mylovegulahati's Reading List
198 stories
Her Brother's Keeper  by Si_LangitSenja
Si_LangitSenja
  • WpView
    Reads 50,750
  • WpVote
    Votes 3,178
  • WpPart
    Parts 51
Dalam keluarga yang dihuni tujuh orang abang, Alya membesar sebagai satu-satunya bongsu perempuan dan sekaligus menjadi pusat perhatian, pusat kerisauan, dan pusat kasih yang tidak pernah surut. Setiap abang punya perangai dan cara sayang yang berbeza: Ada yang keras demi melindungi. Ada yang lembut untuk menenangkan. Ada yang lebih banyak memendam daripada berkata-kata. Di rumah ini, gaduh kecil adalah bahasa sayang. Jeritan dari dapur sampai ke ruang tamu adalah perkara biasa. Namun di sebalik tawa dan hiruk-pikuk itu, ada hati yang pernah retak. Ada luka yang tidak pernah diberi masa untuk sembuh. Dan Alya, si bongsu yang selalu dijaga, perlahan-lahan mula sedar bahawa abang-abangnya juga manusia yang boleh rapuh. Ini bukan kisah keluarga yang sempurna. Ini kisah tentang proses belajar menjadi penjaga. Tentang adik perempuan yang disayangi lebih daripada apa yang dia sedari...dan tujuh orang abang yang, satu demi satu, akhirnya belajar menjaga hati mereka sendiri. ⚠️ [Warning] LEGAL DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini berunsur keluarga, komedi, dan nilai Islam. ❌ Tiada unsur lucah. ❌ Tiada unsur dewasa. ❌ Tiada percintaan terlarang. Semua hubungan dalam cerita adalah "Kekeluargaan" & "Persahabatan", dibina atas kasih sayang, bukan cinta songsang. (Sila jangan salah letak genre/reading list) 📌 Mohon hormati genre & niat karya ini.
HIS DANIELLA [C] by mistellina22
mistellina22
  • WpView
    Reads 40,196
  • WpVote
    Votes 1,102
  • WpPart
    Parts 38
[COMPLETE] 1st {Louis series} Imran Haziq x Haura Daniella Imran Haziq, seorang jejaka yang hidupnya hanya untuk ibunya. Namun kebahagian yang dicipta diruntuhkan sendiri oleh ayah yang seharusnya memberi kebahagian. "Don't you dare to touch my mom!" "Follow me my son... your mummy will be safe" Haura Daniella. Dia seorang perempuan yang dijual bapa sendiri semata-mata melangsaikan hutang. Dibida seolah-olah tak punya harga diri "30 juta" suara garau itu mengheningkan suasana. Semua berbisik-bisik sesama sendiri. "30 Juta Sold!!!" Ghaffar tersenyum sinis. Gadis manis itu menjadi miliknya. Perjalanan hidup yang berlainan tetapi menemukan dua insan. "Kau buta ke?" Marah Imran apabila tubuhnya dilanggar kasar oleh seorang perempuan. "Maaf, maaf..." perempuan itu terus berlalu pergi. Sangkanya itu hanya pertemuan biasa, tapi rupanya pertemuan mereka dirancang begitu juga perkahwinan. Adakah selamanya akan tunduk? atau bangkit mengejar bahagia? -unedited version-
Tengku Airiel Zafran: His Fail Love [COMPLETE] by thefloriana
thefloriana
  • WpView
    Reads 11,630
  • WpVote
    Votes 429
  • WpPart
    Parts 52
Pada siang hari, dia adalah Tengku Airiel Zafran, pewaris muda berusia 29 tahun yang memimpin sebuah syarikat terkenal dan dihormati. Namun apabila malam menjelma, dia berubah menjadi Tuan Zafran, seorang ketua mafia yang ditakuti, tidak berperikemanusiaan dan dingin tanpa belas kasihan. Dua identiti. Dua dunia. Satu rahsia gelap yang tiada siapa tahu. Namun segalanya berubah apabila seorang lelaki gagal membayar hutang dalam masa yang dijanjikan. Dalam amarah dan dendam, Tuan Zafran akhirnya bertemu dengan anak perempuan si penghutang. Seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Pada awalnya, niatnya hanya satu iaitu menjadikan gadis itu sebagai tebusan. Tapi lama-kelamaan, kehadiran gadis itu mula mencairkan hati yang selama ini penuh dengan kekejaman dunia gelap. Gadis itu hadir membawa cahaya ke dalam dunia Tuan Zafran yang kelam. Namun, mampukah kasih yang tumbuh dalam bayang-bayang dan bahaya akan kekal selamanya? Atau adakah masa silam Tuan Zafran akan menghancurkan segala-galanya? Selamat membaca.. ⚠Peringatan kepada semua bahawa cerita ini tidak ada kaitan dengan dunia luar. Jika anda mendapati kesamaan dari segi nama atau jalan cerita, itu hanya satu kebetulan. ⚠No copy! Isi dan jalan cerita semua dari otak author sendiri.. Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa dengan membaca cerita floriana. Harap semua menikmati..
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 115,533
  • WpVote
    Votes 5,647
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
SILENT BETRAYAL  | C | by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 219,469
  • WpVote
    Votes 5,701
  • WpPart
    Parts 45
"Sometimes, the deepest wounds come from the quietest betrayals." Dia - Zayyan Emir, lelaki dingin yang menguasai dunia korporat dengan ketegasan dan prinsip. Tiada ruang untuk cinta, tiada tempat untuk wanita dalam dunianya yang penuh aturan dan reputasi. Namun hidupnya berubah drastik bila satu tuduhan menjatuhkan maruahnya - dituduh mengandungkan seorang wanita asing. Wanita itu muncul dalam hidupnya bukan dengan senyuman, tapi dengan kandungan yang memboyot dan linangan air mata. Fitnah itu datang dari adik kandungnya sendiri. Zayyan tidak mahu mendengar penjelasan. Dia hanya mahu menebus maruah. Maka perkahwinan paksa pun terjadi. Wanita itu, Arianna Liyana, kini sah isterinya - tapi dalam hatinya, dia hanya 'hukuman'. Arianna terperangkap dalam perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Dipandang hina, dilayan tanpa hati, dan dituduh membawa aib. Namun dia tetap bertahan - demi anak yang tidak bersalah. Dan perlahan-lahan, retak pada dinding hati Zayyan mula terbuka. Dia mula melihat cinta dalam diam Arianna. Dia mula menyayangi anak yang bukan darah dagingnya. Tapi saat cinta ingin mekar... Kebenaran akhirnya terbongkar. Dan segalanya mungkin sudah terlalu lambat.
Sungguh Aku Mencintaimu by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,067,076
  • WpVote
    Votes 24,827
  • WpPart
    Parts 75
Satu tragedi malam membuatkan Adrina dan Zahrif disatukan dalam keadaan yang tidak rela. "Aku tanya macam mana kau ada malam tu! Kau yang nak perangkap aku?! " - Ariz Zahrif " Tak ada masa aku nak perangkap kau! Mulut kau tu biar elok sikit eh! Dah lama tak minum peluntur?!" - Nur Adrina Zahra. Daripada benci mula bertukar menjadi cinta sedikit demi sedikit. Namun, kebahagiaan yang baru mula berputik lenyap sekelip mata apabila kehadiran orang ketiga dan Adrina kehilangan anak yang dikandungnya. Apakah Adrina mampu menerima Zahrif semula?
𝕀𝕊𝕋𝔼ℝ𝕀 𝕐𝔸ℕ𝔾 𝔻𝕀𝔹𝔼𝕃𝕀 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 4,482,101
  • WpVote
    Votes 62,939
  • WpPart
    Parts 34
cringe alert ‼️ sedang edit
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 287,896
  • WpVote
    Votes 10,372
  • WpPart
    Parts 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
BE MY TESORO by Sofeaelyysa_
Sofeaelyysa_
  • WpView
    Reads 1,121,728
  • WpVote
    Votes 46,549
  • WpPart
    Parts 62
Tak best pun story ni jujur shakap:) Start: 31/8/2022 End: 16/8/2023
Never Our Until It Was by RinaNur_08v
RinaNur_08v
  • WpView
    Reads 256
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 1
Kahwin secara paksa oleh keluarga tanpa mereka tahu puncanya Noah bin Mateo, seorang ahli bomba dan seorang ketua pengawai operasi (COO) Lelaki yang selalu benci akan wanita selepas ditinggalkan oleh bekas kekasihnya, dan sekarang dia dipaksa untuk berkahwin dengan wanita yang dia sendiri tidak kenal Luna Rosie binti Henry, wanita Kampung yang bekerja sebagai guru tadika, dia adalah Wanita yang lembut dan cantik tapi tetap tidak membuat Noah mencintai Luna Setelah kepulangan bekas kekasih Noah, Noah pergi tanpa kabar dari keluarganya dan pergi meninggalkan Luna yang sedang mengandung kan anaknya Setelah bertahun lamanya takdir menemukan mereka, tetapi Luna telah selamat melahirkan anak mereka berdua, dan Noah masih belum mencintainya Apakah mereka akan selamanya bersama? Atau ada satu hero akan datang ke hidup Luna?