New Books to read💜
93 stories
First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ] by NURADREENAASHEERABIN
NURADREENAASHEERABIN
  • WpView
    Reads 574,794
  • WpVote
    Votes 20,120
  • WpPart
    Parts 78
AMARAN ⚠️ Pengenalan sudah cukup membuatkan badan meremang dan air mata mengalir. Cerita ini akan membuatkan emosi anda tidak stabil. Jikalau anda tidak kuat, jangan baca. _______ ✨🦋✨ _______ - THE LAST LOVE FOR US - Arainna Asheera, mungkin lebih di kenali sebagai Nana. Hidupnya tidak seindah gadis yang lain. Dari kecil lagi dirinya perlu merasai pahitnya kehidupan. Qarizh Damien. Seorang lelaki yang amat Arainna cintai. Tapi hatinya sakit apabila mendengar tentang lelaki itu sudah tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. Tapi siapa sangka? Larilah sejauh mana pun ia. Kalau sudah tertulis lelaki itu untuk Arainna. Tiada sesiapa yang boleh menghalang lagi. Arainna sudah sah menjadi milik Qarizh Damien. Di awal perkahwinan hanya indah saja. Tapi tanpa gadis itu sedar. Sang suami telah merancang satu pelan kejam untuknya. Apabila terbongkar satu kisah silam sang isteri. Arainna tidak lari dari di hina dan di caci oleh sang suami. " Aku haramkan engkau bin atau bintikan anak tu dengan nama aku!" - Damien. Cinta? Di sebabkan cinta, Arainna hampir meragut nyawa seorang gadis yang amat dicintai oleh suaminya. Nur Haellyzar. " Kalau kau sentuh Elly, aku akan hancurkan hidup kau. Kau kenal akukan?" - Damien. Kejadian gila yang di rancang oleh Arainna telah membongkarkan satu persatu pelan kejam yang di rancang oleh suaminya. " Adik tahu adik banyak sangat buat dosa. Tapi tak layak ke adik untuk berubah? Kenapa dia buat adik macam kucing kurap? Adik benci dia, abah! Dengan nama Allah. Adik benci dia!" - Arainna. Apabila ingin hidup dengan cara sendiri dan ingin mencari bahagianya sendiri. Ada saja yang meminta peluang kedua. " Sayang... Tak layak ke abang untuk jadi ayah kepada anak ni?" - Damien " Anak ni tak hadaplah nak ada bapak yang tak bertanggungjawab macam kau!" - Arainna. Plan kejam apa yang telah di rancang oleh Damien sehingga membuatkan gadis itu susah untuk memaafkan dirinya kembali? _______ ✨🦋✨ _______
Di Bawah Salju by khrnisoff
khrnisoff
  • WpView
    Reads 713,599
  • WpVote
    Votes 54,254
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan berkudanya. "Aduh! mana kawan kawan aku ni. Ya Allah janganlah aku sesat waktu macam ni." - Adira Humaira Seorang pemimpin yang berkuasa dan gagah. Menolak semua ajaran sesat. Menghancurkan salib itu haknya. Memburu dan berperang itu menjadi kebiasaan baginya. "Musnahkan semua salib, jangan biar satu pun tersisa di sini." - Qaid Darwisy Menegakkan Islam sudah semestinya. Dia bukan lahir lahir sudah pandai berperang tetapi dia di ajar dari kecil untuk menjadi panglima perang. Tiada niat untuk berlawan dengan kaum yang lemah tetapi muncul seorang wanita di dalam hutan yang berani ingkar arahannya. Dia tidak marah, cuma ego lelakinya tercabar. "Kau tidak mahu mendengar arahan aku?" - Qaid Darwisy "Semestinya tidak." - Adira Humaira "Kejar dia." - Qaid Darwisy Di situ, bermulanya bertempuran antara mereka berdua. Menjadikan nyawa sebagai taruhan sehingga kemuncaknya seorang daripada mereka mengundur diri. start : 28102019 end : 06072021
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 3,587,334
  • WpVote
    Votes 95,875
  • WpPart
    Parts 83
Streeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku kena buat-buat pengsan?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 "Kau keluar sekarang sebelum aku pecahkan cermin kereta kau yang buruk ni!!" ~𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 "Ermm assalamualaikum encik ada apa ya ketuk cermin kereta saya? Encik yang langgar kereta saya lepastu encik nak marah-marah pula.. where's your manners encik?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 "Kau tanya aku mana manners aku and kau kata aku yang langgar kereta buruk kau ni?! Sekarang siapa yang berhenti masa lampu isyarat warna hijau? Gila ke apa kau ni lampu hijau kau berhenti then lampu merah kau jalan..dari tadi aku perhati je cara kau drive! Nasib baik kereta aku je belakang kau! Buatnya ada kereta lain tadi tak ke accident semua! Gila!" ~𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐐𝐈 𝐙𝐀𝐂𝐇𝐀𝐑𝐘... Seorang ketua mafia dan CEO RR Holding yang sangat berpengaruh dan terkenal dengan sikap panas baran dan kekejamannya itu. 𝐍𝐔𝐑𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐋𝐀𝐈𝐋𝐀... Seorang pemilik tadika dengan perwatakan yang comel, lemah lembut, cantik dan periang orangnya. Mampukah seorang mafia yang kejam dan seorang pemilik tadika yang periang menjalani kehidupan bahagia seperti pasangan yang lain jika munculnya musuh Rayden Rafiqi serta orang ketiga dalam rumahtangga mereka? "𝐖𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐦𝐢𝐧𝐞 𝐢𝐬 𝐦𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫"
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 4,676,621
  • WpVote
    Votes 91,353
  • WpPart
    Parts 84
Sequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan anak aku! Lagipun kau dah lupa, aku yang beli kau? Hmm? Jadi kau sepatutnya patuh dengan setiap arahan aku!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 𝐐𝐇𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐄, gadis yatim piatu berusia 18 tahun yang dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya. Saban hari dia diseksa, dicaci, dicemuh dan bapa saudara serta sepupu lelakinyanya juga sudah hampir beberapa kali cuba untuk meragut kesuciannya. Dek kerana bebanan hutang dan rasa benci kepada gadis polos itu, Aisya Qhaisarah Rose dijual demi melunaskan hutang mereka sekeluarga. 𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐅𝐈𝐐 𝐙𝐀𝐘𝐘𝐇𝐃𝐈𝐓𝐇, sebaris nama yang sangat digeruni di dalam dunia perniagaan dan di dalam dunia pembunuhan. Jejaka berusia 25 tahun yang memiliki sifat kejam dan panas baran. Tampan dan kaya namun tidak berperikemanusiaan. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang dicintai olehnya. Gadis yang menjadi pilihan hatinya namun dibantah keras oleh keluarganya. Bertemu dengan Aisya Qhaisarah Rose yang dijadikan pelacur di sebuah kelab malam yang terkenal. Dia bertekad mahu membeli gadis sunti itu dan dibawa pulang ke 'istananya'. Disangkakan jejaka itu penyelamatnya, namun hanya tubuhnya sahaja yang diingini oleh jejaka itu. Kerana tidak tahan menanggung dosa, Aisya Qhaisarah Rose meminta agar dia dinikahi dan jejaka itu bersetuju tetapi dengan syarat, perkahwinan itu menjadi rahsia. Dijadikan isteri namun dilayan tidak ubah seperti seorang perempuan simpanan. "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"
PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 506,019
  • WpVote
    Votes 18,991
  • WpPart
    Parts 51
𝐊𝐀𝐒𝐘𝐀𝐅 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀 𝐗 𝐄𝐋𝐘𝐍𝐀 𝐅𝐀𝐑𝐈𝐒𝐇𝐀 "Hello, sweetie!!!" SAMBUNGAN KEPADA PEMILIK HATI ENCIK DUDA‼️ Seusia 23 tahun , Kasyaf Uqasha dihalau keluar daripada rumahnya sehelai sepinggang. Hidupnya ditentukan dengan nasib sahaja. Pertemuannya bersama Thaqif Jabar mengubah hidupnya. Zero to hero. Dia amat terhutang budi dengan lelaki itu. Sepanjang dia berkerja di syarikat Thaqif Jabar , ramai gadis cuba untuk memikatnya namun dihiraukan. Matlamatnya adalah satu iaitu mengubah nasib keluarganya. Pertembungannya dengan adik kandungnya semula merupakan 'langkah kanan' baginya. Kemunculan Elyna yang pulang ke Malaysia untuk memikat hati Thaqif Jabar. Namun segala rancangannya hancur membuatkan dia bertekad untuk menjauhkan diri. Secara tidak sengaja , hatinya terpaut untuk memiliki Kasyaf Uqasha. Tak kisah dengan cara apa sekalipun , Kasyaf Uqasha mesti menjadi miliknya. Hampir setiap hari dia mengoda jejaka itu. I taknak jadi boyfriend you -Kasyaf I tak suruh pun you jadi boyfriend I, Qasha. I cuma nak you terima cinta I dan I nak you jadi suami I, Kasyaf Uqasha. -Elyna Hari demi hari , akhirnya Kasyaf Uqasha tergoda dengan godaan Elyna membuatkan mereka berdua terpesong. Atas kesalahan mereka itu , Kasyaf Uqasha mengambil keputusan untuk melamar Elyna demi menutup kesalahan mereka tanpa sesiapa yang tahu. I akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku semalam. I akan kahwin dengan you. -Kasyaf Sepanjang rumah tangga dibina , mereka bahagia. Namun semuanya sementara apabila pelbagai fitnah yang dilemparkan. Hati Elyna mula tawar , dan dia membuat keputusan untuk menghilangkan diri. START : 21/8/2023 END : 30/10/2023
MY ENCIK TENGKU by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 3,671,787
  • WpVote
    Votes 91,843
  • WpPart
    Parts 58
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia kaki perempuan, Dan dia juga menyakitkan hati. Perempuan yang kuat malah tidak pernah mengalah dengan apa yang ditimpanya. Dicaci, dihina, dikutuk tetapi bangkit mempertahankan dirinya. -Syabella Iris Ego yang tinggi menggunung, tidak pernah mengerti perasaan orang dan sentiasa inginkan kemenangan bagi pihaknya. -Tengku Harris Zarul Rumah tangga yang dirancang keluarganya tidak pernah mencapai erti kata bahagia sejak awal perkahwinan lagi. Banyak masalah yang dihadapi rumah tangga mereka. Bagaimana dengan pengakhiran cerita rumah tangga Harris dan Bella? Bahagia atau derita? Mampukah Bella menerima apa yang berlaku pada dirinya? ✨✨✨ #21 in romance - 01 June 2017 #16 in romance - 03 June 2017 #15 in romance - 18 June 2017 #12 in romance - 12 June 2017 ©️Published : 2017 ©️Editing updated : 25/2/22 🚫AMARAN ⚠️Kalau boleh jangan baca sebab saya rasa cerita ni klise, tatabahasa terabur, jalan cerita biasa- biasa. Banyak mengarut. Masa menulis dulu masih tak ada ilmu penulisan lagi. Menulis untuk have fun sahaja :)
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,265,847
  • WpVote
    Votes 56,059
  • WpPart
    Parts 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 449,563
  • WpVote
    Votes 29,069
  • WpPart
    Parts 54
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
KITA BERTEMU DI GARIS TAKDIR (SHORT STORY) by Cikariana_
Cikariana_
  • WpView
    Reads 87
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 4
Kadang, cinta datang tanpa diminta - cukup satu pandangan, dan hati mula berbicara sendiri. Qisya Rayna, gadis Malaysia yang memiliki sebuah kedai bunga kecil di pinggir Kuala Lumpur, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah kafe baharu di seberang jalan - Mahendra Cafe. Setiap pagi, ketika dia menghias jambangan di hadapan kedai, matanya sering mencari sosok lelaki yang berdiri di belakang mesin kopi. Lelaki itu - Zaydan Mahendra, barista dari Indonesia yang baru membuka kafenya beberapa bulan lalu. Kemeja hitam, apron coklat, rambut sedikit kusut... semuanya tampak biasa, tetapi entah mengapa, setiap kali Zaydan tersenyum, dunia Qisya terasa berhenti sejenak. Ada sesuatu pada cara lelaki itu menyeduh kopi - tenang, berhati-hati, seolah-olah setiap titisnya menyimpan sebuah cerita. Sejak hari pertama kafe itu dibuka, Qisya mula mencari alasan untuk melintas jalan. Kononnya mahu menawarkan bunga segar bagi menghiasi meja pelanggan, sedangkan hakikatnya, dia hanya mahu melihat Zaydan dari dekat. Setiap senyuman yang dibalas, setiap sapaan yang singkat, sudah cukup untuk membuat jantungnya berdetak lebih laju daripada bunyi mesin espresso di kafe itu. Hari demi hari, pertemuan mereka menjadi rutin kecil yang tidak pernah dirancang. Daripada ucapan "selamat pagi" yang ringkas, hingga renungan yang berbalas tanpa suara. Zaydan mungkin tidak tahu, tetapi bagi Qisya, dialah inspirasi di sebalik setiap kuntuman bunga yang mekar di kedainya. Tiada janji manis, tiada kisah dramatik - hanya kisah sederhana tentang seorang gadis yang berani menyimpan rasa dalam diam, dan seorang lelaki yang akhirnya menyedari bahawa takdirnya mungkin telah menunggu... di seberang jalan. Kerana kadang, cinta tidak bermula dengan kata-kata, tetapi dengan tatapan pertama di garis takdir.