fav
200 stories
DAYYAN'S LOVER [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 859,538
  • WpVote
    Votes 24,012
  • WpPart
    Parts 85
Dayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya memberi nasihat untuk berubah. Tapi, hanya dibiarkan seperti angin lalu. Dia menjadi seperti itu hanya kerana perempuan yang dicintai mengkhianatinya. Dhia Marwa. Sama cantik seperti namanya. Seorang yang lemah lembut tapi, ada tegasnya. Seorang yang sopan tapi, ada garangnya. Menaruh perasaan pada kawan abangnya. Sampai lah satu hari, Dhia dengan berani meluahkan perasaannya pada Dayyan tetapi ditolak secara mentah. Tapi, disebabkan satu kejadian. Telah merubah hidup Dayyan dan Dhia. Dayyan tidak lagi menjadi dirinya yang dahulu. Dhia pula telah menghilangkan diri sampai membuatkan diri Dayyan tertanya-tanya. Bila semua kejadian 4 tahun lepas telah terbongkar. Dayyan cuba mencari keberadaan Dhia. Sehingga lah mereka bertemu kembali di majlis perkahwinan abang sulung Dhia. Adakah pertemuan kali ini akan menyatukan mereka? Adakah mereka akan menjalinkan kasih, cinta dan sayang? Adakah hubungan mereka akan sentiasa harmoni tanpa adanya gangguan dari orang ketiga? Start : 25/02/2023 End : 29/05/2023
Zev's Secretary Wife by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 3,417
  • WpVote
    Votes 263
  • WpPart
    Parts 30
4th Book | PANDORA Series | Zev Dominic & Seraphine Hilda | Zev Dominic, lelaki nakal yang menjadi kegilaan ramai wanita, namun dia bukanlah seorang playboy. Dia cuma tahu memikat dengan cara yang terlalu semula jadi. Namun sejak remaja, hanya satu wanita yang benar-benar mencuri hatinya. Seraphine Hilda, setiausaha ayahnya. Berbeza usia tidak pernah mematahkan semangat Zev. Walaupun sering di-'brother-zoned', dia tetap setia mengejar. Dan akhirnya, Seraphine menjadi isterinya. Rumah tangga mereka tampak sempurna sehinggalah Zev mula perasan sesuatu yang Seraphine sembunyikan. Setiap kali dia bertanya, Seraphine licik mengalihkan perhatian dengan senyuman lembut dan masakan kegemarannya. Kecurigaan Zev memuncak apabila dia terserempak dengan Seraphine di sebuah acara besar, melakukan sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan daripada wanita yang dicintainya. "Tak sangka pelakunya isteri saya sendiri." - Zev "Sebab tu awak tak perlu cari apa yang tak perlu awak tahu, sayang." - Seraphine Cinta Zev sepatutnya mudah. Tetapi kini, lelaki itu terpaksa berdepan kenyataan pahit. Wanita yang dia peluk setiap malam mungkin adalah musuh yang paling berbahaya dalam hidupnya.
PENGKHIANATAN CINTA 2: HADIF X ZAREEN by AishahGazali
AishahGazali
  • WpView
    Reads 7,180
  • WpVote
    Votes 528
  • WpPart
    Parts 67
Hadif Ryan Al Baihaqi, seorang lelaki dingin yang berpegang teguh pada prinsip, percaya bahawa wanita seharusnya dilindungi. Namun, kehadiran Zareen Seroja sebagai bodyguard peribadinya menggoncang prinsip hidupnya. Bagaimanakah mereka berdua akan bekerjasama dengan keperibadian dan prinsip hidup yang sangat berbeza? Dengan latar belakang yang tidak sehaluan dan sikap Hadif yang keras kepala serta suka melanggar protokol keselamatan, Zareen semakin hilang sabar. Bagaimanakah dia dapat terus berkhidmat pada seorang lelaki kaya yang enggan menerima arahan seperti ini?
Perfect Sky (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 271,805
  • WpVote
    Votes 12,278
  • WpPart
    Parts 50
Love Seasons: Book 3 Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗  by dearllyas
dearllyas
  • WpView
    Reads 39,680
  • WpVote
    Votes 1,240
  • WpPart
    Parts 59
Tengku Ezriq Eiyad x Hanessa Elvira Hanessa Elvira. Entah bagaimana dia tersangkut dengan satu jejaka dingin. Berkerja di rumah Tengku Eric membuatkan hari-harinya lebih indah tanpa mimpi ngeri itu. Namun, adanya anaknya, hidupnya sedikit demi sedikit terubati terhadap mimpi ngeri itu. Hanessa juga mula sudah minat terhadap satu jejaka ini, namun dia pendamkan perasaan satu itu. "Kenapa erk nama awak Tengku Ezriq Eiyad. Tak sedap langsung didengari."-Hanessa Elvira "Biarlah. Mak bapak aku bagi. Menyemak!"-Tengku Ezriq Eiyad Sekian lama, Hanessa sudah tidak tahan dengan perangai beku jejaka itu. Dia tidak tersengaja meluahkan isi hatinya yang lama sudah minat dengan jejaka itu. "Saya tertariklah dengan awak. Awak tertarik tak dengan saya?"- Hanessa Elvira. "Why not. Kau pun apa kurangnya. Tapi aku tak suka engkau pun. Dah lah perangai macam hampeh!" - Tengku Ezriq Eiyad Setelah lama bekerja sebagai tukang masak di suatu rumah yang gah, satu persatu jawapan muncul. Hanessa kecewa terhadap Ezriq. Dia tekad untuk meninggalkan rumah itu. Mampukah mereka berdua akan hidup bahagia atau sebaliknya? Saksikan ' TENGKU EZRIQ EIYAD ' START:31/7/2023 END: 16/2/2025 ▼ TOP 5 : HIGHEST RANKING • #1 in islamic : 22/3/25 • #1 in sedih : 29/11/25 • #2 in sad : 29/11/25 • #4 in tengku : 14/1/26
DIA KEKASIH KU [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 385,910
  • WpVote
    Votes 14,617
  • WpPart
    Parts 67
Qayl Iskandar 💗 Kasih Nuwairah Qayl Iskandar seorang jejaka tampan yang sangat digilai ramai wanita. Tak kira tua atau muda. Mukanya tak ubah seperti orang barat dek kerana mempunyai darah campuran dari Greek dan Scotland yang asalnya dari belah Datuk Imran, papa Qayl Iskandar. Sejak dari muda sudah mempunyai business perhotelan sendiri tanpa dibantu oleh Datuk Imran. Katanya ingin berdikari. Dengan segala susah dan penat Qayl Iskandar, kini dia bergelar usahawan serta billionaire termuda di Asia. Kasih Nuwairah seorang gadis yang cukup kental dan kuat menghadapi segala ujian yang diberi. Tak pernah sekali dia mengeluh dengan kehidupannya. Walaupun dia bukan asal dari anak orang kaya, tapi Kasih Nuwairah sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang diberi oleh Allah. Kasih Nuwairah juga merupakan seorang gadis sangat pandai berdikari. Terlebih lagi mencari duit sendiri. Dia hanya mengambil upah membuat kek untuk menampung perbelanjaan dia sepanjang belajar di universiti. Kasih Nuwairah tak nak susahkan ibu dan abah dia. Cukup lah mereka susah untuk menyekolahkan dia dahulu. Dalam satu kejadian tanpa sengaja, Kasih Nuwairah dan Qayl Iskandar ditakdirkan bertemu. Sejak dari pertemuan itu, hati Qayl Iskandar mula merasa sesuatu yang tak pernah dia rasa sebelum ini. Tapi terbalik bagi Kasih Nuwairah. Dia malah tidak merasa apa-apa. Bahkan dia merasa risih dan terganggu apabila Qayl Iskandar selalu mengacaunya. Start : 10/07/2024 End : 09/09/2024
I LOVE YOU, MISS CUPCAKE [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 773,390
  • WpVote
    Votes 24,853
  • WpPart
    Parts 71
Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CEO terkenal dan juga datang dari keluarga yang boleh dikata bukan calang-calang. Selalu menjadi tumpuan ramai wanita. Tak kira umur. Wajah tampannya itu cukup menarik perhatian ramai. Kaya? Tak usah dikata. Kemewahannya yang dia miliki takkan pernah habis sehingga tujuh keturunan atau mungkin lebih. Dahlia Zenia cantik namanya secantik seperti tuan nama. Seorang gadis yang selalu menjadi rebutan ramai jejaka-jejaka di kampung. Anak pak cik Fahmi ini memang kegilaan ramai lelaki. Ramai yang mengorat. Tapi tiada seorang pun yang berkenan di hati Dahlia. Semua diendahkan. Mempunyai rupa paras yang cukup manis. Seorang wanita yang hidup dalam kesederhanaan walaupun Dahlia ni boleh dikatakan datang dari keluarga yang mempunyai kemewahan. Pertemuan kali pertama telah menimbulkan perasaan di hati masing-masing. Apa akan jadi bila Dylan dan Dahlia dipertemukan? Dan apa reaksi Dylan dan Dahlia apabila mengetahui yang keluarga mereka ingin dan berniat mahu menjodohkan mereka berdua? Terima atau tidak. Hanya dua jawapan ini saja penentu untuk mereka menuju kebahagiaan bersama. Start : 02/02/2024 End : 10/05/2024
MRS NOAH AFFAN [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 930,817
  • WpVote
    Votes 26,456
  • WpPart
    Parts 72
Tengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan seorang perempuan pun sehingga ada yang menyangka Tengku Noah Affan adalah seorang gay?!! Ivy Nur Amanda - Seorang wanita yang cukup ramah dan pemurah dengan senyuman. Tapi, di sebalik senyumannya itu. Tersimpan seribu keperitan yang ditanggung sejak kecil lagi sehingga dia dibesarkan oleh neneknya sendiri. Lagi-lagi sedari kecil dibenci oleh ibu kandungnya. Perkenalan secara singkat di waktu malam yang membawa Tengku Affan menyelamatkan Amanda. Selepas 2 tahun, mereka bertemu kembali. Adakah pertemuan mereka kali ini akan membawa mereka ke langkah yang selanjutnya? Akankah mereka dapat mengecapi kebahagiaan bersama? Start : 27.05.2023 End : 10.07.2023
Terungkapnya Janji [C] by hiznawaidas
hiznawaidas
  • WpView
    Reads 140,345
  • WpVote
    Votes 8,992
  • WpPart
    Parts 44
[Rename from: Janji yang Terlafaz] "Saya nak propose awak. Marry me. I promise yang saya takkan ungkit pasal anak sepanjang perkahwinan kita. Dan awak boleh tutup mulut orang yang sibuk bertanya bila awak nak kahwin" -Khayla Fateema. "What do you want from me? Or should I say, what will benefit you from this contract?" - Thaqif Rasyad. Perjanjian yang membawa kepada perkahwinan. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri mengapa perkahwinan itu perlu terjadi. Janji yang dilafazkan perlahan-lahan memakan diri sebaik saja akad digenggam. Antara bahagia atau terluka, hanya itu pilihan yang ada.
Way back to you.  by elyanaleenn
elyanaleenn
  • WpView
    Reads 26,204
  • WpVote
    Votes 1,123
  • WpPart
    Parts 52
" Apa salah I ? All I do is loving you" - Malika Azzahra. Yang dia inginkan hanyalah cinta dari seorang Hud Yaseer.Bertahun-tahun dia cuba mengejar cinta dari lelaki itu namun tiada satu pun yang berjaya. "Kalau aku bukan ditakdirkan untuk orang sempurna macam Soleha pun, aku takkan pernah pilih kau" - Hud Yaseer. Soleha sentiasa jadi yang terbaik sementara Malika sentiasa jadi yang terburuk di mata Hud. Setelah semua kegagalan dalam hidup, Malika cuba untuk berubah jadi lebih baik. Beberapa tahun setelah itu, Malika bertemu semula dengan Hud setelah lama masa berlalu. Namun dia bukan Hud Yaseer yang Malika banggakan dulu. " Awak nak bunuh diri ke ?" -Malika Azzahra " Lebih baik begitu" -Hud Yaseer Pertemuan itu akhirnya membawa kepada sebuah perubahan besar dalam hidup Hud.Tidak mengetahui gadis berpurdah yang selamatkan dia dari bunuh diri ialah Malika Azzahra. Gadis yang dia perlekehkan dulu. " Aku nak kahwin dengan kau" - Hud Yaseer Takdir selalu membawa mereka bersama, akhirnya mereka bersatu dalam sebuah hubungan halal. Melalui segala ujian yang pastinya, memeritkan. " Awak ingat dalam dunia ni awak seorang je yang diuji ? Awak sorang je yang sakit ? Saya pun sakitlah Hud, saya pun sakit !" -Malika Azzahra. Mungkin...mungkin ada masa tidak semuanya akan bahagia.