Malay Books 🤩👌
5 stories
KASYAF (Hiatus) by ALIFRYT
ALIFRYT
  • WpView
    Reads 21,051
  • WpVote
    Votes 2,424
  • WpPart
    Parts 42
Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan batinnya terbuka dan juga deria tubuh badannya berfungsi berkali ganda lebih hebat daripada manusia biasa. Namun, orang yang mendapat kelebihan ini kebiasaannya tidak suka dan menganggapnya sebagai satu malapetaka kerana ianya adalah satu kelebihan yang tidak boleh dikawal ataupun 'ditutup'. Jadi, adakah Kasyaf ini adalah rahmat atau petaka? Jawapannya, sudah pastilah ianya adalah rahmat iaitu satu kurniaan yang baik untuk seseorang hamba itu. Apakah tujuannya? Wallahuaklam, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa yang pasti, manusia hanya perlu yakin dan bersangka baik dengan takdir yang Allah SWT sudah susun untuk semua para hamba-Nya. Kelebihan Kasyaf juga menjadi pelbagai persoalan dan tanda-tanya kepada ramai orang terutama sekali para ulama kerana kelebihan ini terlalu jarang sama sekali untuk seseorang itu nak dapatkannya kerana ianya hanya akan diberikan kepada seseorang itu dengan izin Allah SWT sahaja. Persoalannya, mengapakah tuhan memberikan kelebihan ini kepada seseorang itu dan mengapa ianya tidak diberikan kepada semua para hamba-Nya? Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia yang mendapat kelebihan ini akan menyalahgunakan kelebihan ini untuk tujuan kejahatan dan kejahilan? Mari kita lihat kisah ini... ''Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Thaghut (Berhala atau Syaitan), sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.'' Surah An-Nisaa' (Ayat 76)
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,261,505
  • WpVote
    Votes 170,192
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
Enam Terpilih by fazryzafatyn
fazryzafatyn
  • WpView
    Reads 113,100
  • WpVote
    Votes 11,079
  • WpPart
    Parts 51
Atas dasar rasa ingin tahu, Aleya membuat keputusan untuk menerima satu jemputan misteri ke Perlis. Ezlan pula yang dikurniakan satu kebolehan cuba mengubah takdir, namun malangnya, bas yang dinaiki dia dan Aleya telah mengalami kemalangan maut. Mereka berdua telah terkandas di dalam hutan aneh bersama empat orang lain yang tidak dikenali, iaitu Adan, Fuad, Hani dan Zana. Mereka berenam cuba bertahan dalam pelbagai rintangan tanpa mengetahui bahawa mereka mempunyai satu persamaan. Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Dapatkah mereka menyelamatkan diri mereka? (Completed)
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,667
  • WpVote
    Votes 8,198
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!
HeartBeat [ EBOOK ] by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 230,373
  • WpVote
    Votes 7,252
  • WpPart
    Parts 17
Hidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin dia akan dapat kasih sayang lelaki itu setelah apa yang terjadi kepada mereka berdua. Hampir setiap hari, ada saja yang tidak kena. Yang pasti, tujuan lelaki itu adalah untuk sakiti hati Niarayha. Dugaan semakin memberat bila bukan hanya Shafieq seorang yang menyeksa jiwa dan emosi Niarayha. Tidak selamanya hati itu mampu menahan beban dan luka yang diterima. Dia bukan wanita kental. Dunia seolah-olah tidak menerima kehadirannya. "Ya Allah, hentikan saja degupan jantung ini. Mungkin ini yang semua orang mahu. Aku penat..." - Nur Niarayha. Termakbul doa namun digantikan dengan lebih baik. Hatinya mati. Degupan jantungnya masih berdetak, dingin. Hadir semula Aaron Xuan untuk menemani Niarayha dalam pertempuran hidup kali ini. Janjinya, dia tidak akan membiarkan wanita yang sudah dianggap 'detak jantung' nya keseorangan melewati dugaan. Bagaimana pengakhirannya? c o v e r : @Shieyruna H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY Kau BANGANG! Start : 14 Julai 2019 End : 11 Jun 2022 Achievement : [ ProBook Award 2020 : The King Of Romance ]