On going
46 histórias
RAYYAN KHAN de eliesyaqyra
RAYYAN KHAN
eliesyaqyra
  • Leituras 353
  • Votos 9
  • Capítulos 2
"Cinta itu indah saat bertentang mata dengan mu, Joanna."
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] de Yasmyns_Dahlia
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED]
Yasmyns_Dahlia
  • Leituras 457,605
  • Votos 27,136
  • Capítulos 61
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
The Greatest Love #3 de queenz_isya
The Greatest Love #3
queenz_isya
  • Leituras 512,072
  • Votos 58,696
  • Capítulos 74
The Greatest #3 TGMS 2 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Zachary dan Irina-dua jiwa yang sama, terpantul dalam satu cerminan. Mereka berkongsi personaliti yang dominan, ego yang tinggi, dan hati yang dingin. Sejak dahulu, mereka terbiasa hidup tanpa emosi, menjadikan hubungan mereka sekadar perjanjian tanpa rasa. Namun, selepas perpisahan itu, Irina kembali ke London, tempat di mana hatinya benar-benar berada. Dia memutuskan segala ikatan yang masih bersisa di Malaysia, meninggalkan masa lalu tanpa menoleh ke belakang. Zachary dan Irina kembali menjalani kehidupan masing-masing, tetapi kali ini sebagai individu yang berdiri sendiri. Tiada lagi ikatan yang menyatukan mereka seperti dahulu, tiada lagi perkahwinan yang bertahan atas dasar kontrak. Dua tahun yang pernah mereka habiskan bersama kini hanya tinggal kenangan yang membeku dalam sejarah. Namun, sejauh mana mereka mampu mengabaikan bayangan satu sama lain? Adakah perpisahan benar-benar menandakan sebuah pengakhiran, atau mungkinkah takdir masih mempunyai rancangan lain untuk mereka? Start: 26/3/2025 End: 23/4/2025 TW: STRONG F... LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
Senja Untuk Azdihar |OG| de mochaagirlf
Senja Untuk Azdihar |OG|
mochaagirlf
  • Leituras 23,510
  • Votos 1,133
  • Capítulos 16
Senja Aafraen, merupakan seorang gadis yang berasal dari keluarga yang berada. Dia dibesarkan dengan kekayaan daripada kedua ibu bapanya yang terkenal kerana mempunyai sebuah syarikat antarabangsa yang sudah bercabang di beberapa negara. "Sun, mama tak pernah halang Sun nak buat apa-apapun dalam hidup ni. Tapi, Sun yakin nak kahwin dengan pilihan Sun? Macam mana kalau Sun tak biasa hidup dalam keadaan macam tu?" - Datin Seroja Harta bukanlah segalanya buat Senja. Malahan, alasan sebenar dia mampu membuat keputusan itu juga kerana dia mahu hidup yang sederhana. Kerana cinta pandang pertama kepada seorang penghantar makanan itu juga merupakan salah satu alasan. "Kalau keputusan Sun itu dapat membahagiakan Sun, mama dan papa merestui hubungan Sun dan dia. Kami juga tumpang bahagia." - Dato' Aaron "Moon pun tumpang bahagia untuk Sun. But remember, if he hurts you just tell me quickly. I'll make sure he deserves the same thing but more than what he did." Selene Aarezn Kasih sayang keluarga kepadanya tiada batas. Melepaskan bukanlah mudah tetapi melepaskan itu tanda sayang mereka kepada si bongsu. "Awak yakin nak kahwin dengan saya? Saya ni kerja food rider je. Gaji pun tak tahu cukup atau tidak nak bagi makan awak." - Azdihar Numair Azdihar Numair pilihan hati. Senja bukan perempuan yang memandang harta dan rupa tetapi hati yang ikhlas menerimanya. "Kenapa perlu ragu dengan saya? Awak ingat saya ni mintak dengan company awak untuk hantarkan makanan saya setiap hari tu saja-saja ke?" - Senja Aafraen Namun, disebalik kerja Azdihar Numair sebagai seorang rider food grab, terdapat seribu satu rahsia bahkan lebih. Apakah rahsia-rahsia itu? Adakah ia mampu meruntuhkan mahligai bahagia rumahtangga Senja Aafraen dan Azdihar Numair?
Isteri Halal Sementara  de misssaira
Isteri Halal Sementara
misssaira
  • Leituras 213,389
  • Votos 13,589
  • Capítulos 57
Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ AKAN DIUPDATE SETIAP HARI ] ✓ [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ] ✓ [ TAMAT DI WATTPAD ] ✓ [ MISALKAN TAK DAPAT UPDATE SEPERTI YANG DIJANJIKAN, MUNGKIN SAYA LUPA 🙏 ] ✓ [ TYPO BERSEPAH! TATABAHASA KE LAUT! ] ✓ [ TOLONG VOTE 🌟 DAN KOMEN KALAU TAK KEBERATAN 😁🫶] ✓
His Little Angel  de edryannaroseee
His Little Angel
edryannaroseee
  • Leituras 19,838
  • Votos 1,067
  • Capítulos 19
E N D R A N U F A E L • A N G G U N Y A R R A Jalan cerita hidup Anggun Yarra berubah apabila dia diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika mana majlis perkahwinannya bakal berlangsung. Motif? Tidak tahu. Punca? Lagilah tidak tahu! Tapi dirinya disimpan rapi selama 2 bulan tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ahli keluarga. "Tak, sekarang ni kenapa awak culik saya? Saya buat salah apa dekat awak? Awak dah hancurkan majlis kahwin saya tahu tak?!" - Anggun Yarra - "Gila ke apa nak biarkan isteri sendiri kahwin lagi sekali? Takkan ada lelaki yang nak biarkan isteri dia kahwin lain. Menyimpang agama namanya." - Endra Nufael - Hairan, selama dia hidup 25 tahun rasanya tidak pernah sekalipun dirinya diijabkabulkan oleh sesiapa. Dia masih bujang dan kini sedang bercinta dengan lelaki pilihannya sendiri, Doktor Umayr. Cuma, ada satu ketika itu dia kemalangan dan segala memori terhapus begitu sahaja. Segala kenangan pahit dan manis hilang tanpa meninggalkan satu debu pun. "Mama takkan izinkan Endra jejakkan kaki dekat dalam rumah ni, Yarra. Dia dah hancurkan keluarga kita. Takkan Yarra nak hidup dengan lelaki kotor macam ni?" - Puan Marissa - Keadaan semakin genting. Sedikit demi sedikit memori lama mencalit satu per satu ruang di dalam kepala. "Awak bunuh ayah saya sebab dia berhutang dengan awak? Bila awak serba salah tengok saya bersedih, awak kahwin dengan saya untuk tebus kesalahan jijik awak tu kononnya nak jadi pengganti ayah saya. Kejamnya awak, Endra." - Anggun Yara - "Maafkan abang, sayang. Tapi abang tak pernah tipu perasaan abang sendiri. Abang memang cintakan Yarra." - Endra Nufael - "Saya bersumpah, takkan ada ruang sikit pun dalam hati saya untuk awak. Dan jangan bermimpi untuk saya balas cinta awak, Endra Nufael." - Anggun Yarra - Kecewanya hati, Tuhan saja tahu. Mampukah Endra merebut hati Yarra semula atau lafaz talak saja jalan terakhir? Nantikan. © ALL RIGHT RESERVED
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 || 𝐂 de _theserra
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 || 𝐂
_theserra
  • Leituras 250,892
  • Votos 10,995
  • Capítulos 89
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] Dingin. Misteri. Tidak tergapai. Zenia Hudson adalah gadis dengan senyuman yang jarang terlihat dan tembok yang tidak pernah runtuh. Di sebalik kehidupan mewahnya di Jerman, dia menyimpan rahsia yang membuatkan hatinya sekeras batu. Namun, di mata Aidan dia adalah teka-teki yang harus di selesaikan. Meskipun setiap langkah mendekati Zenia ibarat berjalan di atas api dan salju. Aidan Hanif pula, lelaki yang melarikan diri daripada kegelapan masa lalunya. Cuba memulakan hidup baru di Jerman. Tetapi pertemuannya dengan Zenia menjadikan harinya tidak pernah tenang. Setiap pertembungan dengan gadis itu menambah satu lagi lapisan misteri yang merantai dirinya. "Kenapa kau susah sangat nak percayakan orang?" ─Aidan Hanif "Kenapa susah sangat nak faham?" "Aku tak perlukan sesiapa." ─Zenia Hudson "Betul ke?" "Sebab cara kau lihat dunia, aku rasa kau paling perlukan seseorang untuk selamatkan kau... daripada diri kau sendiri" ─Aidan Hanif "Jangan cuba faham aku, Aidan. Kau hanya akan sakit seperti ia sakitkan aku." ─Zenia Hudson Namun, semakin dia cuba menjauh, semakin Aidan tekad untuk mendekat. Ada sesuatu tentang Zenia yang tidak mampu dia abaikan. Kedinginan itu melindungi kehangatan yang tersembunyi di bawah luka lama. Ketika hati mula hangat dan rahsia semakin terbongkar, Aidan dan Zenia terperangkap di persimpangan cinta dan dendam. Dalam dunia di mana ego bertembung, dan kebenaran hanya menambah luka. Sejauh manakah kehangatan mampu mencairkan dingin yang memisahkan mereka? "Disebalik kedinginan, ada api kecil yang terus menyala. Tetapi sanggupkah hati yang hangat bertahan untuk membakar?" Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra START: [ 8 OKT 2024 ] END: [ 13 MAR 2025 ]
ISTERI TUAN RIYAZ de qashard
ISTERI TUAN RIYAZ
qashard
  • Leituras 38,301
  • Votos 1,397
  • Capítulos 15
Saat mula mencintai, Waktu cintamu aku dambakan, Biarpun dihimpit duka yang melara... Mencintai, Lara Ezzara tidaklah sekadar lafaz yang terucap di bibir Riyaz Hanzalah. Dia, lelaki yang menjanjikan bulan dan bintang, pernah menjanjikan cinta dan rindu yang sempurna pada isterinya. Kerana tragedi kemalangan itu, Riyaz nekad meletakkan keegoannya di tempat yang paling tinggi. Dia bukan lagi lelaki yang sama penuh dengan cinta dan kasih sayang tapi sikap narsistik, egois dan cemburu menjadikan dia buta. Terseksa menanggung segala bebanan yang menghimpit, sengsaranya dia menepis segala hinaan. Lipatan kisah perih itu terselak atas kekhilafannya sendiri, Lara Ezzara jatuh tersungkur di lantai takdir. "Kenapa setiap kata-kata yang keluar dari mulut abang cuma menyakitkan hati, Zara?" ―𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀. Saat dia mula mencintai, Riyaz robek hati isterinya sendiri dengan begitu kejam. Lelaki itu pernah berjanji, tapi janji itu lenyap. Dimamah oleh waktu dan dikhianati oleh lelaki yang pernah bersumpah setia, bersumpah akan menjaganya hingga ke akhir hayat. "Melutut. Melutut dan cium kaki aku. Tunjukkan yang kau masih tahu dimana nilai kau sebagai seorang isteri, isteri yang hina!" ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙. Itukah lelaki yang selalu Ezzara inginkan kembali? Ezzara telah terluka untuk kedua kalinya. Apalah ertinya sebuah cinta, jika setiap harapan menjadi abu, jika setiap rindu berakhir dengan kelukaan? "Lepaskan saya, Riyaz. Awak anggap jodoh kita sampai setakat ini saja." ―𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀. Enam tahun telah berlalu, berbekalkan hati yang terluka, dia pergi menghilang tanpa khabar. Riyaz menjadi seorang yang perindu, menagih simpati, pujuk rayu dan terus menerus menghukum diri. "...abang perlukan isteri abang. Janganlah hukum abang dengan rindu ini. Jiwa abang terseksa menanggung dosa! Abang merayu, abang melutut! Kembalilah, sayang!" ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙.
ZAFRAN'S: His Precious Belle (OG) de Missailynn
ZAFRAN'S: His Precious Belle (OG)
Missailynn
  • Leituras 222,979
  • Votos 21,460
  • Capítulos 45
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END :
Dia Amanah Buatku | 𝐂 de flowerryian
Dia Amanah Buatku | 𝐂
flowerryian
  • Leituras 185,571
  • Votos 8,360
  • Capítulos 62
KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End - 7/5/2025