azon044's Reading List
23 stories
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,233
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Tolong Hantu! Jangan Ganggu Aku by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 7,965
  • WpVote
    Votes 787
  • WpPart
    Parts 16
Sebuah kisah seram komedi yang mengisarkan tentang seorang lelaki bernama Daniel. Selepas 3 bulan koma, akhirnya Daniel mula sedar dari lena lamanya itu. Namun semuanya kelihatan asing baginya. Segala memori yang pernah wujud di dalam ingatannya, segala wajah mereka-mereka yang pernah singgah di hatinya kini terkubur bersama kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu. "Awak ingat siapa nama awak?" Tanya salah seorang Doktor yang bergegas mendapatkan Daniel setelah dimaklumkan bahawa dia mula menyedarkan diri. "Daniel." Jawabnya ringkas. "Awak ingat kejadian terakhir yang berlaku sebelum awak tidak sedarkan diri?" Tanya Doktor itu lagi. Daniel mendiamkan dirinya. Dia cuba untuk mengingatkan kembali segala-galanya, namun gagal. Dia mencuba lagi, namun setiap kali itu jugalah dia hanya menemui jalan kosong. Dia lupa segalanya. Yang dia ingat hanyalah siapa nama dia. Itu sahaja. "Awak ingat siapa ahli keluarga awak? Awak ingat tak awak tinggal dekat mana? Masa kemalangan tu, awak ada dengan siapa?" Tiba-tiba Daniel menjerit sekuat hatinya. Bagai nak gila dia cuba untuk mengingatkan semua itu namun gagal. Kepalanya mula terasa sakit. Pandangan matanya mula kabur. Sebelum dia rebah, matanya sempat terlihat kelibat 4 orang yang memerhatinya dari jauh. Siapa mereka? Manusia ke? Kalau manusia kenapa terapung di udara? Ikuti kisah Daniel dalam merungkai segala misteri yang mula menghantui dirinya saat dia tersedar dari koma. Malah yang paling penting, bagaimana dia mahu mencari kembali memori nya yang telah hilang. Dapatkah dia merungkai segalanya atau sebaliknya? Nantikan. Nota kaki: Akan diupdate setiap kali author free. Jadi bertabahlah ye pembaca semua :D
Jangan Baca Cerita Ini! by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 454,377
  • WpVote
    Votes 25,055
  • WpPart
    Parts 89
Terima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, makhluk halus, jin, syaitan dan seumpama dengannya. Dari #46 onwards Cerita-cerita seram rekaan author berkaitan dengan alam misteri or angker. Ada cerita, ada perkongsian ilmu, dan segala jenis cara yang boleh aku sampaikan supaya malam korang akan dihantui oleh hantu-hantu ni. Dan kalau ada cerita berdasarkan kisah benar, aku akan mention awal-awal. Kalau aku tak mention maksudnya tu cerita rekaan lah ye. Mungkin cerita-cerita yang diceritakan di dalam ini tak seram, tetapi percayalah kalau kau sendiri yang mengalami situasi tu di dunia nyata, baru kau tahu apa tu definisi sebenar seram. Selamat membaca. Moga hidup kita dijauhkan dari gangguan makhluk yang sering mahu menggoda, menyesatkan malah nak berkawan dengan kita. Hahaha Akan diupdate setiap kali ada cerita. InsyaAllah.
Roommate 3 - The Final by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 893
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 3
Roommate 3 merupakan penutup kepada kisah persahabatan Syafiq dan Alif. Selepas kematian Alif dan segala-sagalnya telah terbongkar, Syafiq ingin memulakan hidup nya yang baru. Walaupun kenangan bersama sahabatnya itu masih segar di dalam ingatan, namun hidup harus diteruskan. Perjalannya masih panjang, dan pelbagai dugaan dan cabaran baru bakal muncul. Apakah kesudahan cerita ini? Sama-sama kita nantikan hingga ke akhirnya.
Roommate 2 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 132,108
  • WpVote
    Votes 8,107
  • WpPart
    Parts 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau masih adakah rahsia yang masih disembunyikan oleh Syafiq atau arwah Alif itu sendiri? Segala persoalan yang tidak terjawab, malah segala tanda tanya yang tiada akhirnya di dalam Roommate 1 kini akan terungkai. Segalanya di dalam Roommate 2: Pengakhiran Sebuah Cerita. Terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita ni. Jangan lupa komen feedback atau idea ye. Jangan lupa jugak untuk vote dan share cerita ni dengan yang lain. Semoga bermanfaat, InsyaAllah (:
Roommate 1 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 149,917
  • WpVote
    Votes 7,861
  • WpPart
    Parts 28
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang masih tergendala. Syafiq tiada pilihan. Walaupun dia keseorangan di asramanya itu, dia harus menyiapkan projek nya jika mahu bergraduasi bersama sama temannya yang lain. Pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang dia di asramanya itu. Dari dikacau di dalam bilik, hingga lah terbawa bawa ke dalam mimpi. Cerita yang membawa kita untuk berfikir dan pastinya ada pengajaran yang ingin disampaikan. InsyaAllah bukan seram semata-mata namun terdapat juga unsur yang menyedarkan diri kita sebagai hamba Nya. Moga bermanfaat. InsyaAllah ^_^
Zon Seram by AnisAdnan
AnisAdnan
  • WpView
    Reads 134,377
  • WpVote
    Votes 5,425
  • WpPart
    Parts 22
Baca dan tanggung risikonya sendiri. #17 in Horror, 2 June 2017
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,545
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.
Hijab Si Tomboy by faey_B
faey_B
  • WpView
    Reads 108,477
  • WpVote
    Votes 9,070
  • WpPart
    Parts 49
Nur Emy Zafriel a.k.a Zaf-Mempunyai mata yang unik.Namun ramai yang tidak percaya akan kebolehannya itu.Dia amat terkenal di sekolah kerana wajahnya yang agak 'tampan'.'Tomboy'..'budak pengkid'..itulah gelaran yang sering diberikan kepadanya.Dia langsung tidak kesah dengan gelaran itu kerana dia mempunyai sebabnya sendiri. Nazrin Hakiem-Satu-satunya sahabat Zaf yang boleh dipercayai.Satu-satunya insan yang percaya akan kebolehannya.Pada mulanya,Nazrin juga tidak mempercayainya.Namun selepas satu peristiwa,dia mula percaya akan kebolehan sahabatnya itu. "Weyh Naz!Jangan pergi sana!Ada...." -Zaf- "Ada apa?Hantu?Blahlah!Kau ni tak abis-abis!" -Naz- Nama je sahabat,tapi diorang ni asyik gaduh memanjang.Kerja diorang asyik nak lawan mulut je..Senang citer dua-dua keras kepala..Namun dalam mereka bergaduh tu..Salah seorang daripada mereka ada menyimpan perasaan lebih daripada seorang sahabat. Sape yang simpan perasaan kat sape ni?Nak tahu kisah seterusnya?Kenalah baca citer ni..^_^
Hijab by nab_ilah
nab_ilah
  • WpView
    Reads 36,788
  • WpVote
    Votes 1,939
  • WpPart
    Parts 59
Cerita ini mengisahkan tentang cerita benar. Jangan fikir bila hijab terbuka ini seronok sedikit pun tidak ianye hanyelah menyeksekan. Korang kalau nak bukak hijab baca la citer ni dulu lepastu fikir balik. Adakah tindakkan korang tu betul ke salah.... Tiada kene mengena dengan yang mati ataupun hidup hanya luahan seorang gadis...!!