1
96 stories
HELLO QASWAR by evenadine
evenadine
  • WpView
    Reads 3,004,968
  • WpVote
    Votes 118,060
  • WpPart
    Parts 63
MERAH MERONA I Marissa kembali ke Australia dengan niat untuk mencari ketenangan, tapi siapa sangka selepas kepulangannya ke tanah air dia menemui lebih daripada itu. Lain yang dia harapkan, lain yang dia dapat. Jadi benarlah kata orang kalau sudah rezeki memang tak akan kemana, kan? Tuhan itu maha baik, dipertemukan pula dengan jodoh tanpa sengaja. Apa lagi, chaiyo! Chaiyo! Kita dekati lah! Semangat membara dan hati yang semakin gatal, si manis Miss Strawberry tidak ragu-ragu untuk mengejar. "Hello, I'm back! Mustahil awak lupa saya, by the way saya Nurynmarissa. Exchange number boleh tak? Nama awak apa, ya? Al ... Al apa?" "Pardon?" Dia dingin. "I don't even know who you are." Dia juga sombong. And nevermind, because this is exactly what I love! I love chasing. Marissa memang tak pernah kenal erti putus asa. Walaupun lelaki itu sombong dan selalu mengendahkan kewujudannya, dia yakin lelaki itulah jodohnya. Dan kebiasaannya, setiap kali cuba mengambil hati lelaki itu, dia tak lupa untuk melemparkan wink mautnya. One wink, and she can make him lose his cool. Hari-hari seorang jejaka bernama Al Qaswar hanya berfokuskan untuk menyelesaikan misi-misi dari perkerjaannya. Tapi semua itu mendadak berubah selepas kemunculan Nurynmarissa dalam hidupnya. Dari tujuan mencari maklumat, berubah kepada misi melarikan diri dari berhadapan dengan Marissa yang tergilakan dia. "Playful, flirty, unpredictable behavior, Marissa itu perempuan gila." Semakin menjauh, semakin terikat. Itulah istilah kisah mereka setelah kehadiran Marissa dalam hidupnya diketahui oleh orang terdekatnya. Credit cover: Pinterest, to the rightful owner.
RHEA MEDINA ✔️ by ESYAMAI
ESYAMAI
  • WpView
    Reads 185,428
  • WpVote
    Votes 5,278
  • WpPart
    Parts 34
1st Story❤ Rhea Medina Amrin Zahin Kehadiran cinta mengajar 1001 erti hidup. RHEA MEDINA seorang gadis biasa. Di limpahi kemewahan dari kecil tidak membuatkan dia berbangga diri. Digelar Miss Heartless , Miss Emotionless dan Miss Zero Sweet oleh rakan-rakannya. Nak buat macam mana ?? Memang itu cara dia. Couple ??? Mohon berambus siapa yang ajak dia couple. Hadir pula AMRIN ZAHIN di dalam hidupnya yang membuat segalanya jadi tak kena. Ditambah bala pula , dia terpaksa berkahwin dengan si jejaka idaman gadis itu. Bermula kehidupan perkahwinan Amrin dan Rhea. Bermacam-macam dugaan dihadapi. Akhirnya , si jejaka dapat juga memikat hati si Miss Heartless. Suka , duka ditempuh bersama. Namun , satu keputusan telah dibuat dan itu akan memusnahkan segalanya. Berkongsi untuk kebahagian. Itu jalan yang dipilih Rhea. "Rhea Medina , aku ceraikan kau dengan talak 2."-Amrin "Thanks sebab lepaskan aku."-Rhea "Rhea , Rhea tak boleh pergi. Amrin tak maksudkan apa yang dia cakap."-Nuha Siapa pula Nuha ??? Apa kaitan Nuha dengan Rhea dan Amrin ???
His Penicillin (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 38,045
  • WpVote
    Votes 1,331
  • WpPart
    Parts 76
2nd Book | PANDORA series | Cecil Adonis & Sylvia Elena | Cecil membesar tanpa kasih sayang. Kehilangan ibunya, diabaikan ayahnya dan hanya diselamatkan oleh Akitora, lelaki misteri yang menjadi 'father figure' dan membawa Cecil menubuhkan Serenity, organisasi yang menyelamatkan kanak-kanak. Pertemuan dengan Sylvia Elena mengembalikan ketenangan yang hilang. Bagi Cecil, Sylvia ialah penawar yang menutup luka lamanya. Namun, rahsia dan trauma yang dipendam membuatkan Sylvia menjauh, merasakan dirinya hanya diperlukan bila Cecil mencari bahagia. Satu pertengkaran memutuskan hubungan mereka. Sepuluh tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. Cecil muncul dengan identiti baharu, cuba menawan hati Sylvia sekali lagi. Tetapi masa lalu yang menghantuinya kembali, memaksa Cecil memilih untuk melarikan diri atau akhirnya berjuang untuk cinta yang pernah dia lepaskan.
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 354,277
  • WpVote
    Votes 13,610
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 529,399
  • WpVote
    Votes 18,403
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
~Mrs Harez Anaqie~ by roseanglee
roseanglee
  • WpView
    Reads 297,703
  • WpVote
    Votes 7,962
  • WpPart
    Parts 58
Iman Natasya gadis yang ceria dan sangat di senangi orang sekelilingnya, apalagi Iman Natasya memiliki rupa paras yang cantik dan berbudi bahasa. Di sebalik perwatakannya yang ceria ,dia menyimpan sejuta kesedihan yang telah lama terpendam sejak dia duduk di bangku sekolah . Dia hanya berserah kepada maha pencipta dan terus berdoa semoga dia di berikan kesabaran yang tinggi meskipun hatinya berkali-kali tergores dengan kata-kata cacian dan makian . Takdir yang sudah tertulis ,dia telah bertemu seorang jejaka yang sangat baik dan sangat menjaga serta menyayangi dirinya.Saat itu,hidupnya yang selama ini dalam kegelapan telah disinari dengan cahaya kebahagiaan. "Don't worry love,kau selamat dengan aku.Aku akan pastikan mereka datang melutut dekat kau."_Harez Anaqie. "Terima kasih Harez,sebab terima saya dalam hidup awak."_Iman Natasya.
ALTHAF DAFFA (C) (in process revamp) by fyrrose
fyrrose
  • WpView
    Reads 1,201,184
  • WpVote
    Votes 36,885
  • WpPart
    Parts 100
Gara-gara sang lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada Faaeqa Farha lari pada hari akad nikah mereka. Cukup malu dan terasa di khianati menyelubungi diri. Tiba-tiba... "Biar saya jadi pengganti"- Althaf Daffa Faaeqa seakan tidak percaya dan tak terima apa yang dia dengar. Pelbagai persoalan kenapa dia sanggup ganti tempat bekas tunangnya. Kenapa dia sanggup bernikah dengannya. Akhirnya dia setuju atas pujukan keluarga. "Hai, my little wife. You're mine now. From this day forward, you belong to me"- Althaf Daffa "Dalam mimpi awak"- Faaeqa Farha "Don't tempt me. Nak tak nak kau kena terima yang aku suami kau, shorty"- Althaf Daffa Althaf Daffa, ayah saudara kepada bekas tunangnya. Faaeqa pada mulanya tidak terima akhirnya redha si dia menjadi suami walaupun umur beza 14 tahun. Pelbagai dugaan bila menjadi isteri kepada si duda tua. Macam-macam cara Faaeqa cuba buat Althaf jengkel terhadap dia tapi gagal. Ada saja balasan si suami tua membuatkan Faaeqa tercabar. Akhirnya Faaeqa terjatuh cinta kepada Althaf Daffa yang tidak jemu dan sentiasa sabar akan diri nya. Tetapi tak semesti dalam perkahwinan sentiasa bahagia. Perkahwinan mereka di uji apabila bekas tunang iaitu Ezzat Daniel kembali menghantuinya. "Banyak-banyak lelaki kenapa bapak saudara aku, kau kahwin ?!"- Ezzat Daniel "Suka hati aku lah nak kahwin dengan sesiapa pun ! Kau ingat siapa yang tinggal siapa !"- Faaeqa Farha Adakah perkahwinan mereka akan kekal ? Adakah Ezzat akan berjaya merampas Faaeqa dari Althaf ? Adakah Althaf akan sentiasa melindungi isterinya ? "I don't care if you're my niece but I never let you touch what mine"- Althaf Daffa START: 08/01/2025 END: 30/9/2025
HIS MISSING PART [ C ] ⚠️🔞 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,477,893
  • WpVote
    Votes 85,618
  • WpPart
    Parts 95
‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam Start : 21 JUNE 2025 End : 30 OCTOBER 2025 [ Story ke-20 ]
The Last Sky [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 108,282
  • WpVote
    Votes 4,587
  • WpPart
    Parts 36
BLURB Kesibukan, salah faham, dan luka lama yang tak pernah dijernihkan menimbulkan jarak di antara mereka semakin nyata. Irene semakin menjauh, terluka dengan saat-saat Zayn tiada di sisinya. "I lost it. Alone. While you were thousands of feet in the sky." - Irene Melina. Zayn cuba meraih hati isterinya tanpa lelah, berusaha menembusi dinding ego yang dibina Irene. Setiap kata yang terucap, setiap langkah yang diambil, adalah usaha untuk menyembuhkan luka lama dan mengikat kembali janji yang hampir terlupa. "Pandang muka I dan cakap semuanya. Look me in the eye and tell me you don't need me anymore." - Zayn Arshad. "I boleh hidup tanpa you, Zayn Arshad." - Irene Melina. Dunia mereka seketika terhenti. Tapi di sebalik kata-kata ego dan perasaan yang bertentangan, satu perkara tetap jelas. Cinta sejati tidak pernah mudah, tetapi ia tetap berusaha. Apakah cinta mereka mampu bertahan dalam diam, ego, dan luka yang belum sembuh? Atau masa dan takdir akan memisahkan mereka? The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... tak akan datang lagi.
Pelayaran Cinta [C] by daiysky_
daiysky_
  • WpView
    Reads 64,702
  • WpVote
    Votes 2,651
  • WpPart
    Parts 80
Kehidupan yang hanya dipenuhi dengan tugasan dan kerja. Menjadikan seorang yang bernama Haritzh dan Zyara lupa soal tentang percintaan jauh sekali soal perkahwinan walaupun umur masing-masing sudah pun mahu menganjak angka 3 terutamanya si jejaka Haritzh Zafran. Sehingga takdir menemukan mereka dan wujudnya perasaan cinta di dalam jiwa si jejaka. Kehadiran Zyara mengubah perspektif hidupnya. Ikatan suci terbentuk untuk saling melengkapi satu sama lain. Untuk mendapatkan seorang yang keras kepala dan degil bukanlah mudah bagi diri seorang yang bernama Haritzh. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menambat hati seorang gadis yang bernama Zyara Humaira ketika dirinya tekad untuk memperisterikan. - Haritzh Zafran Perkahwinan bukan perkara yang boleh dipandang mudah. Hidup dengan seseorang untuk selamanya memerlukan pengorbanan dan keyakinan apalagi ketika mana dia memilih untuk menghabiskan masa atau sisa hidupnya dengan seorang yang mempunyai peranan dan tanggungjawab penting dalam negara. - Zyara Humaira Pelbagai liku-liku kehidupan yang mereka tempuhi sebelum mahupun selepas berkahwin. Sehingga pada satu tahap, Zyara dijadikan mangsa akibat daripada ke tidak puas hatian musuh terhadap anggota TLDM dan lebih tepat lagi kepada LEFTENAN KOMANDER HARITZH ZAFRAN. Yang mengetuai dan berjaya membanteras sekali gus telah mengganggu kerja mereka. Adakah memilih untuk berkahwin dengan seorang anggota tentera adalah keputusan terbaik? Adakah Zyara sanggup berkongsi perhatian dan masa suaminya dengan negara? Adakah mahligai yang dibina mereka akan kekal selamanya atau mereka memilih untuk hidup dengan mencari kebahagiaan hidup masing-masing? Mampukah pelayaran cinta mereka menuju syurga terindah? Selamat singgah ke dunia mereka, di mana cinta dan keberanian bersatu untuk menjadi satu.