𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎𝒊𝒄 𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒐𝒏 💫
5 stories
Takdir Dia by nurinnzulkifli
nurinnzulkifli
  • WpView
    Reads 341,282
  • WpVote
    Votes 11,773
  • WpPart
    Parts 82
Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tambah pula dengan harga yang murah! Pertemuan dengan Irfan Fakhri, anak bongsu Datin Fatiha yang merupakan salah seorang wanita tersohor yang menempah keknya, membuat hatinya jadi tak keruan. Jika mahu dibandingkan Fakhri dengan abangnya, Farhan, memang seperti langit dan bumi. Farhan beku, dingin. Fakhri pula baik dan sopan, bukan macam abangnya! Insiden yang 'hampir sama' menemukan Aisy dan Farhan, begitu jua menemukan Aisy dan Fakhri. "Weh, kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah reverse kereta?" - Izz Farhan "Sorry, saya betul-betul tak sengaja! Awak okay?" - Irfan Fakhri Baik betul Fakhri, Aisy yang bersalah tapi dia pula yang minta maaf. Jatuh hati? Aisy keliru dengan perasannya. Kenapa semudah itu hatinya terbuka untuk mencintai lelaki? Selama ini, hatinya itu dibiarkan saja kosong tanpa penghuni. "Ri tak sayang Aisy. Kalau tak sayang, macam mana nak kahwin?" - Irfan Fakhri Rupanya dalam diam, Fakhri menyimpan rasa terhadap Fiya, tunang abangnya. Aisy pula bertepuk sebelah tangan dalam menyimpan rasa. Kecewa? Tidaklah sampai begitu sekali. Aisy percaya, apa yang digariskan oleh Tuhan itu baik-baik belaka. Siapa sangka, Aisy bertemu jodoh dengan Farhan. Namun, bahagia memang jauh dari sangkaannya. Farhan masih menyimpan hati terhadap Fiya. Dalam hatinya cuma Fiya, Fiya dan Fiya. Walaupun Fiya sudah menjadi adik iparnya sendiri. Ya, Fiya disatukan dengan Fakhri. "Kau jangan ingat kau dah menang." - Izz Farhan "Terima jelah kau tak ada jodoh dengan Fiya." - Irfan Fakhri Mampukah Farhan menerima kenyataan itu? Aisy pula, bahagiakah dia saat terasa dirinya semakin terpinggir? Mampukah dia bertahan ketika diuji buat kesekian kalinya?
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED] by annursyakirah97
annursyakirah97
  • WpView
    Reads 607,084
  • WpVote
    Votes 21,644
  • WpPart
    Parts 30
Tengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah baca. Cliche? Aku tahu. Cuma aku cuba perindahkan jalan cerita dan susunan ayat. Jalan ceritanya in shaa Allah lebih menarik sebab berkaitan dengan agama. Well, bukan sebab aku alim. Cuma, sedang cuba membuang lagha. Tak sudi vote dan comment? Tak apa. Baca pun aku hargai sangat-sangat. Aku harap walau tak banyak, sikit pun korang dapatlah ilmu daripada novel ni. Enjoy!
N A S U H A (Terbit) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 208,104
  • WpVote
    Votes 17,300
  • WpPart
    Parts 22
Comedy | islamic | friendship __________________________________ Dari sebuah kesilapan, berdarah menjadi kesalahan. _____________________________________ Hanya bermula dari tersilap panggil, "Nama kau apa?" "Ally." "Ali?" Akhirnya berubah menjadi satu kesalahan fatal dalam kehidupan Ally Nasuha. • • •
SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (PROSES TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 334,047
  • WpVote
    Votes 45,173
  • WpPart
    Parts 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina diasak keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar... Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli Rangkasa termasuk kerugiannya sekali. Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi.. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi. Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi? #1 politik
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 303,941
  • WpVote
    Votes 7,038
  • WpPart
    Parts 19
||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan mengetahui keperitan itu. Dan di sini juga kisah di mana dia hendak meraih kembali maaf sahabatnya yang pernah dia khianati satu waktu dahulu. Luqman Annasaie. Warda Ashikin. Ini bukan kisah cinta yang klise untuk ditatap. Sungguh, bukan kisah cinta klise. Tamat pada 4 Mac 2019