Best
50 stories
THIRD LOVE:THE HISTORICAL by Laila5728
Laila5728
  • WpView
    Reads 9,610
  • WpVote
    Votes 1,048
  • WpPart
    Parts 69
Sejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka dan sebahagian dari diri mereka. Namun,terdapat juga beberapa perkara yang tak tercatat dalam sejarah untuk kebaikan. Kebaikan untuk apa?Untuk dunia atau manusia sejagat? Mungkin untuk dunia,kerana kejahatan yang berlaku di dunia ini selalunya dimulakan oleh manusia yang dikawal dengan sifat kejahatan dalam diri mereka. Tapi,sejarah yang disembunyikan dari orang ramai juga akan rosakkan kehidupan seseorang yang berkaitan dengan sejarah tersebut. Seperti yang berlaku kepada Ruler of Asteon Kingdom. Sejarah yang disembunyikan oleh First Ruler of Asteon Kingdom,dapatkah dirungkai oleh Ruler yang terkini,iaitu Einhart von Asteon? START:31/8/2019 END:15/8/2021
THE FALLEN NOBLE by Laila5728
Laila5728
  • WpView
    Reads 33,179
  • WpVote
    Votes 3,518
  • WpPart
    Parts 100
Lahir dalam keluarga bangsawan dengan kedudukan yang tinggi dalam Clover Kingdom. Mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan sempurna dalam semua perkara sebagai seorang bangsawan. Dirinya tidak mempunyai sebarang istimewa. Paras rupanya langsung tidak dapat dibandingkan dengan kakaknya. Dia juga tidak seceria dengan kakaknya. Malah, wanita yang memegang gelaran sebagai ibunya selalu memukulnya sehingga dia akan pengsan. Dia tidak dibenarkan keluar. Dia juga duduk di rumah agam yang berbeza dengan keluarganya, jauh daripada mereka. Penemannya hanyalah pekerja di rumah agam tersebut, yang melayannya dengan penuh kebaikan. Walaupun begitu, gadis itu masih belum terselamat sepenuhnya. Dia takkan dapat lari daripada nasib malang yang menimpanya. Dia hanyalah seorang gadis, yang tidak mampu larikan diri daripada keluarga yang menyeksanya. Dia hanya mampu, menunggu seseorang untuk selamatkannya.... Itu bukanlah sesuatu yang akan dilakukan oleh dia. Dia takkan berdiam diri tanpa melawan. Dia tiada sebarang niat untuk menunggu orang lain selamatkan dia, hulurkan tangan kepada dia, bawa dia lari daripada kegelapan yang menyebulungi hidupnya. Dia akan lakukannya sendiri. Dia akan kumpulkan banyak buah catur yang akan membantu dalam menjayakan rancangannya. Itulah gaya kehidupan dia sebagai seorang gadis bangsawan, yang akan hancurkan segala halangan dalam hidupnya. Namun, apa yang akan menanti dia, di akhir rancangannya? Adakah ianya sebuah kebahagian, atau kemusnahan yang tidak akan dapat dia lari buat selamanya? START:27 MARCH 2022
Fallen in LOVE.. ( SKY KINGDOM )  by embun_kasih
embun_kasih
  • WpView
    Reads 29,981
  • WpVote
    Votes 1,633
  • WpPart
    Parts 22
Emilly seorang yang berhati lembut dan ceria. Ramai yang tidak mengetahui identiti sebenar gadis ini. Dia sendiri pun tak tahu identiti and dari mane asal usulnya. Kedatangan seorang jejaka telah merungkai segalanya. 😯 Jejaka yang bergelar dan digelar sebagai pahlawan atau pun kesatria cahaya. Jejaka yang bersikap dingin. Jejaka yang kuat dan berpengaruh.w # 1 in watty2018 #2 in fantasy.. # 4 in power Apakah nasib si gadis dan jejaka ini akan berakhir dengn baik? Adakah gadis ini dapat menemui identitinya yang sebenar? 😕 selamat membaca... 😘
Magic Love (Old Version) by ParkYuMi21
ParkYuMi21
  • WpView
    Reads 39,375
  • WpVote
    Votes 2,439
  • WpPart
    Parts 17
Sekolah Alensia yang merupakan sekolah bersejarah untuk pelajar yang mempunyai kuasa magik.Maka ikutilah pengembaraan seorang pelajar perempuan dan kawan-kawan nya untuk membongkar kisah-kisah tersebut.
AVELYN IYZEN  by nrsyakrh_
nrsyakrh_
  • WpView
    Reads 53,808
  • WpVote
    Votes 3,808
  • WpPart
    Parts 30
Avelyn, seorang gadis berumur 17 tahun. Avelyn memiliki sesuatu yang istimewa, iaitu dapat melihat apa yang mereka yang lain tidak boleh. Roh. Itulah ia. Kebolehan ini dipanggil sebagai 'Special Eyes'. Apa yang dimiliki gadis itu membuatkan dirinya dipulaukan oleh sahabatnya. Patutkah mereka digelar sahabat? Malah, Avelyn juga dibuang oleh keluarganya sendiri. Dia terpaksa hidup sendiri. Berkerja keras untuk mencari makan, menanggung diri. Tidak sangka hanya disebabkan kebolehannya dia diperlakukan begitu... Hidupnya sunyi. Tanpa rakan yang boleh bergurau senda dikala bosan. Tanpa keluarga yang memujuk dirinya dikala sedih. Tanpa sesiapa yang dapat menolongnya dikala dilanda kesusahan. Sehinggalah pada suatu hari, Avelyn terjumpa seekor roh(soul). Siapa sangka dengan kehadiran si dia dapat mengisi ruang kosong yang ada? Ditambah pula dengan satu makhluk yang sering mangganggunya... "Apa yang kau cuba lakukan?" -?? "Kenapa kau selamatkan aku?!" -Avelyn. "Aku tak selamatkan kau... Aku selamatkan diri aku sendiri..." -?? ****** "Kau patut berhenti, Avelyn Iyzen. Apa gunanya kau jadi macam begini?" -?? ****** 'Dia' terus muncul dan muncul. Kemudian hilang sekelip mata tanpa meninggal apa-apa jejak. Disebalik semua yang terjadi mempunyai makaud yang tersendiri. Di pengakhiran, akan dinyatakan kebenaran. "Kau patut mengetahui siapa diri kau..." -?? By: @nrsyakrh_ Genre: Fantasi Start: 28/11/2018 *Follow me for more information 😊
THE HUNTED TWINS [C] by Shin_Ai
Shin_Ai
  • WpView
    Reads 91,148
  • WpVote
    Votes 5,849
  • WpPart
    Parts 62
BOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau dunia akan dihancurkan serta semua makhluk dihapuskan. Maka, Dragonel jadikan perkara ini sebagai misi utama mereka. Dan sudah pasti akan diganggu oleh sesuatu. Semuanya terletak pada tangan mereka dan pasangan kembar itu sendiri. 'Kita perlu lindungi Dragoniel' - Char Start: 8/10/17 End: 27/06/19 WARNING! - Amateur story - - Super cildish writing -
The Destiny Of Vermont's Ancestry by Azrywill
Azrywill
  • WpView
    Reads 975
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 3
Takdir seorang gadis yang telah diramalkan untuk menyelamatkan Crystal Kingdom. Gadis itu ialah Grana Selvyra Azrywill Vermont yang tinggal seorang diri di sebuah desa di bahagian utara Crystal Kingdom. Mendapat tawaran untuk bersekolah ke Crystal Academic. Maka bermulalah episod sebuah perjalanan hidup Grana Selvyra.
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨 by Syu__Maisarah
Syu__Maisarah
  • WpView
    Reads 112,190
  • WpVote
    Votes 6,260
  • WpPart
    Parts 77
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendengar permintaan dari kawan Universiti Atuknya. Permintaan gila yang menyuruhnya mengajar di kelas Rouge, dimana berkumpulnya murid-murid nakal yang berperangai gila. Sudah tentu permintaan gila itu ditolak. Ia taknak ambil risiko mengajar di kelas yang penuh dengan murid-murid nakal untuk mengubah mereka. Ingat senang ke nak mengubah seseorang itu? Tapi, entah dia gila atau apa. Dia boleh terima permintaan itu. "Baiklah, saya terima permintaan Uncle.Tapi saya ada 4 syarat." Sudah tentu dia tak segila itu untuk terima permintaan itu tanpa sebarang syarat. "Saya cuma akan mengajar di sekolah Uncle selama setahun saja." Seperti yang dijangka, tak mudah untuk mengubah seseorang itu. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Pelbagai cabaran yang perlu ia hadapi. Perkataan biadap dari muridnya sendiri adalah perkara biasa yang selalu ia dengar. Tapi, usaha tidak akan pernah mengianati kita dan sekeras-keras hati seseorang tu akan cair dengan cinta dan kasih sayang yang tulus. Samalah seperti mereka, yang mendambakan kasih sayang dan perhatian seseorang. Semuanya berubah seperti setitik cahaya di dalam kegelapan. Tapi kenapa selepas setahun perangai mereka kembali semula? Malahan lebih teruk! 'Apa aku terlalu manjakan diorang?" Jawapannya ya! Mereka tak akan lepaskan 'kebahagiaan' mereka begitu sahaja. Mereka akan buat apa saja untuk bersama 'kebahagiaan' mereka, bahkan membunuh 'kebahagiaan' mereka sendiri. Kerana mereka itu PSIKO! *** 🚫KATA-KATA KASAR SEPERTI MENYUMPAH DAN ADEGAN KEKERASAN SEPERTI MEMUKUL DAN MEMBUNUH🚫 ⚠️ TOLONG HARGAI KARYA MAI DENGAN TIDAK MENIRU ATAU MENYALIN CERITA INI (JANGAN SESEKALI CUBA-CUBA!) Cover book by @nayracamellia
Aurelia: Daughter Of The Elemental King by Dyra_Indira
Dyra_Indira
  • WpView
    Reads 10,516
  • WpVote
    Votes 1,180
  • WpPart
    Parts 52
Pada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datang kepadanya, dia terus bersetuju untuk mengikuti raja itu. Dia tahu bahawa dia akan pergi meninggalkan penjaganya yang dikasihi, dia tahu dia akan pergi meninggalkan tempat dimana dia membesar selama ini malah dia juga tahu bahawa dia akan meninggalkan hidupnya sebagai seorang gadis bangsawan.. Tapi! Aurelia tetap akan pergi mengikuti ayahnya. Namun pilihannya ini membawa dia ke jalan yang lain pula. Berjumpa dengan orang baru, mengembara bersama, belajar magik... Perkara yang dia tidak jangkakan berlaku dalam hidupnya akan dialami olehnya. Oleh itu, inilah masanya untuk Aurelia mengembara!
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 481,218
  • WpVote
    Votes 65,971
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021