zweite
7 stories
Kayra Nelida by ZaraZahra1234
ZaraZahra1234
  • WpView
    Reads 118,036
  • WpVote
    Votes 3,887
  • WpPart
    Parts 52
Kayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa disengajakan. Percintaan dengan Khairil amat ditentang hebat oleh Cempaka, mak saudara Kayra sendiri yang mana sudah sekian lama meraih cinta dari Khairil. Saat hatinya diulit rasa bahagia, Leman pula muncul mahu merungkaikan suatu kes berat yang melibatkan Dato Rasyid, papa Kayra. Dalam masa yang sama, Leman semakin galak mengugut dan bermain kata cinta pada Kayra supaya dapat mengheretnya ke perkahwinan tanpa rela. Apa reaksi Khairil bila mengetahui kekasih hatinya akan melangsungkan pernikahan? Adakah Kayra akan mendiamkan diri sahaja dan tetap meneruskan hajat Leman? Mampukah dia mengecap bahagia andai hatinya menolak? Inikah penghujung kisah cintanya dengan Khairil?
Aku Mencari Bahagia. by ejaroses
ejaroses
  • WpView
    Reads 14,108
  • WpVote
    Votes 620
  • WpPart
    Parts 20
Fatin Dania. Seorang gadis malang berusia 19 Tahun. Dia tidak pernah mengenal erti bahagia dalam kehidupannya. Dia melangkah keluar dari RAAJ (Rumah Anak-Anak Jamil) dengan tekad untuk mencari kebahagiannya. Namun sebelum dia melangkah keluar. Ada yang berbisik ditelinganya. "Tunggu aku Fatin." Siapa sangka yang keluarnya dia dari rumah kebajikan itu. Bakal membuka lagi lembaran baru dalam hidupnya. Satu kejadian yang tidak diingini telah membawanya kedalam kehidupan dua orang pewaris syarikat perhotelan Casa Mia. Azmi Hidayat 25 tahun dan Ziana Ammara 27 tahun. _ Kau sengaja nak perangkap aku kan?!. - Azmi. Sumpah saya tak tahu apa-apa!. - Fatin. *** Tapi Kak. Mi cintakan Lyana!. - Azmi. Cinta tak boleh bagi makan Azmi Hidayat!. - Ziana. *** Maafkan saya. Kenapa pula saya nak kena kahwin dengan adik Cik Ziana?. - Fatin. Sebab you tak ada pilihan lain. - Ziana. Pilihan apa yang dia ada ketika ini?. Dia keluar dari rumah kebajikan itu untuk membuka buku baru. Dia mahu mencari kebahagiannya. Namun begini pula jadinya. Lelaki itu membencinya dan kalau dia berkahwin juga dengan lelaki itu. Itu sama sahaja seperti keluar dari kandang harimau, masuk pula ke kandang singa. Tidak mungkin itu terjadi. Tekadnya. Start: 141020 End:
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,104,531
  • WpVote
    Votes 354,151
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
Tetap Milikmu by hatawajuddin
hatawajuddin
  • WpView
    Reads 2,422
  • WpVote
    Votes 368
  • WpPart
    Parts 15
Ini kisah Ammar Khuzairy dan Nur Armel. Kepulangan Ammar ke Malaysia untuk mencari Suraya, kekasih hati yang tiba-tiba hilang membawa cintanya. Tanpa Ammar ketahui Suraya telah mengandungkan anaknya. Demi mahu menebus kesilapan diri Ammar bersetuju untuk mengikut telunjuk Datin Sopia. Rancangan dia adalah untuk memusnahkan syarikat milik ayahnya sendiri iaitu Tuan Hamzah. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Bukan mudah untuk Ammar merangkul kepercayaan si ayah sehinggalah dia memutuskan untuk mengahwini Armel. Wanita itu akan menjadi batu loncatan Ammar untuk memusnahkan Tuan Hamzah. Ammar menaburkan segala sumpah dan janji untuk menjaga dan mencintai Armel. Hakikatnya dia hanya bermain cinta. Bisikan rindu dan lafaz sayang hanya untuk mengaburi mata orang yang dia tulus mencintai si isteri. Semuanya terlihat indah oleh Armel yang sememangnya telah lama mendambakan Ammar. Dia hanyut dalam cinta dan kepercayaan sehingga dia buta hendak menilai keikhlasan Ammar. Sampai satu saat, Ammar terjerat dengan permainan sendiri. Dia mengaku yang cintanya buat Armel sudah bermukim di dalam hati. Ammar mulai menukar corak permainan. Berhati-hati dia menyembunyikan rahsianya agar tidak ketahuan oleh Armel. Ammar takut dirinya dibenci oleh Armel. Ammar risau dia bakal kehilangan wanita yang bergelar isteri. Bila satu persatu rahsia Ammar tersingkap, Armel rebah ke bumi. Terasa satu dunia menghentam kebodohannya kerana mencintai lelaki itu. Saat kaki ingin berlari jauh dari Ammar, ada tangan kecil yang menarik dia kembali. Armel terkaku. "Abang mohon Mel jangan tingkalkan abang dan Hilman. Kalau Mel tak buat untuk abang, buatlah demi Hilman. Dia perlukan Mel." - Ammar Khuzairy "Dia bukan anak saya. Saya tak pernah mengandung dan melahirkan anak awak." - Nur Armel. Masihkah hati ini milik ku?
Ku Pilih Dia (✓) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 240,441
  • WpVote
    Votes 12,593
  • WpPart
    Parts 55
- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Entah siapa yang mampu bertahan dengan gadis seperti itu. Namun, dia sering merasakan dia seorang yang pincang dan tidak sempurna untuk memiliki cinta yang tulus dari lelaki yang didambakan. Siapakah lelaki terhebat yang berjaya membuka hati seorang gadis yang heartless seperti Liyyan? . Mungkin tajuknya sedikit pelik tapi kalau nak tahu, Jemput baca, blurb ringkas je. Start : 15-09-2021 End : 11-10-2021 💯 Idea xtheaura sendiri. ❌ Jangan tiru, tak baik. 🌹 Kalau tak keberatan, lepas baca sila tekan vote✨ kalau rajin, komen🌻
I Miss You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 2,568,553
  • WpVote
    Votes 97,873
  • WpPart
    Parts 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ Jayden pernah menjadi bayangan silam yang menghantui Sofea. Lelaki yang membuli, menghina, dan meninggalkannya dengan luka. Selepas lima tahun, mereka bertemu kembali dan ditakdirkan sebagai suami isteri kerana satu fitnah yang menjatuhkan maruah Sofea. Perkahwinan itu tidak dimulakan dengan cinta, namun Jayden diam-diam belajar menyayangi wanita yang pernah dia sakiti. Dia cuba membayar semua kesalahan masa silam, namun sayangnya... sejarah berulang. Satu lagi fitnah memisahkan mereka dan kali ini, Sofea yang pergi meninggalkan Jayden tanpa menoleh ke belakang. ❄ I Miss You ++ Bonus I Miss You 2 ~ Kisah cinta Amar Gadafi dan Yara © 2018
I Choose You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 1,232,338
  • WpVote
    Votes 54,032
  • WpPart
    Parts 73
~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak apa yang awak buat pada saya? Sedangkan Tg Rasydan pun hina saya, kenapa tak mereka? Kenapa mereka perlu layan saya baik baik kalau Tg Rasydan sendiri pun layan saya macam sampah! ❄ Kau sakitkan perempuan aku. Kau ingat aku akan lepaskan kau? ❄ Kau jangan lupa. Kau milik aku. Aku...dah bayar kau. Jangan sesekali kau berani nak tolak aku. Aku dah bagi segalanya pada kau. ❄ Do you even listen to me? Saya bukan boneka awak, Tg Rasydan. Jangan nak arah saya sesuka hati! ❄ Cari dia. Get her for me. Aku tak nak hilang dia. ❄ Nia...aku tak sanggup nak khianati dia. Aku tak sanggup sebab aku yakin dia juga terpaksa tinggalkan aku. Segala rasa dalam hati aku untuk kau, aku tepis. Aku tak boleh...sayangkan kau. ❄ Tg Rasydan...can you...just love me? Let her go from your life. Love me, can you? ❄ You asked me to let her go. And I do. But why...why it's so hard? Why it's hurt so much? ❄ I choose...not to take the risk. Maya...is so precious. Dia tak layak dapat lelaki macam aku. Aku kena...lepaskan dia. ❄ Aku tak benarkan kau berkawan dengan lelaki yang bukan bukan. When I said, he's no good for you, then stop. ❄ Saya tak sanggup kecewa lagi. Awak hanya singgahan sementara hati saya. Marry me? © 2018