ZuYyin~Dijadikan cAnTik
7 stories
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,680,404
  • WpVote
    Votes 28,934
  • WpPart
    Parts 9
[ Terbit - Fajar Pakeer ] 2025 Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara. Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa. Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji. "Saya buta, Jibrail. Saya cacat." - Yasmeen Alana. "Cik Alana tetap sempurna pada mata saya." - Mohd Zeyad Jibrail. Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail. Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan? "Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku." - Mohd Zeyad Jibrail. Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba. Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran? Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina? Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia. "Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata."
Lecturer Itu Duda Aku! ✓ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 1,026,618
  • WpVote
    Votes 13,963
  • WpPart
    Parts 13
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Okt 2022 Ending : 29 Dec 2022
You Are My Priority by cikvanilla_
cikvanilla_
  • WpView
    Reads 16,410
  • WpVote
    Votes 574
  • WpPart
    Parts 63
|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia yang merupakan gadis berketurunan diraja itu agar senang mempermudahkan keselamatan Damia Aulia. "Saya akan mencintai awak sehingga nafas terakhir saya, Damia". Apabila kehidupan sebenar gadis bernama Damia Aulia terbongkar, banyak pula musuh yang muncul untuk menjatuhkan kerajaan itu. "Aku taknak berharap dengan takdir, hubungan kita tiada cahaya untuk kebahagiaan". "The moon is beautiful isn't?" "Bunuh dia, Uzair". No plagiat ❌ My own idea ✔️ Not fully edited, habis tulis baru editan akan dibuat. Ada sedikit kekeliruan nama watak.
Mrs Gibran  by Ku_Ashiqien
Ku_Ashiqien
  • WpView
    Reads 1,624,501
  • WpVote
    Votes 63,471
  • WpPart
    Parts 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti,aku yang sendiri yang akan meleraikan hubungan kita." "Saya nak jadi Bidadari untuk awak.Bidadari untuk Gibran." "Meskipun hanya pinjaman dunia tapi dia lah perkara paling indah yang pernah hadir.Hanya dia tiada yang lain. Start-2.5.2022 End-11.12.2022
Imperfect Love by shahraa00
shahraa00
  • WpView
    Reads 320,816
  • WpVote
    Votes 13,945
  • WpPart
    Parts 88
Tiada cinta yang sempurna. Tiada kehidupan yang sempurna. Iya tergantung bagaimana kita merasakan ia cukup sempurna.
ISTERI TUAN GHIBRAN  by cweetiee
cweetiee
  • WpView
    Reads 1,963,179
  • WpVote
    Votes 141,441
  • WpPart
    Parts 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu dah tua orang asyik panggil tuan muda."- Dahlia umairah. "Yang kau panjat pokok kelapa jiran tu dah kenapa? nak mati !" -Emir Ghibran iskandar Hari demi hari bersama isteri kecil nya, rasa sayang mulai pun hadir antara mereka. "Awak tau beza awak dengan monyet? Dia monyet, awak buaya." Dia gadis pertama yang mencuit hatinya dan juga merupakan wanita pertama yang menakluki seluruh jiwanya. "Jangan cakapkan itik ayam pun kejar saya tau, kira untung awak dapat memperisterikan saya." Cinta ini milik mereka kerana, Tuan Muda hanya untuk Puan senget ! Warning⚠️ [Typo dimana-mana] [Have many harsh word] [cliche&cliche] [Broken grammar] Start :21/3/2022 End :