🤍
70 stories
COACH MUSUHKU IALAH TAKDIRKU | OG  by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 16,914
  • WpVote
    Votes 1,154
  • WpPart
    Parts 30
Inara Amanda. Seorang gadis yang lembut pada zahirnya, namun keras pada jiwanya. Sejak lahir, dia dididik untuk menjadi pemberani tanpa ruang untuk rasa takut. Dunia yang dibesarkannya tidak pernah mengajar erti lemah. Dia juga merupakan antara pelajar Muay Thai terbaik di Malaysia. Namun takdir membawa perubahan. Inara berpindah ke negara baharu, meninggalkan segalanya, dan bakal berlatih di bawah bimbingan seorang coach baharu. Dalam fikirannya, coach itu seorang wanita. Itulah yang dia percaya. Sehinggalah saat matanya bertembung dengan figura yang berdiri di hadapannya dan dunianya seakan berhenti berputar. Kenapa mereka perlu bertemu? Kenapa...dia? "Look who we have now." - Adriel Mikael Adriel Mikael. Jejaka yang menjadi dambaan ramai wanita. Seorang coach Muay Thai bertaraf antarabangsa, disegani di seluruh ASIA. Dalam masa yang sama, dia juga seorang usahawan berjaya yang namanya dikenali merentas negara. Sukar untuk menafikan. Lelaki ini terlalu lengkap. Terlalu sempurna. Namun di sebalik segala pertembungan, pertengkaran dan masa lalu yang menyakitkan, Adriel mula merasakan sesuatu yang asing muncul dalam dirinya. Sesuatu yang tidak pernah dia izinkan untuk wujud. Dia tidak pasti apa namanya. Tetapi satu perkara jelas, selagi gadis itu berada di sisinya, hatinya terasa tenang. Walhal...gadis itu adalah musuhnya sejak bertahun-tahun dahulu. Namun apa pilihan yang dia ada? Hatinya menginginkannya. Dia mahu Inara menjadi miliknya untuk selama-lamanya. "We are different Adriel. You and I...can't be together." - Inara Amanda "If we are different why don't we just do it? We are like cats and dogs. From enemies they became friends but we..." - Adriel Mikael "From enemies to happy partners." Start: 1/1/2026 End: ?
IYANHANI : HIS HONEY by itserynsss
itserynsss
  • WpView
    Reads 70,068
  • WpVote
    Votes 2,707
  • WpPart
    Parts 63
TENGKU ARIYAN DERRON ~ DANISHA HANI TENGKU's SERIES VOL 3 NEW VERSION DANISHA HANI seorang gadis yang dikurung oleh ibunya dari umur 10 tahun hingga 22 tahun. Tiada siapa tahu mengapa ibunya kurung dirinya dalam sebuah bilik khas. TENGKU ARIYAN lelaki yang kadang dingin kadang biadap. Mood Ariyan mudah berbolak balik namun tidak pada hatinya. Hatinya menunggu seorang gadis yang dia pernah jumpa sekali dlm hidupnya. Pada suatu hari..Danisha Hani berjaya keluar dari penjara yang dia duduk bertahun-tahun. Saat dia keluar dari penjara Danisha terlanggar Ariyan. "Awak lagi??" -DANISHA HANI. "Kita pernah jumpa ke?" -TENGKU ARIYAN Namun dengan kehadiran Danisha Hani Ariyan berasa rimas kerana gadis itu suka paksanya untuk mendengar arahan. "Saya nak mintak tolong." -DANISHA HANI "Aku akan tolong kau buat terakhir janji kau blah dari hidup aku." -TENGKU ARIYAN. "Baik. Kahwin dengan saya." -DANISHA HANI. Ayat yang dilontarkan oleh Danisha membuat Ariyan tidak senang duduk. Setiap masa ayat itu terngiang di ingatannya. "Saya merayu tolong kahwin dengan saya. Saya taknak kena kurung lagi." -DANISHA HANI. "Aku rasa kau kena kurung sebab ada penyakit mental." -TENGKU ARIYAN. Adakah Tengku Ariyan setuju dengan rancangan Gila Danisha Hani atau Ariyan menolak? Apa akan jadi pada hubungan mereka kalau mereka kahwin tanpa rasa cinta?
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,921,145
  • WpVote
    Votes 19,574
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Loving And Loved by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 324,247
  • WpVote
    Votes 12,947
  • WpPart
    Parts 52
Hazz Edraqi | Dahlia Evelyn Disebalik tenangnya wajah dia, tersimpan satu memori gelap yang dia cuba padam sehingga menetapkan CINTA bukan satu prioriti buat dirinya. Orangnya dingin, perangainya pun kurang sopan! Tapi entah kenapa, dia sentiasa diterima oleh semua orang. Dia Hazz Edraqi. "Tolong simpan perasaan kau tu dalam-dalam sebab aku tak peduli pun." - HAZZ EDRAQI Ya ke tak peduli? Setiap patah kata yang keluar dari mulut lancang lelaki itu memicu rasa ingin tahu anak dara majikannya. Orangnya berperangai bebas tapi hidup dikongkong orang tua. Misinya hanya satu, berkahwin dengan Edraqi dan bebas dari dikongkong mummy dan daddy serta abangnya yang gila. Dia Dahlia Evelyn. "Be my husband. I'll show you how love can make your everyday worth living." - DAHLIA EVELYN Namun siapa sangka, baru hari pertama kahwin dah berbincang pasal penceraian. Gila! Dikala mereka berdua baru mahu mengecapi kebahagiaan, satu demi satu rahsia terbongkar yang bakal menggoyahkan rumah tangga mereka. "I will never make it easy for you." - Hazz Edraqi "The weak can never forgive, Hazz." - Dahlia Evelyn •Slow Burn Romance •Green Flag ML •Sad Romance •Angst start : 15.5.2025 end : 22.8.2025
୨ SILENT CODE OF HEARTS ୧ by Rlznaelyn
Rlznaelyn
  • WpView
    Reads 19,053
  • WpVote
    Votes 1,028
  • WpPart
    Parts 34
Engku Ahyan Eijaz. CEO sebuah empayar korporat antarabangsa, separuh Itali, berdarah dingin dan berpengaruh. Namun, di sebalik kuasa dan ketampanannya, dia menyimpan dunia yang sunyi. Dunia tanpa bunyi kerana dia deaf sejak remaja. Dunia itu membentuk dirinya menjadi manusia beku, keras, dan sukar didekati. Dia tidak perlukan simpati, jauh sekali cinta. Hingga satu hari, hadir seorang gadis polos bernama Aira Qristine. Engineer muda yang berani melawan sindiran, suka sarcasm dan ada hati lembut di sebalik. Masalahnya? Ahyan ialah sahabat karib kepada abang sulung Aira, lelaki yang selama ini menjadi 'bodyguard' tak rasmi untuk adiknya. Perhubungan mereka bermula dengan salah faham, berlanjutan ke percikan emosi dan akhirnya satu tarikan yang mereka cuba lawan. Namun, dunia Ahyan bukan sekadar sunyi, ia berbahay ina. Dendam lama, bekas tunang obsesif, pengkhianatan korporat dan kegelapan yang penuh darah mula mengelilingi mereka. Mampukah Aira bertahan dalam dunia bisu yang berdarah? Atau, adakah cinta akan kekal walaupun hanya dalam isyarat tangan dan pandangan mata?
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 323,822
  • WpVote
    Votes 11,041
  • WpPart
    Parts 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
Gibran: Shattered Trust [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 214,347
  • WpVote
    Votes 6,804
  • WpPart
    Parts 74
Gibran Ghazi x Nur Arabella Kharisa 3rd The Dementors Series Perkahwinan antara Gibran Ghazi dan Nur Arabella Kharisa bukanlah atas dasar cinta, tetapi hasil aturan keluarga. Dahulu, mereka adalah musuh abadi di Universiti Arkadia, sering bertelingkah dalam setiap pertemuan. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bella, seorang wanita yang tabah dan penyayang, berusaha menyesuaikan diri dalam perkahwinan tanpa cinta ini. Dia berharap, seiring waktu, Gibran akan membuka hatinya. Namun, Gibran masih terperangkap dalam bayangan cinta pertamanya. Tanpa pengetahuan Bella, hubungan masa lalu antara Gibran dan cinta pertama lelaki itu menjadi duri dalam perkahwinan mereka. Apabila kebenaran terbongkar, Bella merasa dikhianati oleh suami yang paling dipercayainya. Hatinya hancur, dan kepercayaannya musnah. Gibran, yang selama ini tidak menghargai perasaan Bella, akhirnya sedar bahawa cintanya hanya untuk Bella. Namun, segalanya sudah terlambat. Bella telah lelah berjuang sendirian dalam perkahwinan ini. Kini, Gibran berdepan dengan penyesalan yang mendalam. Dia ingin menebus kesilapannya dan memenangi semula hati Bella. Namun, adakah Bella masih bersedia memberi peluang kedua, atau perkahwinan mereka hanya tinggal kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan?
Fahrin Mikael: Love and Addiction (completed) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 2,111,667
  • WpVote
    Votes 195,922
  • WpPart
    Parts 78
Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 169,117
  • WpVote
    Votes 11,382
  • WpPart
    Parts 37
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?