We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
About love
13 stories
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 202,702
  • WpVote
    Votes 9,058
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 606,877
  • WpVote
    Votes 30,434
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 368,519
  • WpVote
    Votes 13,327
  • WpPart
    Parts 47
[1st story] RAYYAN ADYAN x NAYLA ALEENA Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" HARITH "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." RAYYAN ADYAN Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." Rayyan Adyan Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,161,116
  • WpVote
    Votes 89,984
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,800,646
  • WpVote
    Votes 64,179
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
She's mine (C) by aynarose-
aynarose-
  • WpView
    Reads 859,859
  • WpVote
    Votes 43,126
  • WpPart
    Parts 80
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tidak berkelip melihatnya. Seorang yang sopan santun, menghormati kedua ibu bapa dan juga seorang instafamous yang digilai ramai. Tetapi perangainya berubah apabila di sekolah. Gelaran Ice Queen sudah sebati dengan dirinya. TENGKU RAYYAN AMMAR seorang jejaka kacak, baik, sopan santun, menghormati orang tua dan juga merupakan instafamous yang terlampau hot sampai tak boleh nak minta bincang. Tetapi disebalik kekacakannya, Rayyan merupakan Headprefect yang sangat dihormati dan disanjungi oleh semua pelajar. **** "Sorry daddy mummy Rayyan pergi toilet kejap, uncle aunty maaf buat uncle and aunty menunggu." TENGKU RAYYAN AMMAR Pandangan Areena terus terarah kepada suara seorang jejaka yang mampu membuatkan jari jemari ku berhenti bermain Iphone. Dan itulah buat kali keduanya jantung Tengku Areena Arisya berdegup kencang dengan hanya melihat sepasang mata milik Tengku Rayyan Ammar. Cinta ialah bunga yang mekar di taman bunga dan indah dipandang walaupun berkali-kali. Tapi bunga yang indah juga akhirnya akan layu juga. Sama juga seperti cinta. Apabila hanya ego menguasai mereka. Rumah tangga mereka akan runtuh. Adakah mereka sanggup melalui ujian yang sudah ditakdir atau salah seorang dari mereka putus asa untuk mempertahankan cinta mereka yang baru terbina. "Walau macam mana sekalipun, kau tetap milik aku." S t a r t • 050119 E n d • 080820
MR. HARRAZ FARHAN : HEADPREFECT LOVE || OG by kim_asyr
kim_asyr
  • WpView
    Reads 10,873
  • WpVote
    Votes 543
  • WpPart
    Parts 33
ᥫ᭡ Karya ke-4 - Kim Asyr Tengku Harraz Farhan || Elmeira Evelynn Pertemuan sejak di bangku sekolah lagi mereka berdua sudah saling kenal-mengenali. Seorang lelaki yang agak tegas dalam tugasannya dan seorang gadis yang selalu tidak serius dalam sesuatu perkara. "Jangan cabar aku Elmeira Evelynn!" - Tengku Harraz Farhan Seorang Elmeira Evelynn selalu menggangu ketenteraman jejaka itu. Hanya dia sahaja yang berani berdepan dengan jejaka itu memandangkan sikap jejaka itu agak tegas dalam berdisiplin. Habis sahaja sekolah, hidup yang selalu diganggu oleh gadis itu kian meghilang bila mereka berpisah buat sekian lamanya. Setiap hari dia selalu memikirkan keberadaan gadis itu. Tapi siapa sangka, dunia pekerjaan membawa mereka bertemu kembali. "Annyeong Tengku Harraz Farhan. Do you miss me hmm?" -Elmeira Evelynn Sejak pertemuan itu, mereka selalu berhubung lagi-lagi bila sikap jejaka itu tidak sama sekali masa zaman mereka di bangku sekolah. Sikap yang tegas kini berubah nakal. "Because of you, I'm crazy about your naughty behavior" - Tengku Harraz Farhan Bahagia yang mereka bina mencipta banyak kenangan manis buat mereka. Cinta antara mereka saling melengkapi tetapi salah seorang dari mereka juga terpaksa mengorbankan diri demi keluarga tersayang. Mampukah mereka harungi pengorbanan itu? Adakah kebahagiaan untuk mereka semula? ✰ Writen by Kim Asyr ✰ [ Romance + Comedy ] ✰ Warning!!! Don't copy 100% of my story work. ✰Thank you & Happy Reading! ☺
Beautiful Broken Rules  ✓ by qkeiyafluer
qkeiyafluer
  • WpView
    Reads 2,029,580
  • WpVote
    Votes 102,350
  • WpPart
    Parts 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila bersama dengan orang yang baru dikenalinya. Sweet talker apabila bersama bidadarinya. Dengan status pekerjaannya sebagai seorang pilot lagi membuatkan ramai wanita ingin mendekati dirinya. Tersilap langkah akibat nafsu sendiri. Tetapi, cinta dan mati lelaki ini, hanya untuk bidadarinya sahaja. Sehingga akhir hayat. "Aku tak pernah cintakan kau sebagaimana aku cintakan dia" QAIREEN ZENIA - Seorang wanita bekerjaya. Bekerja sebagai doktor bedah di sebuah hospital. Cantik dan juga setia dengan pasangannya. Wanita yang kuat mengharungi dugaan sepanjang perkahwinannya. Tetapi menjadi wanita yang lemah apabila melibatkan seorang lelaki yang bergelar suami. "But a real friend wouldn't steal her best friend's husband" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 1 July 2021 End: 24 September 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaaa
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C by ssrhdee
ssrhdee
  • WpView
    Reads 707,877
  • WpVote
    Votes 24,254
  • WpPart
    Parts 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa meluahkan perasaannya kepada lelaki yang sangat dia cintai sejak kecil lagi walaupun pada ketika itu usianya hanyalah 15 tahun manakala lelaki itu berusia 18 tahun. "tapi, boleh ryssa tunggu abang sampai hari lahir ryssa yang ke 18?" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 perjanjian yang dilakukan hanyalah untuk lelaki itu mengelakkan diri daripada bertemu dengan Daryssa lagi. Selama tiga tahun Daryssa sabar menunggu Tengku Qays walaupun perasaan cintanya kepada lelaki itu kian memudar. Kematangannya menyedarkan dia untuk tidak terlalu berharap dengan sesuatu yang bukan milik kita dan kerana itulah dia berjaya untuk menerima kenyataan Tengku Qays mungkin bukan untuknya. Tetapi disebabkan janji yang telah dilakukan 3 tahun dahulu, dia terpaksa tunaikan walaupun sudah tiada lagi harapan dan peluang untuknya. "abang, harini ryssa dah genap 18 tahun, ryssa tunaikan permintaan abang" -𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "ryssa maafkan abang. Abang dah bertunang dengan pilihan hati abang" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 apakah kesudahan mereka? adakah takdir akan berpihak kepada mereka? #3-sadromance start: 2/3/2023 end: 8/4/2023