nottiqa's Reading List
89 stories
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,529,674
  • WpVote
    Votes 106,014
  • WpPart
    Parts 177
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
Our Story  by fadzzfdzli
fadzzfdzli
  • WpView
    Reads 271
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 4
Ada novel pasal kisah hidup aku? Kisah Sabrina Natasha iaitu seorang penulis novel Wattpad yang mengambil keputusan untuk menulis kisah hidup dan orang sekelilingnya di dalam novel Wattpad yang baharu. Alang-alang dah jejak di sekolah baru, tak salah kan berkongsi cerita hidup yang baharu. Tapi dia tidak sedar bahawa watak-watak yang ditulisnya mengetahui tentang novel tersebut. Mereka semua turut membaca untuk mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya terhadap diri mereka. Adakah Sabrina dapat menyembunyikan identiti sebenarnya? Bacalaaa.....mana tau sebenarnya ini kisah hidup korang keee??? •---------------• friendship + comedy + school life ] Idea hak cipta milik © Reen Start: 27th Dec 22 End: ? ⚠️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk mengguna perkataan-perkataan yang tidak elok yang terdapat di dalam cerita ini. ⚠️ Cerita ini rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. ⚠️ Slow update. ⚠️ Jangan terkejut jika anda lebih meminati watak sampingan berbanding watak utama. ⚠️ Sila abaikan typo dan kesalahan tatabahasa. ᴇɴᴊᴏʏ
The Beginning: Priority Of Friendship  by fadzzfdzli
fadzzfdzli
  • WpView
    Reads 988
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 12
Pilihan untuk ke Jepun yang pada mulanya menjadi sesuatu perkara membanggakan berubah menjadi pertelingkahan antara Acha Adzreen dengan mamanya. Rasa berbelah bahagi, kecewa dan menyesal menyelubungi dirinya walaupun sudah diizinkan mama dan abahnya. Tetapi semua perasaan itu berubah dengan kehadiran Hikaru Osamu, Tadashi Tatsuya, Haru Osamu dan yang lainnya. • ------------------------- • " Hidup mesti tak semuanya indah kan? " ~𝑨𝒄𝒉𝒂 𝑨𝒅𝒛𝒓𝒆𝒆𝒏~ " Cukup hujung jari saja yang sentuh dia, aku akan buat kau tak dapat tengok matahari untuk esok." ~𝑯𝒊𝒌𝒂𝒓𝒖 𝑶𝒔𝒂𝒎𝒖~ " Selagi aku hidup tak ada satu parasit pun akan terlepas." ~𝑻𝒂𝒅𝒂𝒔𝒉𝒊 𝑻𝒂𝒕𝒔𝒖𝒚𝒂~ " Kuatnya seseorang tu bukan untuk ditunjuk-tunjuk tapi untuk digunakan pada orang dan masa yang sesuai saja." ~𝑯𝒂𝒓𝒖 𝑶𝒔𝒂𝒎𝒖~ • ------------------------ • [ friendship + comedy + school life ] Idea hak cipta milik © Reen Start: 3rd June 2022 End: ? ⚠️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk mengguna perkataan-perkataan yang tidak elok yang terdapat di dalam cerita ini. ⚠️ Cerita ini rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. ⚠️ Slow update. ⚠️ Jangan terkejut jika anda lebih meminati watak sampingan berbanding watak utama. ⚠️ Sila abaikan typo dan kesalahan tatabahasa. Enjoy my story!!
10 Hari Mencuba by fadzzfdzli
fadzzfdzli
  • WpView
    Reads 18,815
  • WpVote
    Votes 1,390
  • WpPart
    Parts 15
15/7/23 10HM dipublish kembali. Tiada penukaran jalan cerita dan tiada penambahan bab atas kehendak penulis sendiri. Teguran sangat dialu-alukan. Terima kasih. Hanya sebuah mimpi indah.
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,933,865
  • WpVote
    Votes 15,573
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,034
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Dear Kayyisa ©️ by azyvrins
azyvrins
  • WpView
    Reads 543,772
  • WpVote
    Votes 22,810
  • WpPart
    Parts 64
[1ST STORY YANG MENGANDUNGI BANYAK CACAT CELA] ZIYYAD MALEEQ | Seorang jejaka dingin, tampan, berkarisma dan mempunyai kacukan Itali. Orang kata cukup pakej! Senang nak dibuat menantu? Tidak sama sekali! Ziyyad dikenali dengan sikapnya yang berat mulut. Selalu dengar berat hati bukan? Ziyyad pula berat mulut, mungkin ada lombong emas barangkali. Tetapi, lelaki dingin ini masih normal dan bukannya songsang! HANA KAYYISA | Seorang gadis cantik, bijak tetapi dia juga seorang yang manja. Dirinya dikenali dengan sikapnya yang suka bersendirian. Kawan? Hana tidak pernah berkawan dengan sesiapa sebaik saja melangkah ke universiti. Tujuannya hanya satu. Belajar, belajar dan belajar sampai muntah! Dirinya hidup sebatang kara semenjak kedua ibu bapanya meninggal dunia. [Peristiwa yang hampir meragut nyawa Hana membuatkan Ziyyad merasa bersalah.] "Kita kahwin, aku jaga kau. Aku nak tebus kesalahan aku." - ZIYYAD MALEEQ "Encik nak saya kahwin dengan encik?! Kalau saya kahwin dengan encik saya boleh berjalan ke?! Saya boleh sembuh dari lumpuh ni!" - HANA KAYYISA [Akhirnya, Hana akur dengan permintaan Ziyyad untuk menjadikan dia sebagai isteri jejaka itu.] "Saya takkan mampu bagi awak zuriat dalam keadaan saya macam ni! Saya ada cita-cita Ziyyad! Bukannya saya tak ada cita-cita!" - HANA KAYYISA "Aku akan jaga kau, Kayyisa. Semua bil hospital dan rawatan aku tanggung termasuklah biaya universiti kau." - ZIYYAD MALEEQ [Apabila Hana ditakdirkan sembuh dari lumpuhnya, perasaan cinta pada Ziyyad mulai memekar.] "Aku cintakan kau, Hana. I hope you love me the way I love you, daisy." - ZIYYAD MALEEQ "Hana cintakan abang. Terima kasih sebab sudi jaga Hana walaupun Hana ni selalu susahkan abang." - HANA KAYYISA ⚠️ DARK ROMANCE ⚠️ CONTAINS TOO MUCH HARSH WORDS ⚠️ BROKEN GRAMMAR Ranking 🥇 #1 in daisy - (15.6.2023) #1 in lovely - (19.6.2023) #1 in pretty - (11.11.2023) START: 10 JUN 2023 END : 13 APRIL 2025 All right reserved, [©️-azyvrins]
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂 by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 2,543,210
  • WpVote
    Votes 94,314
  • WpPart
    Parts 52
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan Mikael. Cekap dan sangat peka dengan keadaan sekeliling menyebabkan dirinya menjadi aset penting buat Dylan Mikael dan Danish Uqael. DANIA MARISA - Gadis muda yang mempunyai sifat gila-gila yang sangat keterlaluan. Sikap selambanya sangat menyakitkan kepala sesiapa sahaja yang menjaganya. Adik kepada Dylan Mikael dan juga Danish Uqael. "Saya ditugaskan oleh Tuan Dylan untuk jemput Cik Dania." - Zariel Zaquan. "You pijak baby I sampai patah! Dasar bapak gajah!" - Dania Marisa. Pertemuan tidak dirancang namun jiwa dan hati sudah diancam dengan rasa cinta tanpa sedar. Agaknya, mampukah Zariel melayan kerenah Dania? Dan adakah mereka hanya bergelar majikan dan pekerja sahaja? Nantikan, Mrs. Zariel Zaquan.
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 1,275,078
  • WpVote
    Votes 26,918
  • WpPart
    Parts 12
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 1,013,823
  • WpVote
    Votes 43,577
  • WpPart
    Parts 57
𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐙𝐐 𝐗 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐄𝐍 𝐋𝐀𝐃𝐄𝐄𝐍𝐀 "Miss me dear??" SAMBUNGAN PEMILIK HATI ENCIK DUDA‼️ Perpisahan antara Iman Rizq dan Kausar Umaiyah membuatkan Iman membawa diri mencari cinta yang baru. Sikap Iman yang "mulut manis" membuatkan gadis takut untuk mendekatinya. Siap digelar buaya lagi. Kepulangan Ayreen Ladeena ke Malaysia , memberi satu makna untuknya. Mana taknya , sudah lama dia berpisah dengan pujaan hatinya itu. Harapannya juga adalah memikat hati gadis itu. Penantianku bakal berakhir. Semoga Allah pertemukan kita semula. - Encik Teruna Kiriman bunga mawar dan sepucuk surat membuatkan Ayreen tertanya tanya. Siapa pemberi bunga mawar itu?? Adakah Tengku Darwish?? Lelaki yang suka control hidupnya walaupun sekadar kawan. Saya cemburu kalau lelaki lain tengok awak. Saya tak boleh , Ayreen. Jujur saya cakap saya suka awak , Ayreen - Tengku Darwish. Iman cuba mendekati gadis itu dengan lebih dekat. Namun Ayreen sentiasa dingin dengannya. Sejarah hitamnya itu membuatkan dia takut untuk mendekati mana mana lelaki. Akan tetapi layanan Iman sedikit sebanyak membuatkan Ayreen tertarik untuk mengenali Iman dengan lebih dekat. Kemesraan mereka membuatkan ada hati yang mula iri dengan mereka. Satu persatu rancangan dilakukan untuk memusnahkan hubungan mereka. Berjayakah mereka?? ✅ 100% idea sendiri ✅ Tiada unsur plagiat ✅ If tersama itu adalah satu kebetulan START : 7 MEI 2023 END : 2 OGOS 2023