Storyy
7 stories
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 by _theserra
_theserra
  • WpView
    Reads 455,461
  • WpVote
    Votes 11,896
  • WpPart
    Parts 39
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] 'Mengapa di saat cinta mula berputik, takdir seakan membawa haluan berbeza?' Mereka bertemu dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Mereka jatuh cinta pada waktu yang tidak sesuai. Dan mereka terikat dalam permainan yang tidak pernah mereka pilih. "Aku datang atas urusan kerja, bukan masa lalu." - Zenia Hudson "Kerja ya? Atau untuk cuci dosa lama kau?" - Aidan Hanif Pertemuan semula selepas bertahun itu membuka kembali luka lama, bersama kenangan yang selama ini cuba dikuburkan. Ketika empayar Hudson berada di ambang kemusnahan, Zenia dipaksa membuat pilihan. Mengorbankan cintanya atau menyelamatkan legasi keluarga. "Aku boleh stabilkan reputasi Hudson." "Tapi dengan satu syarat." - Aidan Hanif "Syarat... apa?" - Zenia Hudson "Kahwin dengan aku." - Aidan Hanif Saat kebenaran mula terbongkar satu persatu, Aidan tersedar bahawa wanita yang hadir membawa cahaya dalam hidupnya adalah orang yang sama hampir memusnahkannya. "Aku tak pernah bencikan kau... aku cuma benci diri sendiri sebab masih pilih kau." - Aidan Hanif Namun, sejauh manakah cinta mampu bertahan saat kepercayaan dikhianati? Antara cinta dan tanggungjawab, mana satu yang patut dikorbankan? Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra [ in revamp process ]
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [TERBIT] by Estellesses
Estellesses
  • WpView
    Reads 496,132
  • WpVote
    Votes 3,698
  • WpPart
    Parts 7
Fayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amilya?
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 7,068,942
  • WpVote
    Votes 288,217
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 2,653,440
  • WpVote
    Votes 128,666
  • WpPart
    Parts 57
[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seorang penghibur malah suka bergurau. Tapi kerana satu kejadian yang telah memberi impak terbesar dalam hidupnya telah merubah perwatakannya. Dari suka bergaul kini dia suka menyendiri malah mula dikenali dengan perwatakan bekunya. serta tanpa perasaan. JANNAH ADRIANA - Seorang gadis periang yang berkerja sebagai doktor gigi. Dikenali dengan perangai masuk airnya serta kecomelannya. Mempunyai paras yang cantik dan mampu menarik perhatian orang-orang disekelilingnya. Sifatnya yang lemah lembut malah selalu merendah diri. Tapi siapa sangka? Dalam diam dia cuba berusaha menghilangkan perasaan yang sudah terpendam lama terhadap seorang lelaki. Perasaan yang tidak pernah dia luah. Tetapi seakan susah untuk dia menghilangkan perasaan tersebut. Inikan dia luah. Belum dia luah saja dia sudah tahu perasaan lelaki itu terhadapnya. Tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Tingkah jejaka itu saja selalu menyakitinya dalam diam. Makanya dia mengambil keputusan untuk berusaha menghilangkan perasannya terhadap jejaka itu walaupun seakan tidak mampu ia lakukan. Ya jejaka itu Detektif Maiq Hakimi. Tiada siapa yang tahu apa yang terpendam dalam lubuk hatinya. Hanya dia saja yang tahu. Yang pasti dalam dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Tapi dalam hatinya ada seseorang. Jannah Adriana. Gadis itu yang bertaktah didalam hatinya. Dalam dia menunjukkan tiada keinginan dekat gadis itu. Tapi akan dia pastikan tiada siapa yang dapat memiliki gadis itu selain dia. Amaran : [Pembaca matang saja] [Cringe] [18SG] ⚠️So read at your own risk⚠️ ⚠️All characters, Location, Places, Incidents in this story are fictional!⚠
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C] by daisybalqis
daisybalqis
  • WpView
    Reads 1,302,727
  • WpVote
    Votes 55,394
  • WpPart
    Parts 67
Kepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain meskipun seseorang itu amat penting dalam kehidupannya. Zaqwan Adyyan- seorang lelaki yang berhati keras tetapi kepercayaan yang diletakkan terhadap seseorang amat tinggi, tetapi tidak untuk cinta. Haira Kairina- Seorang gadis yang mempunyai personality yang happy-go-lucky dan mudah mempercayai seseorang. Dia mudah jatuh dengan kata-kata manis yang membuatkan dirinya leka dalam kehidupan gadisnya. " Awak ni memang tak reti cakap elok-elok ke? Asyik nak marah je. Benci lah macam ni, sumbat kasut ni baru tahu." - Haira Kairina " Aku kenal je kau, kau je yang tak kenal aku. Menyampah pulak aku dapat kenal dengan betina gila ni."- Zaqwan Adyyan Namun beberapa peristiwa telah merobek kepercayaan dalam kisah masing-masing hingga membuatkan mereka berdua berteka-teki, adakah perit sebuah kepercayaan yang diletakkan atau kepercayaan yang diletakkan sangat menyakitkan? Adakah kekuatan yang lama dia sorokkan akan diterbitkan kembali untuk melindungi orang yang dia sayang? "Jangan menangis depan aku lain kali. Aku tak suka tengok." Zaqwan Adyyan. " Saya rasa, love isn't for me. Biar lah hidup saya macam ni."- Haira Kairina Apakah kesudahan kisah mereka berdua? Masihkah mampu mereka meletakkan kepercayaan terhadap diri seseorang semula ataupun masih tenggelam dengan kepercayaan yang pernah dirobek? "Trust me is your choice, make you trust me is my responsibility." - Zaqwan Adyyan Mampukah dia terus bertenang atau mengeluarkan sisi lamanya sekiranya orang yang dia sayang disentuh? "I can smell the bitch." - Zaqwan Adyyan Adakah dia akan terus berselindung di bawah kepercayaan atau akan bertindak untuk membina kepercayaan?
Qayyum: His Weakness©️ by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 1,066,984
  • WpVote
    Votes 44,472
  • WpPart
    Parts 25
Under Series Vol II. [Terbit PBAKL2026] Known as His Weakness. Menjadi orang yang jatuh cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah. Bagi Qayyum Darwish, segala isi hatinya disimpan rapi daripada pandangan dunia, apatah lagi wanita yang dicintainya bukanlah perempuan biasa. "Kau tahu kan, siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean.. her relationship with him?" - Fareez Soalan itu membuatkan Qayyum membeku. Memiliki sahabat yang terlalu memahami rahsianya kadangkala lebih berbahaya, terutamanya apabila Fareez antara yang paling rapat dengan 'bos besar'nya. "You have no idea how long I've stood in the shadows just to protect her. Aku akan buktikan hasilnya suatu hari nanti, Reez." - Qayyum Darwish Demi Khalisa Fredella, Qayyum memilih untuk berdiri di sebalik bayang-bayang. Gelaran 'Mr 719' menjadi rahsia yang membolehkannya melindungi wanita itu secara senyap, walaupun cintanya tidak pernah terucap. "Ke mana saya pergi mesti ada awak. Jangan sibuk boleh?" - Fredella "Nak sibuk juga, boleh?" - Qayyum Namun, saat Qayyum akhirnya meluahkan isi hatinya, dia hanya bertemu luka. "I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!" - Fredella "Rimas?" - Qayyum "Rimas sangat. Awak suka saya, dan expect orang yang awak suka ni boleh ada perasaan yang sama? Cuba sedar!" - Fredella Qayyum terdiam, menyedari harapan yang dipendamnya mungkin tidak akan pernah berbalas. Bagi dirinya, Fredella terlalu sempurna walaupun dunia melihat wanita itu dengan cara yang berbeza. "Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah. Dan saya harap awak datang kembali pada saya... juga kerana Allah." - Qayyum Kata-kata itu menjadi doa yang disembunyikan dalam diam. Kembali. Adakah ucapan Qayyum itu akan jadi nyata? Fredella akan cari dia ke? Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama. Bahagia dan ketenangan yang Fredella cari selama ini, adakah semua itu ada pada Qayyum Darwish? "Call me possessive if you want, but I'll always be your protector."
Farrel's Boo ©️ by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 4,946,377
  • WpVote
    Votes 97,115
  • WpPart
    Parts 19
Under Series Vol I. [Terbit PBAKL2025] Known as His Boo. Dedaun luka yang tetap indah, bertemu ais kutub yang dingin dan mematikan. Dua jiwa dari dunia berbeza, disatukan oleh takdir yang tidak pernah mereka pinta. Aisy Melina tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Namun selepas kehilangan ibu bapa, dia menjadi benteng terakhir buat adik-adiknya. Ketabahan itu teruji apabila sebuah kecuaian meragut nyawa, menghancurkan hidup yang sedia rapuh. "Adik saya mati sebab awak!" - Aisy Melina Khalaf Farrel, nama yang menjadi mimpi ngeri Aisy. Dingin. Misteri. Bermata kelam dan wajah sekeras arca. Darah Jermannya tak hanya mengukir ketampanan, tapi juga tembok beku yang sukar didekati. Sejak kematian ayahnya, Khalaf tidak kenal erti simpati. "I won't forgive and forget." - Khalaf Farrel Mereka tidak pernah mencari antara satu sama lain, namun dunia seolah-olah telah menetapkan ikatan. Tiada siapa percaya lelaki itu mampu menyimpan nama sesiapa dalam hatinya. Dia tidak memberi peluang. Apatah lagi membuka ruang. Dia ada hati ke? Namun di balik beku itu, ada bara yang menyala. Dan satu-satunya yang membangkitkannya hanyalah Aisy Melina. "You will make me need you in my life without anyone realising it," - Khalaf Farrel Sekeras mana pun seorang Khalaf, dia tetap punya titik rapuh, Aisy... dan keluarganya. Sentuh mereka... maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun. "She's mine. If you make me repeat those words, I won't speak with my mouth, but with my hands." - Khalaf Farrel Saat bahagia dan luka mula bersatu, satu rahsia mula terbuka. Rahsia yang bisa menghancurkan segalanya. Khalaf teruji. Mampukan dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya? Aisy? Ibunya? Atau bayangan lain yang diam-diam menanti untuk memusnahkan mereka? "He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you." All Rights Reserved Nabillss. [DI BAWAH TERBITAN FAJAR PAKEER]