qaridzhayyin's Reading List
14 stories
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 1,038,015
  • WpVote
    Votes 42,910
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Setulus Jänji. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 422,195
  • WpVote
    Votes 16,735
  • WpPart
    Parts 62
Thareq Aiman Al-Haq | Camellia Airis. [Unedited] Thareq Aiman Al-Haq dan Camellia Airis. Kedua mereka punya kisah bersama. Tapi itu dulu, sebelum Thareq pilih untuk putuskan hubungan mereka dan berlalu pergi tanpa sebarang pamitan. "Mummy teringin nak tengok achik kahwin dengan Mel." Akur dengan permintaan si ibu. Thareq pilih untuk melamar Airis sebagai isteri. Namun, bukan cuma lamaran biasa. Lamaran itu bersulam janji. "Kita kahwin. Dan aku janji aku tak akan halang hubungan kau dengan Izz atau dengan siapa siapa saja yang kau nak. Aku tak akan tuntut apa apa hak sebagai seorang suami." - THAREQ. Mengenali Thareq, Airis tahu lelaki itu seorang yang berpegang pada janji. Dan akhirnya dia setuju dengan permintaan Thareq. Saban hari, perkahwinan yang pada mulanya cuma terbina kerana sebuah janji mula membuahkan rasa ganjil di relung hati Airis. "Kau ada hati pada Airis ke, Thareq? Maksud aku, cinta. Kau masih cintakan Airis?" - IZZ. Namun, semuanya tidak sebegitu mudah. Tambahan dengan hubungan keruh di antara Thareq dan Izz. Sejak dulu, hubungan itu penuh dendam dan benci! Dan Airis juga tidak mampu untuk menafi perasaan yang kain menggebu buat lelaki itu. Hakikatnya, dia sudah jatuh sayang pada Thareq. Tapi bagaimana dengan Thareq sendiri? "Mencintai tak seharusnya memiliki."
SENDIRI [ BY F] [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 42,290
  • WpVote
    Votes 2,503
  • WpPart
    Parts 28
Han hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh luka. Dibelenggu masalah keluarga, dia membina tembok tinggi agar tiada siapa mampu menyentuh hati dan jiwanya. Baginya, percaya pada manusia, apatah lagi pada cinta, hanyalah satu kebodohan. Namun segalanya berubah apabila hadir Fatihah, seorang psikiatri yang ditugaskan untuk merungkai sisi gelap hidup Han. Dalam usahanya menyelami trauma lelaki itu, Fatihah tidak pernah menyangka bahawa masa silam Han jauh lebih perit daripada yang dia bayangkan. antara rahsia, luka lama dan derita tercipta, mampukah kegelapan ditembusi cahaya....atau cahaya dimamah gelapnya dunia
Dia Penjaga Hati | C by JaenRhapsody
JaenRhapsody
  • WpView
    Reads 356,839
  • WpVote
    Votes 12,132
  • WpPart
    Parts 53
Harraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berdamai dengan nasib kehidupan. "Mak Mah tolong la carikkan Harraz jodoh, Harraz percaya dengan taste Mak Mah"- Harraz Althaf "Impian saya tahun ni, saya nak jadi orang yang paling lama single dekat kampung ni." - Hana Raisya "Orang cakap bercinta lepas nikah menarik, so are you in?"- Harraz Althaf "Kalau betul saya ni perampas, saya akan undur diri" - Hana Raisya Berjayakah Harraz untuk bertemu dengan pasangan hidupnya? Mampukah Hana berdamai dengan masa lalunya? Romance story 🦋 Happy story 🤍 Banyak kesalahan ayat dan typo. cerita cringe dan cliche.. START - 26/1/2024 END - 1 /10/2024
Oh My Tuan Rayyan! [Completed] © by EsterAndrius
EsterAndrius
  • WpView
    Reads 127,604
  • WpVote
    Votes 3,640
  • WpPart
    Parts 42
"Tuan Rayyan Mikael." Disebut sahaja nama itu pasti akan dikenali sebagai seorang jejaka yang berjaya dalam dunia bisness. Lelaki itu bukan sahaja terkenal sebagai lelaki berharta tetapi tampan, bekarisma, bijak, dan bertubuh sasa. cukup perfect! Tetapi, Rayyan tidak berkahwin walaupun umur sudah menginjak 35 Tahun. Tuan Daniel ingin sekali anak lelaki kesayangannya itu berkahwin. Tetapi Rayyan masih belum bersedia. Tanpa persetujuan, Daniel meminta para gadis untuk menghadiri interview. Siapa yang lulus akan menjadi calon isteri Rayyan Mikael. "Saya Delila Alisha sangat cintakan Rayyan Mikael seorang sahaja! I love you Rayyan. jangan Risau Saya akan jaga awak."-Delila Alisha. Sambil menebarkan banner yang dibuatnya semalaman. Disebabkan kesungguhan si gadis akhirnya gadis itu menjadi isteri Rayyan. "Okay, Just tell me apa yang kau nak? I will give all you want. Money? Kredit kad? But, Please get out from my life after this."-Rayyan. "Saya janji akan buat awak cintakan saya. You are mine. Only mine! -Delila Alisha. Rayyan menganggap gadis itu gila. Terkejar-kejar meminta cinta darinya. perlawanan antara Rayyan dan Delila Dimulai. Sudah tentu ada perkara yang begitu mencuit hati bersama dengan kedua pasangan Ini. Tetapi, Disaat rumah tangga mereka sepertinya akan baik-baik sahaja, datang pula cinta pertama tuan Rayyan. Satu persatu terbongkar termasuklah niat untuk menceraikan Delila. Manakah yang Menjadi Pilihan, berjuang atau Berkorban Demi cinta? HasilKaryaNukilan ©EsterAndrius2022 Don't plagiat my karya_ Start : 11 January 2022 End : 27 February 2022
[C] KAPTEN MU'IZZ MAHFUDZ by Risya_ayu
Risya_ayu
  • WpView
    Reads 95,572
  • WpVote
    Votes 3,455
  • WpPart
    Parts 44
Dua jiwa, satu hati. Kalau memang sudah tertulis bahawa lelaki itu milik perempuan bernama Asha, maka tiada siapa pun mampu memisahkan mereka-walau seluas lautan terbentang antara keduanya. Bukannya dia tak tahu. Gadis berumur 18 tahun yang sering datang ke 99 Speedmart tempat dia bekerja sambilan itu, memang menyukainya. Tapi dia hanya pura-pura bodoh. Banyak perkara yang lebih penting sedang bergayut dalam fikiran. Lagi tiga bulan, rekrut tentera akan bermula. Masa makin suntuk. Lima tahun berlalu... Asha kini seorang guru sekolah rendah. Dia kembali ke rumah ibu bapanya kerana mendapat penempatan mengajar di sekolah berhampiran. Tak pernah dia sangka, takdir tiba-tiba menyusun pertemuan lama. ----------- "Saya Nur Asha Liora, boleh panggil saya Asha." Lelaki itu memandang dia tenang, lalu tersenyum sedikit. "Saya tahu." Dia tersentak.
Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️ by escritordyanne
escritordyanne
  • WpView
    Reads 3,812,967
  • WpVote
    Votes 142,950
  • WpPart
    Parts 78
1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest ranking: #1 in marriage #1 in malaywattpad #2 in wattpadmelayu #2 in action #2 in marriage #3 in malaystories Start : 11 November 2023 End : 21 Januari 2024
⋆˚。⋆˚ 𝙱𝙴𝙽𝙲𝙸 𝚃𝙰𝙿𝙸 𝙽𝙸𝙺𝙰𝙷 ˚⋆。˚⋆ [C] by Luna-think
Luna-think
  • WpView
    Reads 342,662
  • WpVote
    Votes 10,193
  • WpPart
    Parts 50
Kahwin dengan musuh? Siapa je yang sanggup?! Adra Aleeya dan Faiq Qalish-dua insan yang langsung tak sebulu. Bagi Adra, Faiq tak lebih dari lelaki menyakitkan hati yang pernah menghancurkan kepercayaannya dulu. Manakala bagi Faiq, Adra hanyalah gadis keras kepala yang seronok menentang dia dalam segala hal. Bagi Adra, perkahwinan adalah tentang pilihan dan cinta-bukan satu paksaan. Tapi hidup tak selalu ikut kehendaknya. Dalam sekelip mata, dia dijodohkan dengan Faiq Qalish, lelaki yang sejak dulu lagi dia tak pernah sebulu. Dari hari pertama, hidup mereka penuh dengan perang dingin, drama tarik tali, dan cubaan Adra untuk mengelak dari segala bentuk "suami isteri things." Tapi Faiq? Dia tak pernah penat mencuba. Dengan muka tak malu, ayat menggetarkan hati, dan godaan tanpa henti-dia nekad nak buat Adra panggil dia "abang." "Cuba panggil aku abang." - Faiq Qalish "Pergi mampus." - Adra Aleeya Tapi benci ke kalau setiap kali Faiq dekat, jantung Adra laju semacam? Dari perkahwinan yang penuh kejutan, drama makcik-makcik bawang, hingga ke bab cinta yang makin membara, mampukah mereka ubah benci jadi cinta? Atau Faiq bakal tersungkur dalam misi menawan hati isteri sendiri? Sebuah kisah perkahwinan paksa yang penuh gelora, kelakar, manis, dan pastinya buat jantung berdegup laju!
DAYYAN'S LOVER [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 868,960
  • WpVote
    Votes 24,133
  • WpPart
    Parts 85
Dayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya memberi nasihat untuk berubah. Tapi, hanya dibiarkan seperti angin lalu. Dia menjadi seperti itu hanya kerana perempuan yang dicintai mengkhianatinya. Dhia Marwa. Sama cantik seperti namanya. Seorang yang lemah lembut tapi, ada tegasnya. Seorang yang sopan tapi, ada garangnya. Menaruh perasaan pada kawan abangnya. Sampai lah satu hari, Dhia dengan berani meluahkan perasaannya pada Dayyan tetapi ditolak secara mentah. Tapi, disebabkan satu kejadian. Telah merubah hidup Dayyan dan Dhia. Dayyan tidak lagi menjadi dirinya yang dahulu. Dhia pula telah menghilangkan diri sampai membuatkan diri Dayyan tertanya-tanya. Bila semua kejadian 4 tahun lepas telah terbongkar. Dayyan cuba mencari keberadaan Dhia. Sehingga lah mereka bertemu kembali di majlis perkahwinan abang sulung Dhia. Adakah pertemuan kali ini akan menyatukan mereka? Adakah mereka akan menjalinkan kasih, cinta dan sayang? Adakah hubungan mereka akan sentiasa harmoni tanpa adanya gangguan dari orang ketiga? Start : 25/02/2023 End : 29/05/2023