh kahwin dengan awak selain saya!" - Iman Faliq Namun takdir Allah mengatasi setiap percaturan manusia, akhirnya Nur Imanina dan Iman Faliq bersatu sebagai suami isteri yang sah. Tanpa jemu Iman Faliq cuba meraih kemaafan si isteri, dan dia berusaha menjadi suami yang baik demi membahagiakan Nur Imanina yang pernah dilukainya. Namun cukupkah beribu-ribu kasih sayang yang dicurah oleh Iman Faliq terhadap Nur Imanina? Dan mampukah terhapus dosa kelmarin tatkala ada hati yang masih terluka?
Perangkap Dua Hati -Farisya Natasya by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 806
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 11
PERANGKAP DUA HATI ISBN No : 978-967-11882-2-4 JUMLAH MUKA SURAT : 573 BLURB :- Cinta tidak semestinya mudah untuk bersatu. Ungkapan itu menggambarkan perjalanan kisah Nuh Qays dan Qisya Zulaikha yang saling memendam perasaan semenjak dari zaman universiti lagi. Biarpun ada rasa indah di hati, namun segalanya terpaksa dipendamkan gara-gara kebencian adik Nuh Qays terhadap Qisya Zulaikha. Kemunculan Izdiyad yang menghimpit diri, ditambah dengan tohmahan-tohmahan busuk dari mulut sepupunya sendiri, Qisya Zulaikha kian sesak mengatur hidup. Tiga tahun menjalani kehidupan masing-masing, sekali lagi jodoh menemukan mereka berdua. Mengikut aturan takdir yang telah ditentukan, Nuh Qays akhirnya bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan gadis idamannya itu. Biar banyak halangan yang mendatang, dia tekad untuk berjuang. Dan kali ini dia berikrar untuk melindungi Qisya Zulaikha dari gangguan Izdiyad mahupun adiknya sendiri, Qairina. Di kehidupan mana manusia mampu lari dari menghadapi ujian Tuhan? Dan apa yang berlaku kali ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Qisya Zulaikha. "Tolong Ikha mak su. Ikha kena nikah malam ni juga. Tolong datang ke sini. Ikha perlukan kekuatan." - Qisya Zulaikha. Dan di atas rasa tanggungjawab terhadap salah faham itu, Nuh Qays menghulur tangan untuk memperisterikan Qisya Zulaikha. "Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Saya harap tak ada perkataan menyesal dalam diri awak tentang pernikahan kita." - Nuh Qays Mampukah sebuah perkahwinan atas rasa tanggungjawab melenyapkan segala duka dalam catatan hidup Qisya Zulaikha? Dan cinta yang dipupuk selepas pernikahan, mampukah ia kekal bahagia selamanya?
Pernah Benci - Mia Azwari by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 894
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK : PERNAH BENCI PENULIS : MIA AZWARI BLURB: Cinta pandang pertama Daim terhadap Raiqa membuatkan dia menjadi pencinta setia. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan gadis kesayangannya bahagia sehingga mereka berdua berkahwin pada usia muda. Tetapi Daim tidak sedar di sebalik hubungan itu, dia hanya dipergunakan. Rumah tangga mereka mula diuji disebabkan campur tangan orang luar. Raiqa yang tertekan gara-gara sikap ibu mentuanya, nekad meminta perpisahan. "Selama ni aku bodoh. Salah pilih suami. Kalau aku tahu hidup aku susah macam ni, aku tak ingin nak terima kau sebagai suami." - Raiqa "Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan perempuan yang tak ada perasaan macam kau. Kau masih tak ada rasa malu lepas kau dah hancurkan hidup aku!" - Daim Pertemuan Daim dan Raiqa setelah bertahun berpisah, membuatkan kehidupan mereka kembali huru-hara. Lebih-lebih lagi setelah Daim mengetahui rahsia di sebalik perceraian mereka dan kewujudan Dayyan. Bagi Raiqa, apa yang berlaku dalam kehidupannya sekarang merupakan bayaran atas dosa yang pernah dilakukan dulu terhadap Daim. Daim yang tidak mampu menipu dirinya lagi cuba meraih peluang kedua daripada Raiqa. Tetapi tak mudah untuk dia melembutkan hati wanita itu. "Bagi abang peluang." - Daim "Saya tak mampu lupa kata-kata awak. Jadi tolong... tolong jangan buat saya bencikan awak lagi."- Raiqa Adakah masih ada ruang untuk mereka bersama? Dan perkara apakah yang membuatkan Raiqa masih membenci Daim? KAPSYEN: Jika bersamanya hanya wujud perasaan benci, tolong hilangkan ingatanku ketika pernah mencintainya...
Gelisah Asmara - Fazlyn Ridz by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 1,458
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 11
BLURB: Bertunang dengan adik, bernikah dengan si kakak... begitulah kisah Mikayla apabila adiknya yang merupakan 'kaki lelaki' mempermainkan janjinya kepada Saef hanya sebulan sebelum pernikahannya. Akibatnya, Mikayla yang menjadi galang gantinya. Dia dipaksa ibu bapanya menerima Saef Haris sebagai suami. "Boleh I tahu siapa punya idea supaya I kahwin dengan you gantikan Mar? Nampak? Muka tak sama ni." - Mikayla. "Siapa cakap I nak kahwin dengan you sebab muka you sama macam Mariani?" - Saef Muka cantik tapi mulut celopar! Itulah persepsi Saef tentang Mikayla. "Kan senang kalau parents you terima saja Mariani semula berbanding paksa I buat apa yang I tak nak. Kenapa nak sulitkan keadaan? Mariani memang nak kahwin dengan you!" - Mikayla. Keterpaksaannya menyebabkan Mikayla memberontak biarpun Saef merupakan suami yang penyabar. Masa lalu yang membuatkan Mikayla benci dan prejudis kepada lelaki. Namun pernikahan itu membawa seribu satu rahsia dalam hati Saef tentang Mikayla dan juga tentang bekas tunangnya Mariani. Apakah rahsia itu? Adik dan kakak berebutkan lelaki yang sama... siapa yang suka dengan itu? Itulah hakikatnya Mikayla dan Mariani setelah hati Mikayla terpaut kepada keperibadian Saef, lelaki stok terhad zaman ini. Lebih menyukarkan lagi, Saef yang kaya begitu pandai membuatkan dia mabuk cinta terhadap lelaki itu. Saef... mata hatinya memandang yang satu. Wanita yang menyelamatkan maruah ibu bapanya, yakni Mikayla. Dia tidak mampu berpaling daripada kecantikan dan mahalnya harga maruah wanita yang ada pada Mikayla. Kahwin paksa namun tidak begitu terpaksa kerana semenjak awal Saef telah jatuh hati kepada Mikayla. Namun inilah perjalanannya untuk menjinakkan hati Mikayla yang liar. Gelisah Asmara.... bertunang adik, cintakan kakaknya. Mikayla merupakan takdir terindah dalam hidup Saef. Sekali berada dalami genggaman, dia bersumpah tidak akan melepaskannya!
Rindu Yang Terpendam - Mia Azwari by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 2,377
  • WpVote
    Votes 26
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: RINDU YANG TERPENDAM PENULIS: MIA AZWARI HARGA : RM 28.00(SM), RM 31.00(SS) ISBN NO : 978-967-2185-67-3 BLURB: Ayie dan Dhiya, mereka dipertemukan dalam keadaan yang memalukan. Namun tanpa mereka sedar, sejak detik itulah kisah mereka bermula. "Tolong dengar dulu penjelasan aku sebenarnya..." - Ayie "Jangan muncul depan Dhiya lagi." - Dhiya Ayie ada segala-galanya tetapi kehidupannya sangat sunyi tanpa kasih sayang daripada ibu bapanya. Kehadiran gadis lurus seperti Dhiya dalam hidupnya, membuatkan Ayie sedar tentang arah tuju kehidupannya yang sebenar. Saat masing-masing saling mempunyai satu perasaan yang sama, Ayie tanpa sengaja telah mengkhianati kepercayaan Dhiya. Atas dasar tanggungjawab dan demi cinta, dia nekad mengikat Dhiya sebagai isteri. "Jangan sebab semalam, Ayie nak kahwin dengan Dhiya. Dhiya tak nak..." - Dhiya "Dhiya tetap akan jadi isteri Ayie." - Dhiya Kebahagiaan Dhiya bergelar isteri hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Remuk hati Dhiya saat Ayie melafazkan talak dan pergi meninggalkannya. Bertahun Dhiya cuba membuang nama Ayie walaupun hatinya sangat merindui lelaki itu. Kemunculan Shahril membuatkan perasaan Dhiya menjadi semakin keliru. "Ada satu sebab Ayie terpaksa tinggalkan Dhiya..." - Ayie Shahril dan Ayie... Kedua-dua lelaki ini membuatkan Dhiya dibayangi kisah silam. Siapakah yang jujur mencintai Dhiya? Adakah rindu Dhiya akan terlerai saat dia menerima Shahril dalam hidupnya?