andikailham07's Reading List
6 stories
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,685
  • WpVote
    Votes 8,198
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 166,398
  • WpVote
    Votes 22,808
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
The Royal Asmaraloka ⓒ by yourmawar
yourmawar
  • WpView
    Reads 50,828
  • WpVote
    Votes 6,593
  • WpPart
    Parts 42
[THE TRUST BREAKER] ❝Welcome to El Castillo, milady.❞ Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adalah ketika dia dibawa ke El Castillo. Dikhabarkan tukang ramal istana yang dia satu-satunya gadis yang sesuai untuk berkahwin dengan Crown Lord Ochumadora membuatkan dia tertanya-tanya. Siapa dia sebenarnya? ❝Kenapa kau khianat?❞ Satu demi satu ujian dia hadapi selepas bergelar seorang isteri dan maharani. Namun, dia alpa kerana cinta. Hakikatnya, dia hanyalah boneka dalam permainan takdir. ❝Kalau Tuanku nak selamat, Tuanku kena ikut patik. Cepat!❞ Masa itu tiba. Kebenaran di sebalik penipuan yang tidak dia sangkakan terungkai. Semua persoalannya selama ini terjawab dengan sebuah pengakuan yang menyayat hati. ❝Jangan lupa sampaikan salam sayang dari adindanya ketika kamu bertemu nanti.❞ Mampukah dia mengubah takdir hidup yang diatur untuknya?
APHONIC #3 (Crawford) ✓ -PREVIEW- (DITERBITKAN) by _hyun_yunzz
_hyun_yunzz
  • WpView
    Reads 137,258
  • WpVote
    Votes 2,054
  • WpPart
    Parts 13
Kill people is fun. -Roxy Skye ___________________________ Terbitan : Fajar Pakeer Penulis : Hyun Yunzz (Jalan cerita di dalam wattpad tidak sama seperti di dalam novel) Kepercayaan, ketidakadilan sudah hilang sejak munculnya kenyataan yang menyakitkan. Ada naluri yang kosong, tiada jawapan mengenai setiap petualang. Ada ancaman yang marabahaya, tiada pengakhiran untuk menghentikan. Mereka terjebak dalam kancah rahsia demi mempertahankan maruah diri untuk kekal hidup, bukannya mati di tangan Silent Killer.  Silent Killer... pembunuhan yang kejam dan teratur tanpa meninggalkan secebis bukti.  Silent Killer... penjahat VS penjahat.  Silent Killer... umpama meletak nyawa di hujung tanduk. Sejak berpindah ke sekolah yang paling misteri di dunia, banyak perkara pelik yang menimpa. Apa sebenarnya rahsia di sebalik semua itu? "Aku dah kata, aku tak nak terlibat."- SAM "Pernah ke aku dianggap sebagai pesalah?"- LISSA "Kami datang sini untuk membantu kau, Sam." - ROXY Tiga gadis, tiga keperibadian yang berbeza tetapi berkait sesama mereka. Dunia bermandikan darah yang sentiasa menanti tanpa batas waktu. Walau rasa cinta yang tumbuh, harus dipangkah. Walau rasa bahagia yang mengintai, harus dilupa... kerana misi adalah menghapuskan manusia durjana di luar sana. Mampukah musuh merangkak hingga bertemu jalan mati? Dapatkah mereka mengawal kekuatan yang tidak diketahui daripada membinasakan diri? Disengat ular berbisa, sakit yang makin lama menyerap pantas mematikan si pemangsa. Sampai bila ia mampu bertahan lagi? Tentang mereka yang kelihatan polos, tetapi di sebaliknya tertanam kekejaman yang mendominasi, menghilangkan setiap nyawa dengan penuh sadis. (all the characters and Photos belong to their owner and artist herself/himself) #book3
ASPURA by izZ_QiF
izZ_QiF
  • WpView
    Reads 50,571
  • WpVote
    Votes 2,291
  • WpPart
    Parts 33
mengisahkan seorang remaja tingkatan 4 yang bernama Elman Zikri.. kehadiran elman di sekolah baru kerana dia sudah tidak mahu dibuli lagi.. namun ad juga rakan yang baru membulinya di sekolah baru ni.. tapi dia kena menetap di asrama kerana jarak rumah agak jauh di asrama lelaki atau lebih dikenali aspura ada banyak peraturan lebih lagi di dorm L45.. dorm itu menetapkan pelajar form 4 n 5.. peraturannya jangan sentuh katil hujung sekali yang setingkat itu. tapi elman tetap menyentuhnya dan merubah segala-galanya. nak tau apa berlaku bacalah aspura.
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,168
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.