Qaqaiqa's Reading List
6 stories
TRAUMA : LOVE AFTER PAIN  by zzelln
zzelln
  • WpView
    Reads 35
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 4
Dulu, Sofia Adrielle hanya seorang gadis pendiam yang menjadi sasaran buli. Setiap ejekan, setiap kata hinaan tentang tubuhnya,sebahagian besarnya datang daripada satu nama , iaitu Zahran Mikael. " Kalau kau jalan sebelah aku kan , confirm orang ingat aku ni kurus gila ." - Zahran Mikael - Bertahun lamanya dia hidup dalam bayang-bayang trauma. Namun, apabila peluang belajar di luar negara datang, Sofia nekad melangkah pergi. Dia mahu membina diri baharu. Lebih yakin, lebih kuat, dan bebas daripada masa lalu. Namun , takdir mengatakan sebaliknya apabila ketidakinginan itulah yang datang apabila Sofia tiba di kampus yang awalnya ingin menjadi tempat pemulihan seorang Sofia Adrielle yang pendiam ini . Zahran yang kini kelihatan lebih matang jika dibandingkan dengan waktu dahulu . Kurang ego , kurang baran , kurang kejam . Selalu sahaja bibir mengukir senyuman manis . Zahran sedar akan kelakuannya yang keji sewaktu tragedi itu berlaku . Dia benar benar ingin mengungkapkan maafnya kepada Sofia . Namun , maaf adalah hanya kata - kata bagi Sofia . Mampukah Zahran menebus kesilapannya ?
ALTHAF DAFFA (C) by fyrrose
fyrrose
  • WpView
    Reads 490,754
  • WpVote
    Votes 16,884
  • WpPart
    Parts 97
Gara-gara sang lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada Faaeqa Farha lari pada hari akad nikah mereka. Cukup malu dan terasa di khianati menyelubungi diri. Tiba-tiba... "Biar saya jadi pengganti"- Althaf Daffa Faaeqa seakan tidak percaya dan tak terima apa yang dia dengar. Pelbagai persoalan kenapa dia sanggup ganti tempat bekas tunangnya. Kenapa dia sanggup bernikah dengannya. Akhirnya dia setuju atas pujukan keluarga. "Hai, my little wife. You're mine now. From this day forward, you belong to me"- Althaf Daffa "Dalam mimpi awak"- Faaeqa Farha "Don't tempt me. Nak tak nak kau kena terima yang aku suami kau, shorty"- Althaf Daffa Althaf Daffa, ayah saudara kepada bekas tunangnya. Faaeqa pada mulanya tidak terima akhirnya redha si dia menjadi suami walaupun umur beza 14 tahun. Pelbagai dugaan bila menjadi isteri kepada si duda tua. Macam-macam cara Faaeqa cuba buat Althaf jengkel terhadap dia tapi gagal. Ada saja balasan si suami tua membuatkan Faaeqa tercabar. Akhirnya Faaeqa terjatuh cinta kepada Althaf Daffa yang tidak jemu dan sentiasa sabar akan diri nya. Tetapi tak semesti dalam perkahwinan sentiasa bahagia. Perkahwinan mereka di uji apabila bekas tunang iaitu Ezzat Daniel kembali menghantuinya. "Banyak-banyak lelaki kenapa bapak saudara aku, kau kahwin ?!"- Ezzat Daniel "Suka hati aku lah nak kahwin dengan sesiapa pun ! Kau ingat siapa yang tinggal siapa !"- Faaeqa Farha Adakah perkahwinan mereka akan kekal ? Adakah Ezzat akan berjaya merampas Faaeqa dari Althaf ? Adakah Althaf akan sentiasa melindungi isterinya ? "I don't care if you're my niece but I never let you touch what mine"- Althaf Daffa START: 08/01/2025 END: 30/9/2025
Suri Tanpa Takhta by yangnajiha
yangnajiha
  • WpView
    Reads 64,273
  • WpVote
    Votes 899
  • WpPart
    Parts 20
Nawal, gadis polos yang dibesarkan dalam keluarga beragama, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah perkahwinan. Cinta dalam diamnya pada Zarif Iman sepatutnya terpatri indah di pelamin. Namun, di hari bahagia itulah takdir berkata lain. Pengantin yang dinanti tidak hadir, dan tempatnya digantikan oleh Zaef Iman-kembar yang sama wajah, tetapi asing pada jiwa. Zaef tidak pernah mahukan perkahwinan itu. Bahkan, sejak awal lagi, dia menikam hati Nawal dengan sebuah lafaz yang tidak mungkin dilupakan: "Aku takkan pernah cintakan kau, Nawal. Kalau satu hari nanti aku lafazkan yang aku sayang atau cintakan kau, masa tu jatuhlah talak antara kita." Namun takdir terus mengikat mereka. Dalam pertengkaran, hadir manisnya kenangan. Dalam benci, terbit benih cinta yang perlahan-lahan tumbuh tanpa disedari. Tetapi mampukah cinta bertahan bila ia diikat dengan sumpah yang menjadi racun? Di tengah-tengah kekeliruan itu, muncul rahsia besar yang menggoncang seluruh hidup Nawal. Zarif tidak pernah benar-benar hilang. Cinta lama yang disangka sudah pergi buat selamanya, rupa-rupanya masih bernyawa. Dalam dilema yang tidak berkesudahan, hanya iman yang mampu menuntun. Tetapi mampukah iman bertahan bila cinta dan air mata semakin menyesakkan? Atau akhirnya Nawal harus pergi demi mencari tenang yang hakiki?
Luka Dalam Janji by _natasyasofian_
_natasyasofian_
  • WpView
    Reads 1,382
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 36
[KARYA KETIGA]Nisrina Athea terbiasa hidup dalam kawalan. Sebagai anak sulung, setiap langkahnya diikat dengan kehendak keluarga, dan setiap luka silamnya disembunyikan di balik senyuman lembut. Bekas kekasihnya, Aqram, meninggalkan parut yang lebih dalam yang menghantui hingga kini.' Kehadiran Dzarel Iqmal, seorang peguam yang juga anggota TLDM, mula merobohkan tembok yang Nisrina bina. Berbeza dengan lelaki lain, Dzarel tidak pernah memaksa, sebaliknya sabar menunggu dan perlahan-lahan mengajar bahawa cinta tidak sepatutnya menakutkan. Tetapi bayang-bayang silam tidak mudah padam. Bila Aqram kembali menuntut apa yang bukan lagi miliknya, Nisrina terpaksa memilih terus hidup dalam janji lama yang menyakitkan, atau berani mencipta janji baharu untuk dirinya sendiri.
Satu Janji, Seribu Rindu by NEXT_STUDIO
NEXT_STUDIO
  • WpView
    Reads 164
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 35
Aira Natasha, anak kepada tokoh korporat ternama, memilih jalan hidup berbeza, meninggalkan dunia mewah untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemanusiaan di Istanbul. Di sana, dia bertemu Rayyan, pelukis jalanan dari Malaysia yang hidup serba sederhana tetapi memiliki jiwa besar. Dalam kota penuh sejarah dan rahsia, mereka saling jatuh cinta, meski sedar dunia mereka tak pernah serupa. Di bawah menara Galata, mereka berjanji "Kalau cinta ini benar, kita akan bertemu semula lima tahun dari sekarang... tanpa perlu dicari, hanya percaya." Namun, cinta mereka diuji hebat. Aira dipaksa pulang setelah ayahnya mengatur pertunangan dengan anak kenalan perniagaan. Rayyan pula hilang tanpa jejak selepas tragedi misteri di sempadan Syria-Turki. Bertahun lamanya, hanya rindu yang jadi peneman. Kini, lima tahun kemudian, Aira kembali ke Istanbul tetapi bukan lagi sebagai pelajar, tapi sebagai wanita yang membawa luka dan dendam terhadap keluarganya. Dia berdiri semula di tempat yang dijanjikan, tak pasti sama ada Rayyan masih hidup... atau masih ingat janji yang pernah mereka lafazkan. Dan di tengah hujan renyai Istanbul, sebuah lukisan muncul di kaki lima, lukisan yang pernah Rayyan lukis, hanya untuk Aira
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 431,707
  • WpVote
    Votes 14,492
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.