fixi
49 stories
(Preview) MEREKA - sebuah novel Ariff Adly by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 15,749
  • WpVote
    Votes 315
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my. Akan masuk kedai-kedai biasa pada September 2015.
(preview) KAMPUNG - sebuah novel Irvan Affan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 6,098
  • WpVote
    Votes 121
  • WpPart
    Parts 1
Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain. Bukan nak memburukkan tapi menyedarkan. Inilah hakikat sebenar yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Hakikat yang sesetengah rakyat marhaen tak sedar. Susah payah kehidupan. Cerita ini menggambarkan semua. Aku sebagai ‘ketua Kampung Pura Baik’ menjadi pemerhati dan membentangkan pada masyarakat tentang kisah kampung yang bersepah di luar sana tapi ada yang tak tau. Ada kisah baik, tapi peritnya banyak. Apa yang dilihat di TV belum tentu realiti. *** Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai buku. Versi ebook boleh dibeli di Google Playstore, eSentral & Kaki Buku.
(preview) VELVET - sebuah novel Ikmal Ahmad by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 8,650
  • WpVote
    Votes 183
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak VELVET kini boleh dibeli online di fixi.com.my atau whatsapp 01123651972. Akan masuk kedai-kedai biasa Januari 2016. * Sinopsis: Untuk meraikan harijadi Mira ke-20 tujuh tahun dahulu, Akim melamar dirinya untuk menjadi kekasih hatinya- sambil disaksikan sebiji kek Red Velvet di hadapan mereka. Seminggu lagi, Akim dan Mira akan diraikan di sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan - yang akan diakhiri dengan pemotongan kek Red Velvet setinggi lima tingkat. Jalan hidup mereka indah seolah-olah karya dongeng. Tetapi Akim menerima sepucuk kad RSVP dan sebuah kotak hadiah setinggi 6 kaki yang bakal mencemar majlis perkahwinannya. Adakah Mira berkesempatan untuk memotong kek Red Velvet pada hari persandingan mereka?
(petikan) JEPUN - sebuah novel Lokman Hakim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 2,628
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 1
Novel bercetak JEPUN dijual di fixi.com.my / whatsapp 01123651972.
(preview) SASAR - sebuah novel Syaihan Syafiq by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 3,617
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 1
Novel bercetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my atau melalui whatsapp 01123651972
(preview) PUAKA - sebuah novel Sahidzan Salleh by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,926
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 1
Setelah menjalani latihan praktikal di sebuah ladang, tiga sahabat - Amirul, Roslan Dan Malik - telah pergi ke sebuah hutan dan bertemu dengan sekor jembalang bernama Jack D dalam sebuah banglo mistik. Jack D menawarkan hidup yang gemilang kepada mereka bertiga dengan syarat mereka membuat perjanjian dengannya dan membawa seorang manusia untuk dikorbankan. Tujuh tahun kemudian: Setelah menikmati segala kesenangan dan impian masing-masing sebagai pengarah filem, pelakon dan novelis, salah seorang daripada mereka telah dilaporkan hilang dan isterinya mati dibunuh. Inspektor Hasbi pun muncul memulakan siasatan mencari lelaki hilang, dalang pembunuhan dan setan.
(preview) DIHANTU - sebuah novel Mikael Sahaja by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,711
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 1
Pontianak dilahirkan sebagai hantu tapi sering gagal menakutkan manusia. Dia dipaksa berpindah oleh Ayah Ponti yang tidak tahan lagi diketawakan hantu lain di warung kopi Hantu Air di kampung mereka. Maka Pontianak pun berhijrah ke Kampung Mudah. Di sana, Pontianak dengan tidak sengaja telah menakutkan Lebai Leman. Berita tu segera disebarkan Usin Radio. Akibat itu, tanpa sengaja Pontianak disanjung hebat dalam kalangan hantu. Dia melayan kemasyhuran ini dengan dorongan pengurus liciknya Encik Toyol. Statusnya sebagai Duta Hantu tergugat bila Drakula datang dari luar negara ke Kampung Mudah. Hajatnya: mahu mencabar satu lawan satu dengan Pontianak dalam pertandingan menakutkan manusia. Komplikasi seterusnya datang dalam bentuk seorang jejaka manusia bernama Helmi. Hajatnya: mahu memenangi hati Pontianak.
(preview) SALAFI - sebuah novel Shaz Johar by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,846
  • WpVote
    Votes 33
  • WpPart
    Parts 1
Di sebalik tudung labuh, Fatihah memendam cinta dan cita-cita. Cintanya pada Brian, lelaki yang bukan seagama dan cita-citanya untuk memiliki hidup sama seperti orang lain. Tinggal bersama keluarga yang terlalu mementingkan syurga dan neraka, membuatkan dia terdesak untuk memecahkan kongkongan itu sehingga tiba-tiba dia ditemui mati. Apakah dia telah menjadi mangsa kekejaman honor killing di tangan abangnya sendiri? Atau itu jalan terakhir yang dipilihnya?
(preview) MANUSKRIP - sebuah novel Rez Khael by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,246
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 1
Khairil Azriq bin Mustafa aka Kay sedar dia cuma ada 2 pilihan. Pertama, melupakan hasrat untuk menyertai pertandingan menulis novel anjuran publisher kegemaran dia, atau kedua menerima jemputan misteri untuk terbang ke Sandakan. Kay akhirnya ambil pilihan kedua, sebaik dia dijanjikan material yang akan membantu dalam penulisan sulung dia. Semua gara-gara Kay langsung tiada pengalaman menulis. Membuat dia buntu untuk memulakan penulisan. Persoalannya, tepatkah pilihan yang telah Kay buat? Tanpa menyedari yang dirinya sendiri sedang dimanipulasi seseorang untuk menyiapkan satu karyanya yang terhenti sekian lama disebabkan suatu peristiwa, Kay merasa seronok memanipulasi material yang diterima secara misteri sepanjang dia di Sandakan dalam penulisan pertamanya. Di pihak yang lain pula, terdapat seseorang yang hanya menjadi pemerhati dan terus menyalurkan material sambil menunggu manuskrip dia yang seterusnya disiapkan sendiri oleh Kay. Dan bila Kay sedar hal itu, adakah pilihan lain untuk dirinya?
(preview) HERO - sebuah novel Zakri Rahman by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 517
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 1
Hanya tiga perkara yang berlegar dalam hidup Hadi: Kebencian pada bapanya iaitu seorang bekas superhero; persahabatan dengan kawannya Ray; dan cintanya yang tak berbalas pada Aisya, rakan sekuliahnya. Hadi ingin menjadi superhero setelah mengetahui yang Aisya meminati superhero. Setelah insiden di tempat kerja part-timenya dan insiden menyelamatkan Aisya dari diragut, cita-cita Hadi untuk menjadi superhero semakin menebal, tetapi bukan seperti bapanya. Pencarian superhero baru negara pun bermula dan Hadi mendaftar sebagai peserta di Akademi Satu Superhero. Pemilihan superhero adalah berdasarkan program realiti TV. Di situ, dia berkenalan dengan rakan dan lawan seperti Gel, Stone, Chick dan Aziz Hamidun. Siapa yang akan muncul juara?